Papan pemotong kayu adalah peralatan yang sering digunakan di dapur. Namun, bila terlalu kerap digunakan, terutama untuk memotong daging, sayur, dan bawang, papan pemotong boleh ‘berdaki’ atau meninggalkan kesan dan bau yang tak menyenangkan.
Selain mencacatkan rupa, daki pada papan pemotong juga boleh mengumpul kuman yang tak baik untuk kesihatan.
papan pemotong
Jadi, bagaimana kita boleh membersihkan papan pemotong kayu ini dengan lebih efektif? Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang boleh anda gunakan!
1. Sabun cuci pinggan
Anda boleh mencuci papan pemotong kayu dengan menggunakan sabun pinggan mangkuk dan air panas. Caranya adalah basuh kedua-dua belah dan sental menggunakan berus dawai sehingga semua kotoran degilan hilang. Kemudian, bilas dan biarkan sehingga kering.
Jangan biarkan papan pemotong kayu anda terendam di dalam singki untuk jangka masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan kelembapan dan bakteria berkumpul.
2. Cuka
Cara seterusnya untuk membersihkan papan pemotong kayu anda adalah menggunakan cuka. Caranya adalah semburkan sedikit cuka pada papan pemotong dan biarkan ia kering tanpa mengelapnya.
Ads
Cara ini bukan sahaja boleh menghilangkan kotoran tetapi ia juga membantu menghilangkan bau.
3. Lemon dan garam
Cara terakhir untuk membersihkan papan pemotong kayu adalah dengan menggunakan lemon dan garam. Anda hanya perlu menabur garam di atas papan pemotong kayu dan gosok menggunakan lemon sehingga kering.
Kemudian, kikis permukaan pemotong kayu untuk mengeluarkan segala kotoran degil. Bilas dan biarkan sehingga kering.
Ads
Membersihkan papan pemotong kayu dengan cara di atas disarankan untuk dilakukan setiap hari selepas menggunakannya. Semoga bermanfaat!
IMPIANA : Dengan cara ini, papan pemotong kayu anda akan kelihatan baru kembali.
Karpet kotor biasanya kita akan hantar ke dobi untuk membersihkannya. Adakala boleh habis beratus-ratus ringgit untuk tujuan ini.
Tapi kalau mahu melakukan penjimatan kita juga boleh cuci sendiri karpet yang kotor ini. Tak perlu alat khas sebaliknya hanya menggunakan mop dan sabun saja.
Kaedah ini juga mudah kerana tak perlu habiskan tenaga untuk angkat dan jemur.
Caranya dikongsi oleh Isjue Ishak yang mempraktikkan kaedah ini sebulan sekali sejak dua tahun lalu lagi untuk membersihkan karpet.
Cara cuci karpet kotor guna mop saja
Bahan diperlukan
Air panas
Sabun serbuk
Sedikit Clorox (boleh guna yang pewarna juga)
Cara-caranya
Vacum dulu karpet untuk hilangkan habuk dan kotoran.
2. Tuang semua bahan dalam baldi, kacau untuk ratakan semua bahan.
3. Masukkan mop dalam baldi berisi air tadi dan perah.
4. Kemudian bolehlah mop seluruh karpet.
5. Selepas siap biarkan karpet di bawah kipas untuk dikeringkan.
6. Nanti boleh nampak air dalam baldi bertukar warna akibat kotoran daripada karpet.
INFO: Jangan risau penggunaan Clorox tidak akan menyebabkan karpet luntur warna.
10 tanaman musim panas, kurangkan risiko tanaman mati. Di Malaysia, terdapat beberapa sayur-sayuran yang sesuai ditanam pada musim panas yang panjang dan iklim tropika. Sayuran ini sesuai ditanam pada musim panas di Malaysia kerana ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi dan tahan terhadap suhu tinggi. Pastikan anda menyediakan penjagaan yang baik seperti penyiraman yang mencukupi dan pembajaan yang kerap untuk hasil yang optimum.
Berikut adalah 5 sayur-sayuran musim panas yang popular di Malaysia:
1. Kacang Panjang (Vigna unguiculata)
Sayuran yang tumbuh subur di iklim tropika, kacang panjang menghasilkan hasil yang baik semasa musim panas dengan cahaya matahari yang mencukupi.
2. Cili (Capsicum annuum)
Cili adalah tumbuhan yang tahan panas dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Mereka menyediakan hasil tuaian yang baik semasa musim panas di Malaysia.
3. Terung (Solanum melongena)
Terung tumbuh dengan baik pada musim panas Malaysia, memberikan buah-buahan yang lazat dan berkhasiat untuk dimasak.
4. Timun (Cucumis sativus)
Timun ialah tumbuhan yang tahan panas dan memerlukan air yang banyak. Ia sesuai untuk dimakan segar atau untuk penjerukan.
5. Bunga Kubis (Brassica oleracea)
Bunga kubis boleh tumbuh dengan baik pada musim panas Malaysia dengan penjagaan yang betul. Mereka menghasilkan hasil yang baik dimasak atau dalam salad.
Moga bermanfaat!
IMPIANA: Musim panas adalah saat yang paling mencabar bagi petani mahupun yang berkebun sebagai hobi. Dengan itu, ini dapat mengurangkan risiko tanaman edible anda mati pada musim panas.
Tinggal di kuarters syarikat atau pun kuarters kerajaan bukanlah penghalang untuk berdekor atau menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Asalkan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!