Pasang sendiri smart door lock di rumah supaya sampai depan pintu takdelah tergesa-gesa cari kunci, dengan sebelah tangan kendong anak, pegang barang lagi. Kan susah macam begitu.
Sistem kunci pintar ini membolehkan pintu rumah dibuka menggunakan kata laluan. Tekan-tekan, pintu dah terbuka. Senang kan.
Antara yang menggunakan kaedah ini di rumah adalah Nuraihan Yan. Boleh baca perkongsian beliau jika berhajat menggunakannya di rumah.
Pasang sendiri smart door lock, lebih senang buka pintu
“Selalu berangan nak rumah pintu ala-ala drama Korea. Cuma masuk password tak payah terhegeh-hegeh cari kunci dalam handbag sambil tangan kendong barang anak-anak
“Pernah survey dekat home expo dulu harga untuk pasang smart door lock ni paling murah lebih RM800.
Ads
“Tapi cuba alternatif dekat Shopee dan minta kudrat si suami yang pasangkan.
“Waktu itu harganya dalam RM300 lebih. Shipping from Korea, jadi ambil masa dalam dua minggu.
Cara install pun mudah
Ads
“Cara install pun tak susah. Ia datang dengan manual dalam bahasa Inggeris dan cuma perlu drill lubang 32mm untuk tebuk lubang pintu. Nak tebuk pun dah diberikan template. Bateri pun dimasukkan sekali dalam box. Model ini boleh set guna password dan jugak boleh guna RF key tag (included dalam box).
“Cuma kekurangannya tiada warranty sebab warranty cuma dalam negara itu saja.
Gubanah jambangan orkid tiruan menjadi penyeri dekorasi kediaman tidak kira apa sahaja konsep dekorasinya. Namun, untuk memiliki jambangan orkid tiruan yang siap diubahsuai harganya agak lumayan. Akan tetapi, Puan Zaza Zalina berkongsi cara untuk menghasilkan sebuah jambangan bunga orkid hanya dengan modal lebih kurang RM 150 sahaja. Jika di beli harganya mencecah RM 300-500
Bahan-bahan:
5 Batang orkid (sebatang RM 14.00)
Daun tiruan campur-campur
Ranting (RM 7.50
Pasu (RM 35.00)
4 biji span bunga (RM 2.50)
Lumut kering (RM 4.00)
Sekulen (RM6.50)
Gam kraf
batu lumut tiruan (RM 6.50)
Cara-cara: 1. Pasu yang digunakan agak besar, letakkan surat khabar oada bahagian tersebut sebelum di masukkan span
2. Lekatkan lumut kering dengan menggunkan gam kraf
3. Setelah kering sepenuhnya cucuk orkid did bahagian tenagh. Tapi sebelum itu, ikat buluh pada ranting buluh dan susun secara kreatif
4. susun daun, sekulen dan daun tiruan di bahagian pangkal bunga orkid secara kreatif
Tip: untuk elak pasu merosakkan permukaan perabot, letakkan span pelekat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perasan tak, kadang-kadang akan ada kesan kekuningan pada bahagian bawah lengan atau ketiak walaupun baju telah dicuci. Lebih-lebih lagi pada pakaian bewarna putih. Kesan kotoran degil ini tidak hanya terdpat pada bahagian tersebut, malah juga boleh terjadi pada bahagian kolar dimana peluh selalu berkumpul.
Memang susah nak tanggalkan kesan kuning ni. Nak tak nak, terpaksa juga lah pakai kalau dah terdesak. Dan paling teruk, kita buang sahaja baju yang terjejas kerana tak sanggup menanggung malu berhadapan orang ramai dengan baju bertanda kuning pada bahagian tertentu.
Tetapi sebelum itu, apa kata anda cuba dahulu petua dari saudara Herry Rozular ini. Menurutnya, sabut ajaib yang berharga RM5.90 ini mampu menghilangkan kesan kuning pada pakaian dengan mudah. Betul-betul menakjubkan!
Menurut beliau lagi, sabun inibukan hanya boleh bantu hilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak dan kolar baju, malah juga boleh digunakan untuk kasut yang kotor.
Inilah sabun yang disebut-sebut tu. Boleh dibeli di Daiso. Selamat mencuba!
“Masuk Daiso wajib korang grab blue stick soap ni! Sy dh lama geram dgn kotoran degil yg kuning kt part deodorant tu ? dah banyak kali sental tak hilang2 last2 try beli benda ni korang tgk la sendiri pic tu. Tu baru sekali basuh.
Sabun ni nk pakai korang kena sapu sikit kat kawasan kotoran n pakai berus utk sental. Lepas tu basuh mcm biasa. Sabun ni kat area kolar baju n kasut kotor pn boleh pakai. So lepas ni kalau kolar baju sekolah putih anak korang ada kotoran, ha cuba sental pakai sabun ni. Seketul ni RM5.90 je boleh beli kat Daiso ✌?“
Sekarang ni, tak kira usia dah ada telefon sekarang ni. Bila masa nak mengecas, berebut-rebut nak-nak apabila socket yang tersedia sangat terhad. Apa kata, tukar soket anda kepada Socket yang ada USB port seperti yang dilakukan oleh Mohd Azhar Ali.
Dalam satu socket boleh muatkan 2 USB dan satu socket biasa. Tambahan, sekarang banyak juga alat elektronik yang voltan rendah seperti lampu juga menyediakan sambungan USB. Ni cara ganti sendiri Socket yang ada port USB
1. Buka yang lama. Kebanyakkan sockte berkualiti, bahagian skru ni tak kelihatan, ada penutup bulat kecil atau ada penutup khas untuk keseluruhan permukaan socket. Perlu humpil sikit bagi penutup tu terbuka
2. Ni socket ada USB port yang baru di beli online j
3. Dah buka yang lama. Oh! jangan lupa tutup MCB (Miniature Circuit Breaker) tak pun tutup je semua kalau tak tahu MCB yang mana
4. Putuskan atau cabutkan wayar dari socket asal
5. Oleh kerana belakang plug socket yg baru ada transformer utk mengawal voltage dan tukang yg sebelum ni buat kerja tak berapa kemas, jd saya perlu buang lebihan simen tu..
6. Ok.. sekarang dah boleh masuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!