Pemilik Kediaman Kongsi Pengalaman Lantai Bilik Guna Jubin Corak Kayu vs SPC. Pemilihan jenis material bagi pemasangan kemasan lantai rumah antara perkara yang perlu diambil perhatian buat setiap pemilik kediaman. Ia bukan sahaja melibatkan kos yang besar malah aspek ketahanan jangka panjang.
Seringkali sewaktu melakukan kerja-kerja renovasi mahupun ubahsuai rumah, pemilik kediaman buntu untuk memilih material yang terbaik untuk kemasan lantai. Sama ada memilih untuk memasang SPC, Vinyl, mozek, jubin dan sebagainya.
Perkongsian pengalaman daripada Syafiee Ariffin yang pernah menggunakan kedua-dua jenis material, SPC dan jubin untuk kemasan lantai rumah ini boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pemilik kediaman yang lain.
Lantai Bilik : Jubin (mozek/tiles) vs SPC ?
“Ramai yang ingat saya pakai SPC atau parkir kayu untuk lantai bilik tidur, ruang dapur & ruang laundry rumah kami kerana coraknya berkayu. Sebenarnya, ia adalah jubin (mozek/tiles) bercorak kayu .Ya ia bukan SPC atau parkir kayu.”
Pengalaman Guna SPC
Sebelum bina rumah, saya pernah menggunakan SPC/parkir kayu di dalam bilik tidur (rumah ibubapa).
Pemasangan dibuat oleh tukang dan bukannya dipasang sendiri oleh saya. Tetapi, ia tak bertahan lama. Lebih kurang setahun lebih, ia mula rosak. Sebab itu, bila nak bina rumah kami sendiri, kami pilih jubin bercorak kayu berbanding SPC.
Kami amik saiz lebih kurang SPC (bentuk panjang) untuk bilik tidur. Manakala untuk ruang dapur dan laundry, kami pilih saiz lebih kecik dengan warna lebih cerah.
Sekali tengok, memang nampak sama je dengan SPC/parkir kayu. Sedap mata memandang. Ada sesetengan jubin corak kayu turut mempunyai tekstur kayu (rasa urat kayu pada jubin).
Ads
Kenapa Kami Pilih Jubin Berbanding SPC?
Tahan Lasak : Jubin kompemla lebih tahan lasak berbanding SPC/parkir kayu. Tahan calar, tahan panas dan tahan lama berbanding SPC.
Lagipun teknik pemasangan SPC ialah “klik and lock”, sambung-sambung je tu. Jika salah satu SPC tu rosak, nanti yang lain akan turut tercabut. Beza dengan jubin, ia dilekat satu persatu dengan simen. Jadi, lebih tahan lasak.
Kalis Air : Jubin lebih kalis air berbanding SPC. Memangla ada SPC yang ikut spesifikasinya kalis air. Tapiiiii, masalahnya, antara celah-celah SPC tu yang masuk air dan menyerap ke bawah SPC. Lama-lama nanti akan berbau especially yang tumpah tu bukan air kosong.
Bagi yang suka mop lantai, memang jubin lebih sesuai. SPC ni nak kena berhati-hati mop. Dan paling best, jubin corak kayu boleh pasang kat ruang laundy (hatta bilik air pun boleh). Yelah jubin kan. SPC kompem tak dapatlah kan pasang kat area berair.
Ads
Lantai Lebih Sejuk : kalau musim panas macam sekarang, memang best pakai jubin berbanding SPC. Teringat nostalgia masa kecik dulu, bila musim panas je, tidur atas lantai sebab sejuk.Cuma kelemahan jubin nak, pagi-pagi sejuk kaki especially jika demam. Solusinya senang, pakai selipar.
Cuma satu benda yang jubin kayu tak dapat lawan SPC ialah feeling pijak tu. Tak rasa nyot nyot lembut je bila pijak.
So far, kami tak menyesal pilih jubin corak kayu berbanding SPC. Kami tak nak beberapa tahun lepas pasang SPC, masalah datang seperti mana pengalaman kami pasang sebelum ni.
Ads
Lagipun SPC lebih mahal berbanding jubin apabila kami compare harga semasa bina rumah sebelum ni. Ada yang murah atau setara harga jubin, tapi kualiti SPC tu jenis biasa je.
Korang prefer pakai jubin atau SPC?
p/s : jangan tanya link kat mana beli😅 Yang ni kena beli kat kedai jubin. Tanya je kat kedai jubin, bagtahu nak corak kayu. Biasanya mana-mana kedai jubin ada je
Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. Menurut sumber ramalan cuaca fenomena taufan Lan yang menyebabkan cuaca di Semenanjung Malaysia menjadi panas terik sehingga suhu 34 darjah celsius.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ utnuk sejukkan ruang kediaman ini walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak kiralah bilik anda besar dan lapang mahupun kecil dan sempit, ambil masa untuk menghias dan mengemas ruangan ini. Keselesaan di bilik tidur juga dalam menjamin hari esok yang lebih segar dan bertenaga.
Jadi, mari IMPIANA kongsikan beberapa tips menghias bilik tidur yang kecil.
Gunakan Warna Pastel
Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Pemilihan Perabot
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda.
Ruang Penstoran
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
Elemen Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Pencahayaan
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Kemasan lembut
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Memang membimbangkan dari segi keselamatan diri bila kawasan rumah berhampiran semak, kebun mahupun hutan. Ini kerana ia berpotensi serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking masuk ke dalam rumah.
Dalam keadaan panik mahupun kecemasan, adakalanya kita buntu untuk buat apa, sebelum menghubungi jabatan penyelamat seperti Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Sebenarnya sebagai langkah persediaan, kita boleh beli siap-siap dan simpan satu semburan racun Baygon di rumah. Ini merupakan pesanan dan tip yang digunakan oleh pihak bomba sendiri untuk menghalau ular.
Pesanan BOMBA, simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.
Semalam memang dia sembur di kawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli, iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam.
Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati ya guna. Takut sesak nafas. Atee ulor pun boleh kiok..apetah lagi kita kita ni.
IMPIANA: Jadi boleh beli sesiap racun semburan Bygon ni, simpan dekat rumah. Manalah tahu waktu kecemasan, ada serangga atau binatang berbisa seperti ular, kita tak panik dan boleh digunakan nanti.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!