IMPIANA bukan sahaja menyajikan hiasa dalaman dan laman yang cantik untuk tatapan mata semua. Malahan IMPIANA juga membantu semua pemilik rumah untuk hidup dalam gaya hidup yang baik dan sempurna bermula dari rumah. Rumah yang cantik dan sempurna pasti memberansangkan minda anda. Siapa setuju?
Kali ini IMPIANA nak kongsikan tentang penjagaan jantung kita. Sememangnya penting dalam kehidupan kita.
Rakyat Malaysia Diajak Sama-sama Melangkah 1 Juta Batu demi Kesihatan Jantung
Acara maya Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS yang berlangsung sebulan, kembali pada bulan September ini untuk tahun kedua! Tahun ini, jenama berkenaan akan menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk melangkah ke arah kesihatan jantung secara selamat walaupun duduk di rumah.
Peneraju kesihatan jantung terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS bakal memulakan acara ‘walkaton’ tahunannya yang berlangsung selama sebulan menerusi perasmian Walk A Million Miles (WAMM) 2021 pada 29 Ogos 2021 sempena Bulan Jantung Sedunia ini.
‘Walkathon’ maya ini kembali untuk tahun kedua bagi menyebarkan mesej tentang kesihatan jantung di seluruh negara, serta menampilkan isu-isu yang berkaitan termasuk kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia1.
Berikutan situasi pandemik yang kian parah dan pelaksanaan sekatan sosial, rakyat Malaysia kini menghadapi cabaran lebih besar untuk kekal aktif, sekaligus menyumbang kepada gaya hidup tidak aktif, tahap aktiviti fizikal yang rendah, dan akhirnya kesan jangka panjang terhadap kesihatan khususnya kesihatan jantung. Justeru, rakyat Malaysia harus mengorak langkah untuk menjaga kesihatan jantung mereka agar kekal sihat dan kuat bagi mengharungi detik-detik mencabar ini.
Meskipun keadaan tahun ini sungguh mencabar, NESTLÉ OMEGA PLUS tetap menggalakkan rakyat Malaysia untuk memelihara kesihatan jantung dengan senaman yang mudah secara selamat dan selesa di rumah, seperti berjalan kaki, tabatha yang mudah dan tarian kardio, pada bila-bila masa, di mana jua. Sekecil manapun langkah diambil, perubahan tingkah laku dan gaya hidup yang penting kepada rutin harian dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan dalam jangka panjang.
Dengan tema ‘Melangkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles tahun ini bertujuan mencapai 1 juta batu, dan menyatukan 30,000 rakyat Malaysia untuk tampil memerangi kolesterol tinggi serta meneruskan perjalanan Malaysia ke arah negara yang sihat jantung, selain membantu mengutip dana untuk pesakit jantung yang memerlukan.
“Kini, kita berada di saat genting untuk meningkatkan kesedaran terhadap amalan gaya hidup yang sihat. Kami telah memperkenalkan ‘walkaton’ maya Walk A Million Miles pertama pada
tahun 2020 dengan keputusan yang sangat memberangsangkan dan kami berjaya mencapai 1.1 juta batu,” demikian kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.”
“Tahun ini adalah tahun kedua berturut-turut kami kembali dengan acara maya ini, dan kami berazam meneruskan momentum ini, menyatukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi aktif dan menerapkan kesihatan jantung sebagai rutin harian. Sasaran tahun ini adalah untuk menyemarakkan lagi usaha kami dan menyatukan 30,000 rakyat Malaysia di seluruh negara untuk turut serta dalam perjalanan ini,” tambahnya.
Berkongsi visi yang sama untuk mewujudkan negara yang sihat jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS telah bekerjasama rapat dengan rakan kesihatannya, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) selama 21 tahun yang lalu. Setelah mencapai 1 juta batu secara kolektif pada Bulan Jantung Sedunia ini, NESTLÉ OMEGA PLUS akan menyalurkan RM100,000 kepada YJM dan IJNF bagi menyokong para pesakit jantung yang memerlukan.
Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkongsi, “Kami sangat berbesar hati dengan keputusan tahun lalu, dengan lebih 16,000 rakyat Malaysia turut serta kami dalam perjalanan ini dan mengambil tindakan perubahan ke arah gaya hidup yang sihat jantung. Malah, ada juga yang meneruskan tabiat positif di luar ruang lingkup cabaran ini. Kami bertekad untuk menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia turut serta kami dalam Walk A Million Miles tahun ini untuk sama-sama berjalan demi kesihatan jantung mereka, orang yang disayangi serta menyokong satu misi yang murni.”
‘Walkaton’ maya ini akan berlangsung sepanjang bulan September. Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih BookDoc dengan token pendaftaran sebanyak RM10 bagi setiap penyertaan. Peserta berjaya mencapai 150,000 dan 300,000 langkah dalam tempoh kempen akan memenangi jersi dan produk eksklusif dari NESTLÉ OMEGA PLUS, di samping berpeluang memenangi hadiah bagi tiga pemenang mingguan terbaik serta pelbagai hadiah cabutan bertuah yang mengujakan.
“Menetapkan sasaran ‘mini’ setiap hari, tidak kira sekecil mana pun, dapat memberi manfaat jangka panjang terhadap kesihatan anda. Dengan sokongan aplikasi penjejakan seperti BookDoc pada telefon anda atau peranti kecergasan, anda dapat menjejaki kemajuan harian anda secara mudah bagi memastikan anda mencapai matlamat kecergasan anda,” tambahnya. “Selain itu, kami juga mendorong rakyat Malaysia untuk memilih makanan yang sihat jantung bagi menguruskan paras kolesterol mereka, termasuk mengambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari.”
Sebagai sebahagian daripada pengurusan kolesterol dalam penjagaan kesihatan jantung, pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari yang mengandungi ActiCol®, 1.2g tumbuhan sterol, terbukti berkesan merendahkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam badan2.
NESTLÉ OMEGA PLUS mengalu-alukan khalayak ramai untuk menyertai pelancaran acara maya berkenaan pada 29 Ogos 2021, bermula jam 3.00 petang di www.facebook.com/NestleOmegaPlus.
Untuk maklumat lanjut mengenai Walk A Million Miles 2021 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari www.nestle.com.my atau halaman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI