Lipan atau centipede adalah serangga yang sering kali menimbulkan rasa tidak selesa dan takut kepada ramai orang. Kehadiran mereka di dalam rumah, terutamanya di bilik air, boleh menjadi satu masalah besar kerana gigitannya boleh menyebabkan kesakitan dan reaksi alergi.
1. Pastikan ruang kering dan bersih
Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.
2. Tabur garam
Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.
3. Ubat gegat
Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.
Ads
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan
Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.
Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering
5. Serai
Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.
Ads
Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai dekorasi ruang dalaman bilik mandi yang sentiasa bersih, cantik dan kemas.
Bagaimana jika anda mempunyai bilik mandi yang suram dan tidak lagi tampak menarik? Pastinya akan membuat anda berasa bosan dan tidak seronok untuk menikmati waktu mandian anda di rumah. Tetapi dengan adanya aksesori rekaan pemanas air mandian yang moden boleh membuatkan dekorasi bilik mandi anda tampak lebih menarik dan mewah. ‘Classy’ bak kata orang putih.
Apa kata anda pasangkan pemanas air mandian keluaran jenama Panasonic model U Series Jet Pump Water Heater ini. Apa yang menariknya mengenai pemanas air mandian ini? Lihat sahaja lah pada reka bentuk yang dimiliki pada Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini, yang sememangnya tampak moden dan begitu elegan sekali!
Jika kita lihat pada keseluruhan rekaan pemanas air mandian ini, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini memiliki struktur reka bentuk yang lebih nipis berbanding dengan pemanas air mandian jenama lain yang ada di pasaran.
Di samping itu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini juga telah direka dengan kemasan rona hitam dan kelabu pada seluruh permukaan luaran badan pemanas air mandian. Oleh itu, sudah pasti pemanas air mandian ini akan menjadi pelengkap kepada dekorasi ruang bilik mandi anda.
Jangan ada yang tidak tahu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini bukan sahaja telah direka dengan rekaan yang cantik semata-mata. Ia juga telah didatangkan dengan rekaan permukaan badan yang diperbuat daripada Ag+ Crystal yang berupaya untuk melindungi daripada bakteria.
Oleh itu, Panasonic U Series Jet Pump Water Heater ini merupakan sebuah pemanas air mandian pilihan yang terbaik untuk dekorasi bilik mandi anda di rumah supaya tampak lebih menarik dan elegan.
Jadi ia amat sesuai bagi anda yang sentiasa gemarkan citarasa yang lebih moden dan bergaya.
Meja makan kayu adalah pelaburan yang bernilai untuk setiap rumah. Selain menambah estetika semula jadi, meja kayu juga memberikan keselesaan dan kehangatan kepada ruang makan. Walau bagaimanapun, tanpa penjagaan yang betul, kayu boleh rosak, pudar, atau kehilangan kilauannya.
Kayu adalah bahan organik yang sensitif terhadap perubahan persekitaran seperti kelembapan, suhu, dan pendedahan cahaya matahari. Tanpa penjagaan yang baik, meja kayu boleh mengalami masalah seperti:
Dengan penjagaan yang betul, meja makan kayu boleh kekal cantik dan berfungsi selama berpuluh tahun, malah boleh menjadi warisan keluarga.
Pembersihan Rutin untuk Meja Makan Kayu
Pembersihan adalah langkah pertama dan paling penting dalam menjaga meja makan kayu. Berikut adalah panduan pembersihan yang berkesan:
Langkah-langkah Pembersihan
Perlindungan adalah kunci untuk mencegah kerosakan pada meja kayu. Berikut adalah beberapa cara untuk melindungi permukaan meja:
Jenis salutan pada meja kayu (varnis, lilin, minyak atau tanpa salutan) mempengaruhi cara penjagaannya. Berikut adalah panduan berdasarkan jenis salutan:
Meja dengan Salutan Varnis
Kesimpulan
Meja makan kayu bukan sahaja perabot, tetapi menjadi ruang keluarga dan kenangan. Mulakan dengan langkah kecil seperti menggunakan alas meja dan membersihkan tumpahan segera dan anda akan melihat perbezaan besar dalam jangka panjang. Jika anda mempunyai meja kayu antik atau mahal, jangan ragu untuk mendapatkan nasihat profesional untuk memastikan penjagaannya dilakukan dengan betul.
Nak buat dapur kering dan dapur basah, nah ini info kena tahu. Reka bentuk dapur yang baik bukan sahaja mencerminkan gaya hidup pemilik rumah, malah mempengaruhi rutin harian dan tahap keselesaan semasa memasak.
Dalam dunia hiasan dalaman moden, konsep dapur dua fungsi iaitu dapur basah dan dapur kering, semakin mendapat tempat. Idea pemisahan dapur ini membolehkan aktiviti memasak yang berat tidak mencemari kawasan yang lebih kering, bersih dan teratur.
Ini amat penting terutama bagi keluarga yang kerap memasak di rumah dan mahukan ruang dapur yang lebih sistematik. Dapur basah biasanya digunakan untuk kerja memasak berat seperti menggoreng, menumis, merebus atau mencuci bahan mentah. Ia dilengkapi dengan sistem pengudaraan seperti hood dan hob, sinki besar, serta permukaan tahan haba dan air.
Manakala dapur kering pula berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan ringan, tempat membuat kopi atau teh, dan adakalanya menjadi sudut sarapan keluarga. Ia cenderung menampilkan konsep lebih kemas dan elegan kerana sering berada berhampiran ruang makan atau ruang tamu.
Oleh itu, pemilik rumah selalunya memilih bahan yang lebih estetik seperti kabinet moden, countertop marmar, serta lampu gantung dekoratif untuk dapur kering.
Kelebihan membina dapur basah dan dapur kering bukan hanya pada aspek kebersihan, malah dari sudut keselesaan dan nilai jangka panjang. Aktiviti memasak yang kerap boleh menyebabkan wap panas, minyak, dan bau masakan tersebar ke seluruh rumah.
Dengan adanya dapur basah yang tersorok dan mempunyai ventilasi baik, masalah ini dapat dikurangkan. Dapur kering pula kekal bersih dan selesa, sesuai dijadikan tempat menjamu tetamu tanpa perlu risau tentang kotoran atau bau.
Malah, jika ada majlis kecil atau kunjungan mengejut, dapur kering boleh berfungsi sebagai ruang penyediaan pantas tanpa perlu ke dapur utama.
Dari aspek reka bentuk, pemilik rumah juga boleh lebih kreatif dalam susunan dan pembahagian ruang. Dapur basah boleh diletakkan di bahagian belakang rumah atau ditutup dengan pintu gelangsar, manakala dapur kering boleh direka secara terbuka bersebelahan ruang makan.
Pemisahan ini bukan sahaja memudahkan aliran kerja semasa memasak, malah meningkatkan nilai estetik keseluruhan rumah. Selain itu, dengan adanya dapur kering, anak-anak boleh belajar menyiapkan sarapan sendiri atau membantu menyediakan hidangan ringan tanpa perlu masuk ke ruang dapur yang lebih berisiko.
Letakkan dapur basah di bahagian belakang rumah atau bersebelahan ruang utiliti agar mudah mengalirkan bau dan asap ke luar. Dapur kering pula sebaiknya diletakkan berhampiran ruang makan atau ruang tamu untuk akses cepat semasa menjamu tetamu atau ahli keluarga.
Gunakan pintu gelangsar kaca, partition kayu moden atau pintu lipat sebagai pemisah antara dapur basah dan kering. Ini membantu mengurangkan bunyi bising, bau masakan, serta mengekalkan privasi dan kebersihan.
Di dapur basah, simpan alatan berat dan bahan mentah seperti periuk besar, pengisar, kuali serta barangan basah. Di dapur kering, fokuskan pada mesin kopi, pembakar roti, microwave dan rak sarapan pagi.
Gunakan susunan segitiga dapur – iaitu kedudukan sinki, peti sejuk dan dapur memasak dalam bentuk segitiga – bagi memudahkan pergerakan. Konsep ini amat berguna dalam dapur basah.
Gunakan kabinet tertutup di dapur kering untuk kekemasan visual, manakala dapur basah boleh dilengkapi dengan kabinet terbuka atau rak logam yang lebih tahan lasak.
Cadangan Material Untuk Dapur Basah dan Dapur Kering
*Lantai: Jubin anti-gelincir atau homogeneous tiles yang tahan air dan mudah dibersihkan.
*Kaunter: Granite atau kuarza – tahan haba dan calar.
*Kabinet: Material seperti aluminium, melamine, atau plywood kalis air.
*Sinki: Sinki stainless steel berkembar untuk cucian lebih efisien.
*Dinding: Wall tiles penuh untuk tahan minyak dan mudah dilap.
*Lantai: Vinyl, laminated wood, atau jubin matte – lebih estetik dan selesa dipijak.
*Kaunter: Top permukaan solid surface, marble, atau kuarza berwarna cerah untuk tampil moden.
*Kabinet: Material kayu panel (MDF, chipboard atau nyatoh) dengan kemasan matte atau glossy.
*Pencahayaan: Gunakan lampu gantung (pendant light) atau strip LED bawah kabinet untuk mood pencahayaan yang lembut.
*Dinding: Cat kalis lembap atau backsplash kaca untuk elemen hiasan moden.
Dengan perancangan yang betul dan pemilihan material yang sesuai, dapur basah dan dapur kering bukan sahaja memudahkan kerja harian, malah menjadi ruang idaman yang kemas, selesa dan tahan lama.
Kesimpulannya, membina dapur basah dan dapur kering adalah satu pelaburan bijak untuk jangka masa panjang. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan ketika memasak, tetapi juga menjadikan rumah lebih teratur, moden dan menarik.
Jika anda sedang merancang pengubahsuaian atau membina rumah baharu, konsep dapur dua fungsi ini wajar dijadikan pertimbangan utama demi gaya hidup yang lebih praktikal dan tersusun.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!