Poltrona Frau, jenama ikonik yang sinonim dengan kemewahan dan pertukangan halus Itali sejak 1912, kini membuka lembaran baharu di Asia Tenggara. Dengan kerjasama eksklusif bersama Stanzo Italia, pembukaan stor monobrand pertama di Kuala Lumpur ini membawa keanggunan dan inovasi reka bentuk Itali lebih dekat kepada pencinta seni reka di Malaysia. Stor ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi memberi pengalaman penuh inspirasi yang menghidupkan keindahan tradisi dan kecanggihan moden.
Sepanjang tahun 2025, Poltrona Frau bakal membuka beberapa stor utama di rantau Asia Pasifik termasuk India (Surat, Ahmedabad, Kolkata dan Mumbai), Vietnam (Ho Chi Minh City dan Hanoi) serta Australia (Sydney).
Stor-stor ini akan memperkukuhkan lagi kehadiran jenama ini yang semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Stor baru ini terletak di bangunan dua tingkat dengan keluasan 500 meter persegi. Reka bentuk dalaman menampilkan ciri-ciri moden hasil idea studio kreatif AMDL CIRCLE, diketuai oleh arkitek Itali, Michele De Lucchi.
Reka bentuk eksklusif di setiap ruang
Antara elemen reka bentuk yang menarik ialah Exhibition Wall yang mempamerkan koleksi barangan unik, Beautilities Collection, gerbang laluan dengan kemasan logam, serta elemen pemisah kaca dan logam.
Konsep ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2023 melalui stor utama mereka di Shanghai.
Ads
Selain itu, stor ini turut dilengkapi Material Library, ruang eksklusif yang direka seperti butik fesyen mewah. Bahan-bahan disusun rapi pada rak logam hitam, membolehkan pelanggan menyentuh dan bereksperimen dengan gabungan kreatif.
Reka bentuk stor turut dilengkapkan dengan lantai gabungan seramik dan kayu serta dinding yang dihiasi elemen geometri dalam warna seperti Sage Green, Steel Blue dan Rust, menjadikan suasana stor lebih elegan dan kontemporari.
Di sini, pelanggan boleh meneroka dunia Poltrona Frau dan melihat koleksi produk seperti kerusi ikonik Archibald, 1919, SanLuca dan Dezza serta sofa Get Back dan Let It Be.
Ads
Pelancaran terkini dan koleksi Duo Collection hasil kolaborasi bersama Ceccotti Collezioni turut dipamerkan.
Menariknya, stor ini juga mempamerkan produk eksklusif dari Ceccotti Collezioni, jenama ikonik dari Tuscany, Itali, yang terkenal dengan seni kerja kayu.
Ceccotti Collezioni dibeli oleh Poltrona Frau pada tahun 2018 untuk melengkapkan keunikan kerja kulit mereka dengan seni pertukangan kayu berkualiti tinggi.
Ads
CEO Poltrona Frau, Nicola Coropulis berkata, “Pembukaan kedai utama di Kuala Lumpur ini menandakan fasa penting bagi Poltrona Frau di Asia Tenggara. Dengan menyertakan Ceccotti Collezioni, kami memperkukuhkan lagi komitmen terhadap keindahan seni pertukangan. Kami yakin stor ini bakal menjadi pusat kreativiti untuk pelanggan di Malaysia.”
General Manager Stanzo Italia, Yoong Low, turut berkata, “Kami bangga menjadi pengedar eksklusif Poltrona Frau di Malaysia. Untuk meraikan kerjasama ini, kami memilih bangunan baru yang elegan sebagai lokasi kedai. Ia satu pengalaman bermakna bekerja dengan pasukan Poltrona Frau dan kami tidak sabar untuk melihat impak positif kedai ini.”
Sebagai simbol penghargaan, Italauto turut mempamerkan sebuah Ferrari di kedai ini untuk menunjukkan kepakaran Poltrona Frau dalam menghasilkan upholsteri kereta mewah.
Pameran ini adalah peluang istimewa untuk peminat kereta menghargai hasil kerja tangan artisan Poltrona Frau yang penuh ketelitian.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan meluangkan masa untuk merasai sendiri pengalaman menikmati kopi yang dibancuh segar dengan menggunakan mesin kopi jenama terkemuka antarabangsa, Nespresso.
Menerusi satu sesi taklimat bersama Nespresso yang di adakan secara eksklusif di cawangan Nespresso di The Gardens Mall, IMPIANA telah didedahkan dengan maklumat sejarah penghasilan biji kopi yang menjadikan ia sebagai minuman paling popular di seluruh dunia sejak berabad-abad lamanya.
Selain pendedahan itu, melalui sesi taklimat ‘Nespresso Masterclass’ yang diadakan, pelbagai info mengenai mesin dan varian perisa keluaran jenama Nespresso turut telah didedahkan bersama IMPIANA.
Ketika sesi pertama taklimat bersama Nespresso, IMPIANA telah merasai sendiri untuk menghirup kopi Espresso jenis Ethiopia, Nicaragua dan Indonesia.
Untuk ketiga-tiga jenis kopi ini dibancuh segar mengunakan mesin khas Nespresso dan dinikmati begitu sahaja tanpa perasa tambahan seperti gula dan susu.
Dari segi rasanya, memang tidak dinafikan memang agak pahit maka ia amat sesuai bagi anda yang mengemarkan rasa kopi yang ‘strong’ dan asli tanpa sebarang perisa tambahan.
Sesi taklimat seterusnya, IMPIANA juga berpeluang untuk menikmati kopi espresso jenis India dan Columbia yang dibancuh segar menggunakan mesin kopi jenama Nespresso lalu dicampur pula dengan susu panas.
Untuk kedua-dua jenis pilihan kopi ini, memang tidak dinafikan rasanya sangat enak dan sedap walaupun hanya dicampur susu panas dan tidak dicampur dengan gula. Jadi, ia sememangnya amat sesuai untuk anda pencinta ‘caffe latte’ yang sentiasa mengemarkan rasa kopi yang berlemak.
Apa yang membuatkan IMPIANA tertarik dengan mesin kopi jenama Nespresso ini, ia mempunyai pelbagai seleksi pilihan model mesin kopi dengan reka bentuk yang menarik dan cantik.
Dengan adanya mesin kopi ini di dapur, ia sudah semestinya boleh menaikkan lagi seri dan sebagai pelengkap hiasan dalaman rumah anda. Betul tak?
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jenama terkenal untuk peralatan rumah premium seperti pengering rambut dan pembersih vakum, Dyson Ltd dilapor sedang mengurangkan operasi di Malaysia, lapor Bloomberg.
Perubahan ini berlaku di tengah-tengah usaha syarikat itu untuk menstruktur semula perniagaannya di rantau ini. Menurut sumber yang enggan dikenali, Dyson sedang merangka langkah untuk memperkemaskan operasi di Johor, Malaysia
Kilang Dyson di Johor
Kira-kira 47 kakitangan daripada kemudahan pembuatan canggih di Senai akan dipindahkan ke kampus pembangunan global syarikat itu di Johor, yang ketika ini menggaji 1,400 orang.
Walaupun begitu, syarikat itu menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai hab global kedua terbesar untuk Dyson.
Menurut kenyataan rasmi Dyson, makmal dan fasiliti di Johor adalah “penting untuk pembangunan dan ujian teknologi masa depan” mereka.
Namun, sumber turut mendedahkan bahawa Dyson berada dalam peringkat awal perbincangan untuk menyemak semula kehadirannya di Malaysia.
Walaupun keputusan akhir belum dibuat, kemungkinan pengurangan operasi lebih besar tidak boleh diketepikan.
Hubungan antara Dyson dan kerajaan Malaysia didakwa tegang akibat kontroversi buruh yang bermula pada 2019.
Aktivis hak asasi manusia, Andy Hall, pernah menuduh pembekal utama Dyson di Malaysia, ATA IMS Bhd, melanggar hak pekerja migran.
Untuk indo, Dyson ialah sebuah jenama teknologi terkemuka daripada United Kingdom yang dikenali untuk siri pembersih vakum mereka yang bukan sahaja nirwayar, tetapi juga berkuasa tinggi.
Tidak dinafikan, ada segelintir kalangan masyarakat kita yang sanggup mencatu perbelanjaan makanan harian atau erti kata lainnya ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah kediaman yang cantik dan mewah.
Tetapi tahukah anda, apakah kesan serta keburukan yang bakal dihadapi sekiranya anda melakukan tindakan sedemikian yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh ahli keluarga selain diri anda sendiri?
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik hangat berkenaan yang bertajuk ‘Ikat Perut Kerana Obses Nak Rumah Cantik’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Asrul Khairi Kamaruddin yang merupakan seorang arkitek daripada syarikat swasta tempatan.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Encik Asrul berpendapat tingkah laku ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik seperti ini dalam konteks umum adalah bukan satu keperluan sangat penting.
“Pada pendapat saya, tak perlu pun untuk ‘berikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik. Tetapi tidak dinafikan, setiap orang mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin memiliki sebuah kediaman yang cantik.
“Jika kita bercakap tentang perkara keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya hasrat anda itu tercapai. Contoh apa yang boleh anda lakukan adalah tidak menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman untuk rumah anda.
“Untuk maklumat anda, dari segi sudut untuk penambah baik rumah ni ada dua konsep iaitu pertama ‘Soft Furnishing’ yang mana terlibat dengan pemilihan perabot untuk dalaman rumah manakala yang kedua pula adalah ‘Hardworks’ yang melibatkan pengubahusaian seluruh rumah.
“Tentang soal pemilihan perabot dalaman rumah ini, saya rasa anda boleh melakukan secara sendiri mengikut citarasa anda tanpa memerlukan khidmat nasihat arkitek mahu pun pereka hiasan dalaman.
“Ini kerana sumber idea inspirasi dan pelbagai maklumat anda boleh cari di internet, majalah dan sebagainya,” jelasnya.
Konklusinya, adakah anda sanggup untuk mencatu makanan harian anda serta ‘mengikat perut’ semata-mata demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
.
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!