Mengitar semula tanah lama untuk menanam pokok baru adalah salah satu cara terbaik untuk menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran.
Walaupun tanah lama boleh digunakan semula, ia mungkin telah kehilangan sebahagian besar nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk tumbuh dengan baik. Oleh itu, tanah lama perlu disuburkan semula sebelum boleh digunakan untuk tanaman baru.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Ads
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Ads
Semoga bermanfaat.
IMPIANA : Menarik tip suburkan semula tanah terpakai ni, jimat!
Cameron Highlands, yang dahulunya terkenal dengan udara sejuk dan nyaman, kini semakin hilang pesona itu.
Suhu di kawasan percutian popular ini dilaporkan semakin meningkat saban tahun. Ramai pelancong yang mengunjungi Cameron Highlands mendapati tempat ini tak lagi sejuk seperti dulu.
Penerokaan tanah untuk pelbagai projek komersial di Cameron Highlands, seperti pertanian, eko pelancongan, dan perniagaan, menyebabkan banyak kawasan hijau dimusnahkan.
Ini mengakibatkan peningkatan suhu di kawasan tersebut, di mana suhu siang kini mencecah 24 darjah Celsius, berbanding 20-21 darjah Celsius sebelum ini. Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A Dilip Martin, menyatakan bahawa perubahan suhu ketara berlaku dalam tempoh lima hingga enam tahun terakhir.
Program penanaman semula pokok oleh Reach, dengan kerjasama Yayasan Sime Darby, bertujuan mengembalikan suhu dingin Cameron Highlands dan memulihara ekosistem yang terjejas.
Sejak 14 tahun lalu, Reach telah memulihara 40 peratus daripada 10 hektar hutan yang digondol, termasuk di Gunung Brinchang.
Usaha ini berjaya menarik kembali spesies haiwan jarang ditemui. Dilip menegaskan, jika tiada tindakan lanjut diambil, peningkatan suhu boleh menjejaskan kualiti pertanian dan daya tarikan pelancongan di kawasan itu.
“Kebanyakkan pokok yang kita tanam telah berjaya mencapai usia antara 10 hingga 12 tahun.
“Lebih menarik apabila pemuliharaan ini berjaya menarik kembali kehadiran spesies haiwan yang jarang ditemui ke kawasan ini seperti asian golden cat, yellow-throated marten dan leopard cat,” katanya.
Memang kreatif dan sejuk mata memandang, apabila ruang laman tepi rumah dihias dengan landskap simple menggunakan batang pokok cempedak dan batu putih sebagai hiasan utama. Memang menarik dan mudah, pemilik kediaman boleh buat seperti seperti yang dilakukan oleh Abi Tifb ini.
Harini belajar-belajar buat landskap, kalau cantik Alhamdulillah..kalau jadi bahan ketawa ya pakcik ok aje. Buat sedikit-sedikit balik keje baru buat.
Batang pokok cempedak pakcik sapu dengan minyak diesel..aduhai baunya tak tahan..pergi nurseri jumpa pula orkid ni (RM18 sepokok x 2). Kemudian pakcik tanam dalam pasu (RM50) beli DIY..sama buat tiang nya balut dulu dengan tali jut (RM85 tali jut) bajet semue ni seperti berikut.
Pagar RM3,000
Batu Putih hiasan (RM25x 1 bag) total RM750
Pokok Bonsai RM1200 sama pasu
2 Pokok Pandan dan pasu sekali RM160.
Batang Pokok Cempedak
Diesel
2 pokok Orkid
Pasu
Tali Jut
Batu Putih Hiasan (Polish) 30 beg
Teruja tengok buah limau kasturinya. Lebat sungguh buahnya. Kata Azuan Abdullah, itulah hasil selepas pokoknya disembur dengan MOL Pisang yang dibuat sendiri.
Kebaikannya ianya bagus digunakan pada tanaman yang baru nak berbunga atau berbuah. Jadi dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti buah.
Antara syarat kemenjadian MOL Pisang ini, ia perlu buat menggunakan pisang yang dah masak. Lagi ranum lagi bagus. Macam mana nak buat, kenalah baca satu persatu panduan yang dikongsikan ini.
Untuk buat MOL pisang, kita perlukan pisang yang dah masak. Lagi masak ranum, lagi baik. Nak guna kulit pisang sahaja pun boleh. Lepas ni, boleh la pi minta dengan Cik Kiah yang jual pisang goreng tu ya.
MOL pisang ni antara MOL buah yang paling tinggi kandungan Potassium Oxide (K2O) iaitu 1.2%.
Bahan dan cara membuat MOL buah pisang ini pun cukup mudah.
Pisang masak / kulit pisang : 1 bahagian Gula merah / molases : 1 bahagian Bekas plastik : 1 unit (pastikan bekas yang sesuai. Bila semua bahan dimasukkan kedalam bekas tersebut, ruang kosong dibahagian atas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi bekas tersebut). Kain bersih / kertas tanpa karbon Tali / getah
2. Timbang gula merah. Beratnya mesti sama dengan berat pisang (630 gram). Jika lebih sedikit tu, tak ada masalah.
3. Potong kecil-kecil pisang tadi. Tak perlu buang kulit ya. Potong je terus lebih kurang 2-3 cm.
4. Masukkan gula merah ke dalam bekas hingga dasar bekas tersebut ditutupi dengan gula merah.
5. Letakkan pisang yang dah dipotong tadi di atas lapisan gula merah. Tinggi lapisan pisang ini adalah antara 3-5 cm.
6. Letakkan gula merah hingga menutupi semua pisang tadi.
7.Masukkan lagi potongan pisang ke atas lapisan gula merah. Proses ini berulang hingga pisang kita habis.
8. Last sekali, letakkan semua baki gula merah dibahagian atas.
9. Ini keadaan susunan pisang dan gula merah. Perlu diingat, lapisan paling bawah dan lapisan paling atas adalah gula merah. Pastikan ruang kosong dibahagian atas bekas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tingginya. Ini penting supaya proses fermentasi berlaku dengan sempurna. Jika ruang kosong kurang 1/3, perlu tukar kepada bekas yang sesuai.
10. Tutup dengan kain bersih. Nak guna kain tudung macam saya pun boleh, dengan syarat mesti dapat kelulusan daripada orang rumah ya. Lepas tu ikat bagi ketat.
11. Simpan ditempat redup dan bebas daripada cahaya matahari selama 7-10 hari.
12. Ini keadaan selepas 10 hari diperam.
13. Asingkan cecair mol dengan sisa pisang guna penapis.
14. Masukkan mol pisang yang dah siap ditapis ke dalam botol. Untuk simpanan bagi tempoh yang lama, pastikan lubang dibuat pada penutup botol dan ada ruang kosong 1/3 daripada tinggi botol tersebut. Simpan ditempat yang gelap.
Terdapat 10 jenis nutrien yang ada dalam MOL pisang.
Nak siram pun boleh, nak sembur pun boleh. Saya buat 2-2 sebab cara ia bertindak berbeza.
Penangan MOL pisang bersama MOL lain pada pokok limau kasturi.
P/S : Step ini boleh digunakan untuk buat MOL buah yang lain juga.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!