Persediaan Sambut Raya, Nubhan Hadiahkan Mak Jenny Set Lengkap Perabot KAYU JATI. Tiada yang lebih bermakna bagi seorang anak apabila dapat membahagiakan dan memberi keselesaan buat ibu dan ayah tersayang. Tak kiralah dalam apa juga cara, kudrat tenaga, kasih sayang mahupun wang ringgit mengikut kemampuan masing-masing.
Telatah penyanyi dan usahawan berjaya, Nubhan Ahamad,40 bersama ibunya Badariah Omar, 80, atau lebih dikenali sebagai ‘Mak Jenny’ seringkali menarik perhatian ramai di media sosial.
Jika sebelum ini pemenang tempat ketiga, Akademi Fantasia musim keenam ini telah melakukan ubahsuai dan renovasi indah pada bahagian ruang dapur rumah ibunya yang terletak di Kampung Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hadiahkan Set Lengkap Perabot Kayu Jati
Terbaru Nubhan telah menghadiahkan set lengkap perabot Kayu Jati untuk mak tersayang, sebagai persiapan sempena menjelang raya yang bakal tiba. Dalam video yang dikongsikan, Nubhan telah membeli set lengkap kerusi 3+2+1+1, meja kopi, sofa bed, kabinet TV daripada Kayu Jati beserta pokok buluh hiasan bagi menyerikan ruang tamu kediaman.
Menurut Nubhan, harga asal set lengkap kerusi Kayu Jati tersebut RM9,800 dan daripada kualiti gred A.
Ads
IMPIANA: Tahniah Nubhan, membahagiakan dan memberi keselesaan buat ibu tersayang. Makin berseri rumah dengan set lengkap perabot kayu jati ni dan lebih bersemangatlah dalam menyambut raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
FARAH LEE Ubahsuai Rumah Kampung, Dekorasi ‘Vibes’ Lama Dimodenkan Susun Atur Lebih Kemas! Siapa sangka personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Leemempunyai bakat terpendam dalam dekorasi dan hiasan dalaman . Baru-baru ini, Farah atau nama penuhnya Norfarahin Romli ada kongsikan beberapa gambar dekorasi di rumah. Gambar sebelum dan selepas dekorasi.
Menurut bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar ini, cetusan idea, tema, warna, konsep malah susunan dekorasi pada kediaman tersebut datang daripada dirinya sendiri.
Farah berjaya mengekalkan vibes ‘lama’ namun dimodenkan dengan susun atur yang nampak lebih kemas dan sejuk mata memandang.
“So I can do interior design too. Designed the renovation ; the idea, the theme, the color, the concept, the arrangement – all by myself,”
“Sebagai seorang yang setia, lahhh tiber saya suka design retro dan saya akan marah kalau keluarga buang perabot-perabot lama yang klasik. Sebagai seorang yang minimalist saya akan makesure ruang tak padat supaya mata tak serabut tengok itu ini. Sebagai seorang yang ceria, dalam ruang yang simple itu, saya akan masukkan sedikit warna yang striking untuk menaikkan suasana. Sebagai seorang yang raw, saya juga suka masukkan element industrial dalam design saya.’
“Jadi terimalah dapur yang didesign sendiri oleh saya 100% untuk rumah di Terengganu, yang represents diri saya,
Saya buat simple 3D design (student mechanical engineering kan haha), pass pada contractor just untuk dia faham. Dan saya hire another contractor sebab masih ada few and there saya tak puas hati dengan contractor sebelumnya. Kemudian saya pejam mata, arrange perabot dan warna dalam kepala. Kemudian tadaaa..
“Saya suka rumah yang ada character dan kemas. Dapur ni sebelum renovation, macam nak nangis tengok haha. Siapa nak tengok gambar before & after.? jelas Farah.
Pengembara berjiwa minimalis, vintaj dan rustik, Farah menggabungkan dekorasi indah di setiap tempat yang pernah dilawati pada bahagian dapur kediaman. Bukan itu sahaja, omma kepada Maream Esabel, 11 ini juga menggunakan semula perabot lama, membaik pulih pintu dan tingkap lama serta cukup kreatif menjadikan katil sebagai kerusi dengan menambah ‘blocking colors’ bagi menyuntik karakter, sekaligus mengembalikan memori zaman kanak-kanak.
“I’m a minimalist vintage rustic traveller so I combine all my adoration of all places I’ve been to, dekat dapur ni. Recycled old furnitures, restore pintu.tingkap lama, katil arwah tokki aku jadikan kerusi arab, put some blocking colors for characters and to bring back childhood memories.
Tu katil, I letak ‘majlis’ atas dia – kerusi orang Arab, sarung dia beli dekat Turkiye, sponge dalam beli dekat shopeee then potong ikut ukuran sarung tu 🙂
This dapur represents me – my character – kinda like a lil bit of everything. Kan.?, kata Farah.
Tambah Farah lagi, dia menghabiskan sekitar RM70,000 bagi kos renovasi dan dekorasi rumah ini, termasuklah menambah ‘home office’ dan tandas.
Berkongsi lebih lanjut perancangan selepas raya, Farah yang kembali telah bergelar isteri pada Januari 2024, merancang untuk membina rumah sendiri di Setiu, Terengganu. Malah turut meminta cadangan nama kontraktor yang bagus untuk melakukan pembinaan di rumahnya.
“Insha Allah lepas raya aku plan nak start construction of my own house in Setiu, Terengganu, anyone nak suggest tak good contractor nearby or any contractor willing to take the job.? Lepas settle construction aku design interior unik-unik camni so aku boleh lah promote korang sekali,”
“Aku tak fussy tapi jangan buat kerja sambil lewa, sebab aku jenis tahu mana yang tak kena. Tapi kalau kerja korang best, memang aku willing je untuk suggest to others. Janji kerja elok, kualiti jaga, harga berbaloi, senang berurusan, jelas Farah.
IMPIANA: Tahniah Farah, cantik hasil dekorasi dan ubahsuai rumah kampung ni. Tetap mengekalkan ‘vibes’ rumah lama, namun susunan yang lebih kemas, unik dan tersusun.
Inspirasi Dekorasi Rumah Konsep Kayu, Hasil Bertukang Dengan Suami Selama Setahun. Memang unik dan kreatif hasil dekorasi rumah berkonsepkan kayu oleh pasangan suami isteri ini. Ia merupakan projek bersama, hasil bertukang selama setahun untuk melengkapkan dekorasi rumah. Malah rumah tersebut turut dijadikan homestay.
Rumah yang dibeli tapi tak dapat nak duduk..jadi kami buat rumah singgah dan homestay. Hasil bertukang dengan suami selama setahun sebab buat masa lapang saja.
Saya memang minat sangat dengan rumah berkonsepkan kayu dan simple..Deco ikut budget yang kami ada.
Bila ade rumah sendiri ni baru terlaksana konsep deco kayu ni.
Ada juga jual kat shopee yang dah siap..tapi yang saya punya saya memang ambik dengan orang yang jual pallet sebab nak kayu yang tebal untuk katil.
IMPIANA: Unik, lain daripada yang lain konsep deko yang diketengahkan oleh pemilik kediaman ini. Deko rumah dengan cara bajet menggunakkan palet kayu. Semoga menjadi inspirasi buat pecinta dekorasi yang lain.
Mahligai Bonda Rozita ini sesungguh cukup indah. Siapa sangka di puncak rimba yang jauh dari hiruk-pikuk kota, tersergam sebuah kediaman yang cukup eksklusif milik usahawan terkenal.
Dengan latar belakang alam semula jadi yang luas terbentang, rumah ini bukan sekadar tempat berteduh tetapi juga refleksi jiwa pemiliknya yang dekat dengan alam.
Berkongsi foto kediamannya dalam akaun Instagram milik beliau baru-baru ini, Bonda Rozita mendedahkan bahawa pembinaan kediaman ini telah dirancang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
“Jujurnya, saya tak nak pun buat rumah ni pada awalnya sebab saya perlukan bajet untuk siapkan keseluruhan resort. Impian saya cuma nak rumah kecil di puncak hutan, jauh dari orang ramai,” ujar beliau yang dipetik dari majalah Nona.
Meskipun kini segalanya berubah, siap sudah kediaman yang tak pernah terimpi sebelum ini.
Sebagai seorang yang amat mencintai ketenangan, mahligai ini menjadi lambang kepada gaya hidup harmoni yang diimpikan oleh Bonda Rozita. Dengan kedudukan strategik di atas gunung, suasana privasi di rumah ini memang tiada tandingan.
Menurut Bonda Rozita, jiwa dan hatinya sangat dekat dengan alam semula jadi, kerana itulah dia memilih lokasi sebegini untuk menetap.
“Saya memang nak kembali kepada asal saya, ke hutan dan hidup dalam suasana nature – bersuluk. Bertemankan unggas, rumah kebun, sungai yang cantik, saya melihat dari atas puncak tinggi, berjiran dengan resort Rumah Terapi Alam dan perkampungan Orang Asli,” kongsinya.
Dari kejauhan, warung yang dimilikinya boleh melihat rumah beliau yang seolah-olah berada di ‘puncak awan’. Dalam pada itu tambahnya lagi, rumah ini juga mempunyai lima ‘hall’ dengan pemandangan hutan tercantik yang memberikan panorama 360 darjah.
“Seakan-akan berada di New Zealand atau Kundasang. Rumah saya tak besar pun, tapi view-nya sangat mewah dengan keindahan alam ciptaan Allah,” ujarnya penuh kesyukuran.
Tidak dapat disangkal, kediaman unik ini bukan sahaja memberikan ketenangan kepada pemiliknya tetapi turut menjadi inspirasi buat mereka yang mengimpikan kehidupan yang lebih dekat dengan alam.
Bonda Rozita Ibrahim membuktikan bahawa kediaman impian bukan hanya mengenai kemewahan material, tetapi juga nilai kedamaian dan kepuasan jiwa.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.