Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Ads
Ads
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Di mana ada gula, di situ ada semut. Memang tak larilah ungkapan tersebut sehingga hari ini. Kadang tu, duduk di tingkat 17 pun semut tetap ada. Naik lif agaknya semut ni kan. Cara paling mudah yang kerap digunkan untuk memusnahkan koloni semut ni adalah dengan menggunkan racun kima yang banyak di pasaran tak kiralah jenis semburan atau serbuk yang perlu ditabur.
Tapi, dengan mengunakan racun yang mempunyai bahan kimia kan bahaya. Apa kata anda cuba gunkan bahan-bahan dapur yang memang mujarab ini:
Campurkan satu bahagian baking soda bersama satu bahagian gula aising dan gaulkan rata. Tabur kan bahan campuran ini dikawasan laluan dan sarang semut. Gula tadi adalah bertujuan untuk menarik minat semut manakala baking soda yang berfungsi merosakkan sistem penghadaman semut. Dalam tempoh 2 hari, semut yang telah makan campuran ini akan mati
Cuka antara bahan paling mujarab untuk mencegah semut di dalam kediaman secara alami. Untuk mencegah semut dengan mudah, campurkan satu bahagian air bersama satu bahagian cuka. Tak kisah lah nak guna cuka masakan yang putih t uke atau cuka epal. Semburkan campuran pada semua Kawasan yang menjadi laluan dan rumah semut. Bau cuka yang kuat tidak digemari semut. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ia menghindari Kawasan yang telah disembur cuka
Aroma dari lemon yang kuat akan menggangu deria bau semut dan menghilangkan sistem laluan semula jadi yang telah dibentuk oleh semut. Oleh itu, anda boelh semburkan jus lemon di Kawasan yang berpontensi menjadi laluan semut atau rendamkan bebola kapas di dalam pati minyak lemon
Teknik ini banyak digunakan oleh pekebun. Semut memang amat tidak menggemari rasa timun. Oleh itu, taburkan kulit timun pada batas tanaman anda. Namun ia perlu kerap ditukar apabila kering. Nak lagi bagus, gunakan timun yang pahit
Aroma nya yang menuruk hidung akan merosakkan deria bau semut yang digunakan untuk komunikasi dan mengesan laluan yang telah digunakan. Cara penggunanaya mudah sahaja. Anda hanya perlu taburkan serbuk cili di Kawasan laluan semut. Teknik ini juga sesuai digunkan diluar kediaman seperti Kawasan pakir dan anjung. Nak bau yang lebih kuat, sampurkan satu bahagian serbuk cili bersama 1 bahagian serbuk kunyit sebelum ditabur
Naratif Katalog Alam harus peka terhadap pluraliti alam, namun terarah untuk membingkai momen dan metafora yang mengelilingi latar tropis; ini adalah tempat bagi pendaki untuk berehat, bermeditasi, dan memperluas wataknya sebagai gazebo ke menara pemerhatian di tengah-tengah hutan tropika. Reka bentuknya juga melengkapkan sekitarnya, cara di mana orang mengalami gazebo adalah yang terpenting.
Diliputi dalam rimbunan tebal, gazebo berdiri sebagai analogi geometri untuk memprovokasi interaksi dan renungan melalui artikulasi pengumpulan dan satah. Dengan panggilan ringkas untuk gazebo seluas 9 meter persegi, cadangan itu terdiri daripada 3 bingkai kotak yang saling berkait secara menegak dalam membuat platform bertingkat untuk menyesuaikan keadaan laman landai secara topografi. Konfigurasi pembingkaian gazebo dinyatakan secara menegak yang membolehkan orang ramai menikmati pemandangan kanopi tropika yang sebaliknya tidak dapat diakses.
Ketinggian di antara platform berbeza-beza dengan beberapa ruang memerlukan orang dewasa untuk bebek dan mendekati dengan berhati-hati sementara kanak-kanak dapat bermain dengan bebas di tempat-tempat ini. Dengan had peruntukan ruang, platform adalah elemen penyesuaian yang berfungsi sebagai meja untuk membaca, tempat duduk kantilever di sepanjang lereng, kotak meditasi dan tangga kucing sebagai kiasan rumah pokok di hutan.
Oleh kerana laman ini terletak jauh di hutan tropis, bahan binaan gazebo semuanya dibawa dengan tangan dan dipasang di lokasi untuk mengurangkan sebarang gangguan pada keadaan yang ada dengan setiap pokok dan tanaman ditandakan dan dipelihara dengan teliti.
IMPIANA bawakan tip memilih barang dekor yang perlu ada di ruang tamu anda. Ruang tamu adalah ruang yang paling utama dalam rumah, ruang ni kalau tak cantik dan salah hias tiada seri la rumah tu. Pemilihan perabot dan perhiasan lain memang la sangat penting. Bukan boleh main letak sahaja. Ruang tamu adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.
Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak apa, tapi jangan sesekali ruang tamu!
Jadi, macam mana caranya untuk memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah? Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.
Untuk membantu anda supaya tak perlu pening lagi, IMPIANA sajikan tip memilih barang dekor untuk ruang tamu anda.
Kalau ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah. Boleh pilih jenis dan material yang berbeza untuk memberikan keunikan pada ruang tamu. Untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli kain penutup dan/atau bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).
Jika ruang tamu kecil, 1 lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, pilihlah beberapa jenis lampu yang lebih besar. Ada meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi? Letakkan lampu di situ sebagai ganti.
Kalau rasa kipas biasa membosankan dan tak sesuai dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk (seperti 2 bilah saja!) dan warna unik.
Tentukan dulu saiz serta jumlah bilah kipas siling yang diperlukan, kerana pilihan yang salah tak akan memberikan aliran udara yang betul.
Untuk memastikan deko ruang tamu anda ni selesa, pilihlah meja kopi dengan ketinggian yang sama dengan bantal di sofa, atau satu hingga dua inci lebih rendah.
Nak menyesuaikan meja kopi dengan ruang tamu? Lihatlah pada sofa yang anda miliki. Contohnya: Kalau sofa mempunyai kaki yang kurus tinggi, dapatkan meja yang rapat ke lantai atau mempunyai kaki yang lebih pendek.
Sebelum membeli kabinet TV, anda kena pastikan dulu ketinggian skrin TV yang selesa apabila duduk di ruang tamu.
Penting juga untuk anda ambil kira bentuk ruang tamu, supaya kabinet yang dipilih mempunyai bentuk dan fungsi yang praktikal, serta padan dengan warna perabot lain di ruang tamu.
Boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, seperti membuatkan bilik nampak lebih luas, menambah pencahayaan, menonjolkan barang sedia ada dan meletakkan di tempat yang mencerminkan pandangan yang anda suka. Tiga perkara penting yang harus anda perhatikan ketika memilih cermin adalah saiz ukuran, bentuk, dan gaya.
Ketika memilih karya seni, lebih besar saiznya, lebih baik. Contohnya, untuk ruang dinding di atas sofa, karya seni perlu bersaiz kira-kira 2/3 daripada lebar sofa atau lebih besar. Sekiranya mempunyai lukisan atau cetakan yang anda gemari tetapi ukurannya terlalu kecil, anda boleh membingkainya dengan bahan yang sangat besar untuk meningkatkan kesan visualnya.
Walau apa pun yang anda pilih sebagai dekorasi ruang tamu anda, pastikan setiap hiasan dalaman yang dibeli adalah apa yang anda suka. Jangan sesekali memilih barangan atau perabot hanya kerana ingin mengikut jiran sebelah atau bertanding dengan orang lain. Dengan itu, anda pun akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat ruang tamu anda lengkap dihias!
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...