Konsep rekaan dalaman rumah yang minimalis sudah menjadi perkara lazim. Ramai beralih arah dalam merias rumah secara bersederhana dan mengikut keperluan harian. Hasilnya ia menjadikan rumah ialah hak milik untuk berehat, menghabiskan masa dengan keluarga dan melapangkan minda tanpa perlu berbelanja lebih.
Konsep MUJI ini sering menjadi pilihan untuk pemilik kediaman yang memilik saiz rumah yang kompak dan mempunyai ruang bukaan yang minimal. Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak.
Rekaan MUJI House mengambil kira segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas. Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Konsep MUJI ini cukup sesuai untuk pemilik yang ingin mengetengahkan clean cut dalam susun atur rumah.
Ads
Jika diperhatikan konsep MUJI ini lengkap dan praktikal bagi setiap sudut yang mengenakan gaya ini. Pemilihan saiz perabot dan juga rekaan perabot itu sendiri cukup menyempurnakan ruang yang kurang keluasannya. Tidak serabut dan langsung tidak kelihatan sempit.
Ads
Ads
Namun, MUJI mempunyai rekaannya yang tersendiri dengan menggabungkan pengaruh budaya dalam setiap rekaannya.
Gambar kredit: Sissay Group
Perkongsian daripada: A.L Decodesign
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.
Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
Mewah dan gah betul kediaman milik nenek moyang pelakon Bollywood Saif Ali Khan ini.
Merupakan seorang putera raja dari keturunan keluarga diraja India, bintang Bollywood itu dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-teman mereka. Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang Istana Pataudi yang merupakan warisan nenek moyangnya.
Laporan dari bollywoodshaadis.com menyebut bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang bekas kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.
Pataudi adalah sebuah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaannya.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, Saif Ali Khan telah dinobatkan sebagai Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.
Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.
Sayangnya selepas kemerdekaan India, keluarga itu kehilangan title (Pataudi) mereka termasuklah istana tersebut. Dalam satu temu bual dengan akhbar India, Saif mendedahkan bagaimana mereka terpaksa ‘menebus’ semula hartanah itu menggunakan wang simpanannya sebagai pelakon filem daripada rangkaian hotel Neemrana.
Kini Istana Pataudi kembali menjadi milik pasangan ini dan dijadikan rumah penginapan singgah keluarga mereka. Apakah rupa interior Istana Pataudi? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.
(1) Warisan Keluarga Pemerintah
Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.
(2) Rumah Kolonial
Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz. Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.
(3) Istana Bernilai RM466 Juta
Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.
Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah. Istana ini bernilai RM466 juta.
(4) Dihiasi Foto Lama
Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di pelbagai tempat di istana yang indah ini.
(5) Pernah Dijadikan Hotel
Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels. Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini.
Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula istana ini dari pemilik hotel.
(6) Lokasi Penggambaran Filem
Jadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts.
Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu Mangal Pandey, Veer Zara, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.
Siapa sangka pasangan romantik ini punya rumah yang sangat cantik, mendamaikan dan paling penting mesra alam (eco-friendly).
Ketika ditemu bual oleh pihak ArchitecturalDigest.com, pasangan pelakon Hollywood Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru saja berpindah ke rumah baharu mereka itu yang terletak di atas bukit di Los Angeles.
Menariknya, rumah ini menerapkan gaya ladang yang sangat cantik dan unik. Menurut pasangan ini, ianya merupakan rumah idaman yang telah mereka rancang selama bertahun-tahun, bermula dengan kehamilan pertama Mila.
Beginilah luas dan mewahnya rumah mewah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini yang dibina di atas kawasan seluas 2.4 hektar. Lengkap dengan ladang jagung produktif yang diairi dengan sistem pengairan dari telaga sendiri. Wow!
Ashton dan Mila menamakan rumah mereka itu sebagai KuKu Farms. Mereka menggunakan khidmat arkitek Howard Backen dan pereka dalaman Vicky Charles untuk merealisasikan rumah impian mereka itu.
Bukan sahaja luas dan mewah, rumah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini juga mesra alam. Sumber tenaga berasal dari panel solar photovoltaic. Jumlahnya melebihi keperluan keseluruhan harta.
Pada masa hadapan, Ashton dan Mila berharap sumber tenaga yang melimpah ruah ini dapat dikongsi bersama dengan rumah-rumah sekitar.
Semua bilik di KuKu Farms kelihatan luas, menggabungkan perabot moden dan seni bina kayu bercirikan Amerika. Bagi memberikan sentuhan berbeza, pasangan ini meletakkan candelier kristal setinggi 3 meter dan kerusi mewah seakan pelamin yang ditempah khas oleh Ashton ketika lawatannya ke India.
Manakala rumah utama disambungkan ke rumah tamu, bilik hiburan yang direka bentuk menyerupai bangsal, dan pavilion yang dilengkapi dengan peralatan barbeku.
Salah satu bilik tidur di KuKu Farms. Nampak selesa seperti kabin mewah untuk percutian musim sejuk.
Ini adalah bilik untuk dua anak Ashton dan Mila, Wyatt dan Dimitri. Nampak selesa dengan perabot semua kayu yang memberikan kesan hangat.
Ini pula ruang dapur. Keluasannya sudah cukup untuk mengadakan parti kecil yang terdiri daripada 10 ke 15 orang tetamu.
“Kami mahukan sebuah rumah, bukan estet,” kata Mila kepada Architectural Digest.
“Kami mahu rumah itu kelihatan seperti bangsal lama, sesuatu yang telah wujud selama beberapa dekad dan kemudian bertukar menjadi sebuah rumah.
“Tetapi ia juga perlu ada sentuhan moden dan relevan dengan masa kini,” kongsi Kutcher.
Mila dan Ashton berkahwin pada tahun 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.