fresh Beauty Kitchen yang pertama akan berlangsung dari 21 – 30 Jun 2019, di Suria KLCC center court Kuala Lumpur.
FRESH BEAUTY KITCHEN
Bahan-bahan semula jadi sentiasa menjadi bahan utama fresh. Sejak dilancarkan pada tahun 1991, jenama itu telah mempelopori penggunaan bahan seperti soya, gula dan sake dalam produk kecantikannya – menggabungkannya dengan ritual silam dan sains moden untuk menawarkan pengalaman sensori yang tiada bandingan.
Ads
Apabila mencari bahan-bahan mereka, pengasas fresh Lev Glazman dan Alina Roytberg sering merujuk kepada masa lampau untuk inspirasi. Koleksi Rose fresh berasal daripada obsesi Cleopatra dengan bunga; dia akan mandi dalam inti sari mawar dan mewangikan layarnya dengan kelopak mawar. Daripada pengalaman peribadi pula, nenek Lev dan Alina menggunakan gula mentah untuk menyembuhkan luka dan calarnya, lalu memberi inspirasi terhadap penggunaan gula dalam produk fresh untuk kulit, bibir dan badan.
fresh Beauty Kitchen meraikan bahan-bahan semula jadi yang poten ini dalam suasana interaktif seperti bistro yang direka untuk memberikan pengalaman sensori yang unik. Tetamu dijemput untuk memulakan perjalanan yang membawa mereka melalui pelbagai bahagian Beauty Kitchen, dari Parti Rose Garden dan Sensorial Bar ke Kitchen Table and Kombucha Café. Untuk mengekalkan nilai teras jenama, setiap stesen ini menonjolkan produk penjagaan kulit ikonik fresh dan bahan-bahan yang memberi inspirasi kepadanya. Seluruh Beauty Kitchen ini dicat dengan biru fresh yang ikonik, memberi penghormatan kepada moto jenama, “Sky’s the limit.”
Ads
“ fresh berbangga menjadi perintis kedai konsep kecantikan yang pertama, dan dapat memulakan pengalaman membeli belah yang unik ini di Malaysia,” kata Pengurus Besar Jenama Wilayah Winnie Tay. “Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman baharu kepada tetamu kami dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sehubungan dengan tema “Creating a Better Life”, jenama elektronik terkemuka, LG Electronics Malaysia telah memperkenalkan penghawa dingin DUALCOOL terbaharu mereka. Disambut dengan positif semasa majlis pelancaran, produk terbaru daripada LG telah berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara pengeluar produk perkakas rumah utama dunia.
Berucap di majlis pelancaran, Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, “Kami tidak mahu berpuas hati dengan hanya menjadi cukup bagus. Kami mahu menjadi kebih. Dengan mahu menjadi lebih bagus, kami mula berinovasi. Oleh yang demikian, LG berjaya merangkul tempat pertama sebagai penghawa dingin Inverter No. 1 di dunia – kecuali China* (Sumber: Euromonitor International Limited, Per Air Conditioners category definition, retail sales by volume 25). Kami percaya ini adalah suatu kelebihan yang kami boleh gunakan untuk menarik perhatian pelanggan.
“Dengan penambahan terbaharu kami, barisan penghawa dingin DUALCOOL boleh memberi perkhidmatan kepada pengguna kami dengan lebih baik, memberi peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, dipenuhi dengan kegembiraan dan keselesaan di dalam rumah mereka.
PENYEJUKAN LEBIH BAIK, PENJIMATAN TENAGA
Dengan sistem penjimatan tenaga LG’s Dual Inverter Compressor, pengguna boleh menjimatkan 70% lagi tenaga, berbanding dengan pemampat konvensional. Penghawa dingin LG DUALCOOL juga mengeluarkan udara 40% lebih pantas, memberikan pengguna prestasi yang terbaik sementara masih memainkan peranan dalam penjimatan tenaga. (Sumber:TUV Rheinland, Verification on Fast Cooling & Power Saving Rate)
KETAHANAN: Nikmati faedah LG DUALCOOL dengan Gold Fin™ & waranti selama 10 tahun
Gold Fin™ ialah teknologi lapisan paten anti hakisan LG. Gold Fin™ memastikan permukaan lapisan lebih tahan kepada hakisan dan meningkatkan ketahan penukaran haba untuk jangka masa yang lebih lama.
Dengan waranti 10 tahun untuk pemampat penghawa dingin LG DUALCOOL, pengguna boleh menikmati faedah penghawa dingin LG pada tempoh masa yang lama.
SMART THINQ MENYENANGKAN SEMUA
Pengguna boleh mengakses dan mengawal penghawa dingin mereka di mana-mana dan pada bila bila masa sahaja hanya dengan satu sentuhan pada telefon pintar mereka*. Sama ada mereka menggunakan lebih daripada satu peranti untuk penghawa dingin mereka atau sebaliknya, aplikasi kawalan peralatan rumah eksklusif LG ini direka untuk memberi kemudahan kepada kehidupan pengguna, dengan hanya memerlukan satu sentuhan pada telefon pintar mereka sahaja.
Pengguna juga boleh menjalankan diagnosis pintar melalui telefon pintar mereka, dengan menerima maklumat tentang penghawa dingin mereka dalam bentuk gambar, dimana ianya boleh dihantar kepada juruteknik servis. Penghawa dingin tersebut juga mampu mengesan tahap kerendahan bahan penyejuk yang boleh menyebabkan kesejukan yang rendah dan kegagalan mekanikal.
*Kesemua peranti mesti mempunyai sambungan Internet
SEMUDAH 1, 2, 3
Reka bentuk LG DUALCOOL yang moden dan nipis memudahkan proses pemasangan. Tanpa menghiraukan persekitaran dan jumlah orang yang terlibat dalam proses pemasangan, pemasangan penghawa dingin boleh dilakukan dengan lebih banyak dalam masa yang singkat.
Dengan prestasinya yang amat baik dan kecekapan tenaga yang tinggi, proses pemasangan DUALCOOL yang mudah ini mampu menjimatkan masa dan usaha juruteknik serta mereka yang terlibat dalam proses perbaikan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kumpulan LBS Bina Berhad (“LBS atau “Syarikat”) menjangkakan pencapaian yang lebih baik di tahun 2022. Pada tahun 2021, LBS telah melepasi sasaran jualan RM1.2 bilion dengan jumlah jualan yang diraih pada penghujung tahun sebanyak RM 1.575 juta.
Pada taklimat media tahunan LBS yang diadakan hari ini, Syarikat mengumumkan rancangannya untuk melancarkan 14 projek baharu pada 2022 – yang bakal meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak – berjumlah 3,733 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.77 bilion.
Secara keseluruhan bagi Lembah Klang, yang menyumbang jualan tertinggi 2021, LBS berhasrat melancarkan 2,604 unit hartanah dengan jumlah GDV RM1.11 bilion. Khusus bagi perbandaran KITA @ Cybersouth, LBS akan melancarkan 2,128 unit hartanah dengan nilai GDV sebanyak RM853 juta dengan menyasar untuk membangunkan pangsapuri servis KITA Sejati, rumah teres satu dan dua tingkat di KITA Bestari serta rumah bandar dua tingkat pada tahun 2022. LBS turut merancang untuk melancarkan fasa baharu pangsapuri servis Melodi Perdana di perbandaran LBS Alam Perdana yang terdiri daripada 321 unit hartanah dengan jumlah GDV sebanyak RM120 juta serta sejumlah 155 unit Astella di D’Island Residence dengan jumlah GDV RM132 juta.
Bagi kawasan lain, projek baharu termasuk pangsapuri Bayu Hills di Genting Highlands (642 unit dengan jumlah GDV RM492 juta); rumah kluster satu tingkat di Taman Kinding Flora dan rumah teres di Chemor, Perak (248 unit dengan jumlah GDV RM 64 juta), rumah teres satu tingkat Emerald Garden 3, rumah Semi-D dua tingkat Royal Garden dan rumah teres dua tingkat di Laman Bayu 4, Bandar Putera Indah, Johor. (239 unit dengan jumlah GDV RM108 juta)
Sebagai perbandingan, pada 2021 LBS telah melancarkan sejumlah 3,344 unit hartanah bernilai RM1.6 bilion. Pelancaran ini merentasi pembangunan di Lembah Klang merangkumi KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Bukit Jalil dan Prestige Residence di Seri Kembangan. Pelancaran lain termasuk rumah teres di perbandaran Bandar Putera Indah di Batu Pahat dan fasa baharu di Taman Kinding Flora, Chemor.
LBS turut menyokong penuh inisiatif Kerajaan Selangor bagi segmen pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat. Ini dibuktikan menerusi usaha sama LBS dengan Kerajaan Negeri Selangor di dalam membangunkan projek MBI Rumah Selangorku Idaman dengan pembinaan 7,210 rumah mampu milik di 6 lokasi, dengan jumlah GDV sebanyak RM2.01 bilion. Pada 2022, LBS turut menyasar untuk melancarkan 4 buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI iaitu Idaman BSP (Bandar Saujana Putra), Idaman Cahaya (Shah Alam), Idaman Sari (Puchong) dan Idaman Melur (Cybersouth). Manakala, pembinaan bagi Idaman KITA (Cybersouth) dan Idaman Perdana (Bandar Puncak Alam) dijadual untuk dilancarkan pada 2023.
Ketika ini, LBS mempunyai 18 buah projek pembangunan yang sedang berjalan dengan anggaran GDV sebanyak RM5.3 bilion.Sehingga 31 Disember 2021, simpanan tanah masa depan LBS dianggarkan berjumlah 2,744 ekar, dengan unjuran bagi memastikan Syarikat kekal relevan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun. Di samping itu, mereka juga mempunyai jualan belum dibil kira-kira RM 2.304 bilion, dijangka memberikan impak pendapatan yang jelas untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Di sebalik cabaran pandemik 2021, LBS berjaya memperoleh jualan hartanah yang kukuh dengan bantuan inisiatif pemasaran digital, penggunaan sistem pratuang IBS, dan pembangunan Laman Hartanah Maya serta pelancaran beberapa kempen digital seperti Ox-picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS, Vacci-Nation Bonanza dan Cabutan Bertuah Fabulous 20-21.
Usai taklimat media, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, “LBS mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada 2021 walaupun ianya merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan perniagaan. Bukan sahaja kami telah melepasi sasaran jualan hartanah 2021 sebanyak 31%, kami juga berjaya menyerahkan milikan kosong sebanyak 2,570 unit dengan nilai RM1.3 bilion. Ianya amat bermakna apabila kami berupaya menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat dan melihat wajah-wajah gembira apabila menerima kunci rumah baharu mereka.
Melangkah ke hadapan, pemaju ini kekal mengadaptasi norma baharu di samping menerapkan pendigitalan dalam perniagaan serta bekerja keras untuk mencapai matlamat kami. Bagi memulakan tahun ini, LBS telah melancarkan kempen ‘Bring Happiness Home’, yang bakal memberi ganjaran Angpau Tahun Baru Cina sebanyak RM438,888 kepada pembeli rumah dari 1 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. Di bawah kempen ini, kami turut menawarkan pakej perabot, yuran tempahan yang rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi dan yuran keluar sifar. Di samping itu, kami akan mengenepikan yuran guaman dan duti setem ke atas perjanjian pinjaman bagi semua pembeli rumah apabila mereka membeli hartanah kediaman terpilih. Sebagai Pemaju Rakyat, kami terus komited untuk menyokong inisiatif perumahan kerajaan dan berharap para pembeli rumah terdorong untuk memiliki rumah seiring dengan usaha kami.
Sementara itu, peningkatan nilai pemegang kepentingan tetap menjadi keutamaan dan kami akan terus mengekalkan dasar dividen dengan kadar pembayaran sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan selepas cukai. Kami optimis dan berharap agar pemegang saham akan teguh bersama kami.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek LBS, layari https://lbs.com.my/ .
Istimewa IMPIANA EDISI JAN/MAC 2018 memaparkan pelbagai info, tip dan idea dekorasi untuk anda merubah wajah bilik tidur sempena tahun baru 2018. Paparan mengenaik idea pencahayaan bilik tidur, bagaimana anda menyusun atur peletakan perabot dan juga di mana ingin dapatkan produk bilik tidur berkualiti segalanya ada di dalam edisi Januari/Mac ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.