
Pantang Larang Tanam Orkid: Rahsia Penjagaan Orkid Agar Kekal Segar dan Cantik. Siapa je yang tak terpikat dengan kecantikkan bunga orkid, lagi-lagi bila ditanam di laman rumah. Keanggunannya memang memukau! Namun, ramai yang kecewa bila pokok orkid yang dibeli dengan harga mahal akhirnya rosak atau mati kerana cara penjagaan yang kurang sesuai.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam orkid di rumah, penting untuk tahu beberapa pantang larang agar orkid kekal segar dan sihat. Berikut panduan lengkap penjagaan orkid yang anda wajib tahu.

Pantang Larang Tanam Orkid
1. Letak Di Tempat Teduh
Orkid ialah tumbuhan yang ‘suka’ tempat teduh dan tidak sepatutnya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik. Jika terkena sinaran matahari secara langsung, bunga boleh menjadi layu dan daunnya mudah terbakar.
Untuk menjaga keseimbangan, letakkan pasu orkid di kawasan teduh seperti di bawah pokok, di beranda, atau tempat yang menerima cahaya lembut di waktu pagi. Ini membantu bunga orkid kekal segar dan tidak cepat rosak.
2. Siram Secara Berpada-Pada
Kesilapan paling biasa ketika menanam orkid ialah menyiram air secara berlebihan. Sebenarnya, orkid hanya perlukan sedikit air untuk hidup dan berkembang. Terlalu banyak air boleh menyebabkan akar reput dan daun menjadi kekuningan.
Cara terbaik ialah menyiram dalam anggaran ¼ cawan air sahaja dan pastikan medium tanaman tidak terlalu lembap. Air berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan akar orkid yang sihat.
3. Kawal Keperluan Cahaya
Keseimbangan antara cahaya, haba, dan kelembapan sangat penting untuk tanaman orkid. Secara amnya, orkid memerlukan cahaya selama 12 hingga 14 jam setiap hari untuk kekal sihat dan berbunga dengan cantik.
Sesetengah jenis orkid seperti Vandas dan Cymbidiums pula memerlukan lebih banyak cahaya supaya dapat berbunga lebat. Jadi, pastikan lokasi penanaman mendapat cahaya yang cukup tanpa terlalu panas.
4. Elak Tanam Dalam Tanah Biasa
Ramai yang tersilap bila menanam orkid menggunakan tanah pasu biasa. Hakikatnya, tanah boleh menyebabkan akar orkid tercekik dan mati kerana tidak cukup pengudaraan.
Medium penanaman orkid berbeza daripada tanaman lain. Penggemar orkid berpengalaman biasanya menggunakan bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa, atau styrofoam untuk menggantikan tanah. Sebagai contoh, orkid Phalaenopsis tumbuh di atas pokok di habitat asalnya, jadi ia tidak sesuai ditanam dalam tanah.

Menanam orkid bukan sekadar hobi, tetapi satu bentuk terapi yang menenangkan. Dengan mengikuti pantang larang ini, anda boleh memastikan pokok orkid kekal hidup subur dan mekar lebih lama. Semoga bermanfaat dan selamat menanam orkid di rumah anda!
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

