Pelbagai petua telah dikongsikan oleh impiana untuk memusnahkan semut di kediaman. Tapi, seminggu dua sahaja yang bertahan. Nanti datang lagi. Hal ini disebabkan oleh koloni semut tidak dimusnahkan sepenuhnya.
Bila semut mula banyak di laman, ia bukan sekadar merosakkan akar tanaman, malah memberi ancaman pelbagai penyakit pada tanaman. Oleh itu, kaedah memusnahkan semut harus dilakukan sehingga ke akar umbi.
Berikut adalah cara yang dicadangkan oleh Manizam Abdul Rahman yang telah dikongsikan di dalam group KGTTS
Cara saya membasmi semut samada dalam rumah atau yang mendatangkan masalah pada tanaman cuma menggunakan 2 benda yang mudah dan murah.
Bahan-bahan:
1 peket Ubat semut yang jenama nya saya sendiri tak tahu nak sebut
1 ekor ikan rebus
P/S: Ridsect tu hanya gimik. Ia hanya mampu membunuh serangga yg berada di depan kita. Apa yang saya buat ni mampu membunuh semut hingga ke sarangnya
Cara-cara:
1. Gaul isi ikan rebus berserta ubat semut hingga sebati
2. Pastikan ikan jangan terlalu lembab
3. Kemudian tabur di tempat laluan semut.
4. Isi ikan yang telah dijumpai oleh semut akan di bawa pulang ke sarang. Nanti bila dijadikan jamuan bersama koloni, secara tidak langsung semua semut akan termakan serbuk ubat semut tadi.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI