Pokok buah atau bunga yang di tanam, bila mengeluarkan hasil lumayan adalah manfaat yang paling dinanti. Baru sebiji pun dah seronok, cuba bayangkan hasil buahnya sampai boleh patah dahan. Nak pastikan pokok mabok bunga dan berbuah sampai patah dahan, bukan sahaja baja diperlukan. Booster yang mendorong tanaman untuk lebih kuat dan produktif pun perlu disediakan
Puan Suhaili Baharudin berkongsi respi mudah booster tanaman. Tapi hasilnya memang puas hati. Dengar kata, booster ni dah digunakan pekebun-pekebun di Thailand.
Nak beli biji benih sayur berkualiti tanpa GMO, IMPIANA nak cadangkan beli jenama Soon Huat Seed. Beli online lagi murah di sini https://invol.co/clt9zi
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
IKLAN
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Baki peraman, boleh simpan dalam peti sejuk
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
IKLAN
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama, Terus tumbuh anak pucuk baru!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Seingat penulis berpuluh tahun yang lepas ketika masih lagi di zaman kanak-kanak, buah nona antara buah kegemaran yang masih lagi tersimpul kemas dalam nostalgia. Masa berjalan seiring usia, buah ini semakin hari semakin pupus daripada penglihatan lantaran kesukaran mendapatkannya di pasaran. Ia bukan lagi sebagaimana mangga atau epal yang mudah didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa. Mungkin kanak-kanak zaman sekarang yang seusia dengan penulis dahulu ramai tidak pernah tahu tentang buah nona ini dan bagaimana pula rasanya.
Annona squamosa atau panggilan tempatannya buah nona tergolong dalam famili Annonaceae serta mempunyai persamaan dengan durian belanda. Bentuknya bujur, bersaiz sederhana sebesar tapak tangan serta diameter di antara 6cm hingga 10cm , permukaan kulit buah berbonggol-bonggol. Isi buahnya manis, wangi, berwarna putih krim dengan tekstur dan rasa kastard. Ia dianggap buah paling sedap di dalam genusnya. Buah kebiasaannya dimakan segar, atau digunakan untuk membuat minuman jus atau serbet dan merupakan sumber nutrien yang baik seperti zat besi, kalsium, dan fosforus ( Morton 1987).
Pokok Annona squamosa ini berketinggian di antara 10 hingga 20 kaki (3m-6m) tinggi, dikategorikan sebagai renek separa malar hijau atau pokok teduhan bersaiz kecil, sesuai hidup di kawasan beriklim tropika tanah rendah di seluruh dunia. Antara negara tersebut ialah selatan Mexico, Amerika Selatan dan Tengah, Afrika tropika, Australia, Indonesia, Polynesia, Hawai dan Florida. Selain itu ia dilaporkan telah diperkenalkan oleh Portugis dan Sepanyol pada abad ke-16 di India dan Filipina dan telah ditanam di sana sejak itu.
Spesies pokok ini mampu mengeluarkan bunga dan buah dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas penanamannya. Pengeluaran buahnya pula agak lebat andai taburan hujan mencukupi iaitu sekitar >70 cm atau 27 inci setahun dengan purata berat di antara 100-230 gram serta mempunyai biji yang lonjong. Manakala ia sesuai hidup di kawasan bersaliran baik serta akarnya tidak merebak jauh ke dalam tanah kerana ia mempunyai sistem akar yang pendek. Pokok ini juga hanya memerlukan permukaan tanah yang cetek untuk mencengkam.
Kebiasaannya pokok yang berumur lebih kurang lima tahun boleh menghasilkan sekitar 50 biji buah nona. Manakala pokok yang telah berusia pula jarang mengeluarkan buah melebihi 100 biji setiap pokok.
Sebagaimana tumbuhan yang lain, Annona squamosa juga tidak terkecuali dengan senarai panjang kebaikan yang terkandung di dalam setiap buahnya. Sifat-sifat penawar yang dimiliki andai diamalkan dalam kuantiti bersesuaian akan memberi manfaat kepada manusia untuk tempoh jangka panjang.
Kegunaan dan Kebaikan Annona Squamosa
Kulit kastard pokok epal boleh digunakan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, tumbuhan ini juga berkesan dalam merawat kencing manis.
Buahnya digunakan untuk membuat tonik rambut di beberapa kawasan di India.
Tumbuhan ini menunjukkan beberapa ciri-ciri perubatan yang luar biasa, seperti berfungsi sebagai racun serangga , antikulat dan abortifacient .
Biji benih boleh digunakan pada rambut untuk menghilangkan kutu. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak bersentuh pada mata kerana boleh mengakibatkan kerengsaan dan seterusnya menyebabkan buta.
Buah nona boleh merawat pedih luka akibat melecur kerana ia adalah penyejuk yang berkesan.
Di India daunnya dilumatkan dan diguna dalam merawat histeria dan jampi.
Rawatan ulser, luka, disentri dan penyakit lain juga dirawat dengan menggunakan ekstrak daun.
Kebiasaan, pemaju akan menyediakan satu suis lampu dan kipas siling. Namun jika ingin menggunakan lebih dari 1 lampu, ia menuntut anda menyediakan lagi satu litar baru yang ditarik dari suis. Bermakna tambah soket dan line penyambungan yang baru. Hal ini lebih rumit dan memerlukan kos agak tinggi. Nak upah kontraktor pun boleh tahan mahal harganya. Tambahan, musim PKP ni memang sukar nak jemput orang luar datang rumah kan.
Apa kata anda buat sendiri tanpa perlu tarik line kable baru seperti yang dilakukan oleh FARIZAM CHANNEL. Yang lebih menarik, sistem lampu yang pasang menggunakan sistem kawalan jauh. Macam mana caranya? jom lihat video yang telah disediakan
Tak semestinya, setiap kali Sahabat LAMAN hendak bercucuk tanam dengan menggunkan pasu, Anda perlu menyediakan atau membeli medium tanaman baru. Apa kata kita guna semula medium pemasuan yang telah digunakan. Tapi, untuk menggunakan semula medium pemasuan terutamanya dari bekas atau pasu yang tanaman nya telah mati akibat penyakit, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dan teliti. Ia bertujuan memberi nutrisi secukupnya dan mengelak sebarang penyakit kepada tanaman yang bakal ditanam dengan menggunkan medium tersebut.
Cara untuk elak dan kurangkan risiko menggunakan semula medium pemasuan
Untuk elak tanaman anda menjadi mangsa atau terdedah kepada ancaman daripada medium pemasuan yang digunakan semula, ini yang perlu anda lakukan:
1. Jangan guna medium pemasuan dari tanaman yang diserang penyakit
Memang tanaman di dalam pasu tersebut telah mati dan dibuang. Namun, pathogen yang menyerang atau menyebabkan kematian tanaman tersebut mungkin berada di dalam medium pemasuan. Jika anda gunakan untuk tanaman yang lain, ia bakal menyebabkan tumbuhan tersebut menerima nasib yang sama
2. Stril medium sebelum diguna semula
Tanah yang terdapat di dalam pasu sama ada mempunyai tanaman ataupun tidak terdedah kepada kehadiran bendasing seperti biji benih rumpai yang dibawa angin. Selain itu juga, permukaannya yang terdedah mengundang kehadiran phatogen dan serangga tanpa kita sidar.
Untuk membasmi atau memusnahkan elemen perosak tersebut, bakar medium pemasuan anda. Caranya adalah dengan mendedahkan ia kepada terik mentari. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengisakan medium pemasuan yang hendak digunakan semula kedalam satu plastik berwarna hitam. Renjiskan sedikit air untuk membentuk kelambapan supaya ketika terdedah keapda mata hari, wap yang panas dapat menstrilkan medium. Letakkan medium tersebut di kawasan yang terdedah kepada terik matahari sekurang-kurangnya seminggu. Ia berupaya memusnahkan biji benih rumpai dan serangga yang terdapat di dalam medium tanaman
Tip:Untuk pastikan medium pemasuan yang diguna semula betul-betul bebas dari elemen perosak dan pemusnah, bakar dengan menggunakan kepanasan cahaya matahari sahaja tidak mencukupi. Apa kata anda bakar di dalam oven atau microwave. Menurut Laura Pottorff dari Colorado State University Cooperative Extension Horticulturist and Plant Pathologist menyarankan penggunaan peringkat suhu untuk menstril medium pemasuan adalah pada 180 hingga 200 darjah F untuk tempoh paling tidak setengah jam.
3. Pembajaan
Medium pemasuan yang telah digunakan akan kekurangan nutrisi disebabkan telah digunakan oleh tanaman terdahulu. Untuk membaik pulih medium pemasuan yang telah kekurangan nutrisi, anda perlu merawat dengan beberapa jenis baja iaitu dari jenis cecair dan biji (slow-release)
Baja cecair membekalkan dan membaik pulih medium tanaman yang telah disetril dengan menyediakan keperluan nutrisi yang diperlukan tanaman secara segera. manakala baja biji atau slow-release membebaskan keperluan nutrisi kepada tanaman secara berperingkat untuk satu tempoh yang lama. Namun, baja cecir perlu dibekalkan kepada tanaman setiap 2 minggu sekali
4. Campurkan dengan medium baru
Medium pemasuan yang telah digunakan kebiasaanya akan menjadi keras atau padat. Untuk mengembalikan keupayaan saliran, pengudaraan dan kesuburan medium pemasuan yang lama, campurkan 1 bahagian medium lama yang telah dirawat dan 1 bahagian tanah baru. Gaulkan sehingga rata sebelum digunakan.
5. Siram dengan air hujan
Perasan tak, pada permukaan medium pemasuan yang telah digunakan terdapat satu lapisan putih yang mengeras? Ia merupakan lapisan garam yang mengganggu tumbesaran tanaman. Ia akan menyebabkan tanaman terbantut dan tidak menerima nutrisi yang diperlukan secukupnya.
Untuk membersihkan kandungan garam yang terdapat pada medium pemasuan anda, siramkan ia dengan air hujan berkali-kalai sehingga kandungan garam tersebut hilang. Air hujan mengandungi garam yang sangat minima jika dibandingkan dengan air paip. Selain itu juga, anda boleh buah lapisan garam yang dikesan dan campurkan medium pemasuan tersebut denagn 50% tanah baru
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik...