
NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain dan membesar. Rumah lama sememangnya memang mempunyai kenangan yang tersendiri. Namun apabila tidak lagi dihuni, sebaiknya dimanfaatkan untuk perkara lain yang lebih baik.
Terbaru, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad menyimpan hasrat untuk menjadikan rumah lama milik keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan sebagai madrasah iaitu tempat pengajian untuk mendalami Agama Islam.
Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 42 usaha itu sedikit sebanyak dapat memberikan ganjaran pahala berterusan buat ibunya iaitu Rohaizah Abdul Latiff.
“Insya Allah kalau ada rezeki, kita jadikan rumah ini madrasah. Dapat pahala mak dan adik beradik mak,” kata Nabil.
Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung
Nabil berkongsi perkara ini menerusi sebuah video pendek yang dimuatnaik di Instagram miliknya. Dia bersama ahli keluarganya pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Nabil berkongsi keadaan dan suasana sekeliling rumah, sekaligus mengimbau kenangan lama membesar di rumah tersebut bersama keluarga tersayang.
“House tour rumah Mambau. Takde WiFi, takde Netflix… tapi masa tu, hidup rasa cukup sangat,”
“Rumah lama tu biasa je… tapi dalam dia penuh rasa,” kata Nabil.
Rumah kampung Nabil terletak di pekan Mambau ini berhadapan dengan masjid. Rumah sederhana berdindingkan kayu papan, mempunyai 4 buah bilik, ruang tamu dan ruang makan yang luas.
Nabil juga sempat berseloroh menunjukkan bagaimana situasi atap bocor apabila cuaca hujan.
“Sejuk rumah ni, malam-malam sejuk sangat. Ini dulu bilik bujang saya. Dulu bilik ini warna biru. Perabot ini bukan milik saya, dah banyak barang-barang orang lain dalam bilik ni.
“Dulu sini atap bocor, kalau nganga air hujan boleh masuk dalam mulut,” ujarnya.
IMPIANA: Rumah lama, tempat kita membesar memang penuh kenangan manis dan nostalgia tersendiri.Memang rindu waktu tersebut. Semoga niat baik Nabil untuk menjadikan rumah lamanya di kampung sebagai madrasah dapat dilaksanakan kelak.
Sumber: NabilZira
Mesti Baca: 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’
Baca Lagi Di Sini: Rumah Kampung Rasa Moden: Nostalgia Lama, Sentuhan Baru!
Artikel Menarik: FARAH LEE Ubahsuai Rumah Kampung, Dekorasi ‘Vibes’ Lama Dimodenkan Susun Atur Lebih Kemas!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI