SUAI PADAN WARNA NATURAL DAN WARNA PANAS SERTA DINGIN DALAM SATU RUANG. MASIH TIDAK NAMPAK KETERLALUAN MALAH SEDAP MATA MEMANDANG
Bohemian, Eklektik, Moden klasik, segalanya disuai padan agar menampilkan satu gaya yang tersendiri. Ramai di kalangan kita menyatakan kediaman mereka adalah suai padan. Namun sejauh mana suai padannya itu? Biar apa pun yang kita pilih, keseimbangan dalam dekorasi sangat penting. Bukan sekadar perabot cantik dan dempak. Tetapi keseimbangannya dalam sebuah ruang. Adakah sesuai dan menyerlahkan di antara satu dengan lain atau tidak?
Ads
PELBAGAI REKAAN , BENTUK DAN GAYA. NAMUN DIHARMONIKAN DENGAN KELOMPOK WARNA KEDAM DINGIN YANG SAMA. CORAK HARIMAU BINTANG MENCURI PANDANG DITENGAH-TENGAH KELOMPOK PERABOT POLOS.
Warna juga memainkan peranan penting. Ruang adakala perlu dikejutkan dengan 1 warna asing. Agar tidak kekal kejung dan membosankan. Apa yang paling penting adalah keseimbangan antara warna. Seperti konsep Bohemian yang mewah dengan warna namun pemilihan warnanya perlu berada dalam kelompok yang tepat. Tone yang sama.Bukan sesuka hati. Bagaimana pula eklektik? Yang mencampurkan lama dan baru timur dan barat. Apakah elemen penting yang perlu ada dalam semua perabot ini.
Ads
NILAI KONTRA TAPI TAMPIL HARMONI? BAGAIMANA? PILIHAN PELBAGAI RONA HIJAU YANG BERBEZA NAMUN BILA DILIHAT SECARA KESELURUHAN, IA TAMPIL INDAH.
Bersama keseimbangan yang bijak ruang pasti akkan tampil lebih elegan dan mewah. Anda tidak perlu terburu-buru. Pemerhatian yang tepat perlu ada dan rajin-rajin melihat rujukan. Simple-simple je di IMPIANA.
PADANAN KLASIK, RETRO, FUTURISTIK DALAM SEBUAH RUANG. MASING-MASING BEGITU UNIK DAN SEIMANG TANPA ADA MANA-MANA YANG MENDOMINASI TITIK TUMPU RUANG INI.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Artikel yang lepas, Impiana ada kongsikan petua untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar, Pinggan, Periuk, Tangan dan Baju. Tapi ada seorang lagi Geng Deko bagi petua cara nak hilangkan kesan kunyit dalam lesung. Biasa lah lepas menumbuk bahan nak buat masak lemak cili api meletop “BAK HANG”, mesti kesan kunyit tu ketara pada lesung. Nanti nak tumbuk ramuan masakan lain seperti sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Jadi petua mudah ini hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu pes pembasuh pinggan. Dalam kes ni, perkongsian daripada Namakucell telah menggunakan jenama Axion. Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. tapi jangan yang jenis keras sangat. Nanti susah nak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
Kesan kunyit yang tebal pada lesung batu. Sebab mak aku selalu tumbuk ibu kunyit buat jamu. Lesung batu ni memang KHAS hanya untuk tumbuk kunyit sebab sebulan sekali mak aku akan tumbuk kunyit buat jamu kunyit. Tapi ada cara untuk hilangkan nya. Jom tengok cara magic mak aku.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyit nya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tahu kah anda, Dalam peti sejuk beku juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Tambahan pula, letupan ini berlaku bukan disebabkan oleh kualiti peti sejuk beku atau masalah litar. Murah ke, mahal tetap alami masalah yang sama jika 3 benda ini berada di tempat yang salah.
Apakah bahan atau benda berbahaya yang tidak sepatutnya diletak di dalam peti sejuk beku? Terdapat tiga bahan yang dikenal pasti yang tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk antaranya ialah:
1. Minuman berkarbonat
Biasanya, minuman berkarbonat mengandungi karbon dioksida di dalamnya yang mana menyebabkan ia menjadi bergas tidak seperti minuman manis biasa. Namun, apabila ia menjadi sejuk beku, air di dalam minuman akan menjalani proses kristalisasi disebabkan oleh suhu yang membeku dan meninggalkan hanya sedikit ruang yang semakin mengecil bagi partikal karbon dioksida di dalam minuman ringan ini.
Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang dan oleh kerana tiada ruang yang mencukupi untuk menampung gas ini di dalam tin, ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup apabila tidak lagi dapat menampung tekanan.
2. Ais kering
Seperti minuman berkarbonat, ais kering juga pada asasnya terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Biasanya ais kering digunakan sebagai kesan khas kerana ia mengeluarkan asap untuk persembahan konsert, teater dan rumah hantu. Untuk membentuk asap dari ais kering, ia perlu direndam di dalam air yang akan menyebabkan karbon dioksida berubah menjadi gas melalui proses yang dipanggil pemejaluwapan.
Walaubagaimanapun, apabila berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan bagi ais kering dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas menyebabkan karbon dioksida mengembang sebanyak 600 hingga 800 kali dari bentuk pepejal.
Namun, jika ais kering tidak meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk anda akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Adalah amat penting apabila anda tidak sepatutnya memegang ais kering dengan tangan yang tidak beralas kerana ais kering boleh menyebabkan luka beku. Jadi, pastikan anda memakai sarung tangan yang tebal apabila mengendalikan ais kering dan pastikan ia tidak diletakkan di dalam peti ais. Sebaliknya di dalam bekas ‘styrofoam’ atau bekas simpanan ais.
3. Alkohol dan cecair mudah terbakar
Minuman beralkohol mungkin boleh disimpan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk untuk menjadikan ia sejuk dengan segera tetapi awas apabila botol itu tidak dibuka. Ia akan menyebabkan tekanan dan cecair di dalam botol akan mengembang lalu boleh mengakibatkan letupan yang serius jika ia disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jadi minuman beralkohol adalah dilarang diletakkan di dalam peti sejuk pada ruang sejuk beku.
Selain dari melarang meletak minuman ini di dalam ruang sejuk beku , ia juga agak merbahaya bagi meletak alat elektronik di atas peti sejuk anda. Suhu yang berbeza dan mempunyai gelombang elektromagnetik pada peti sejuk boleh merosakkan alat elektronik anda.
Selain itu, jangan mencuba untuk membuang ais yang membeku di dalam peti sejuk anda dengan benda yang tajam.
Penyejuk di dalam peti sejuk menggunakan gas ‘isobutane’ iaitu gas yang mudah terbakar. Sekiranya anda dengan sengaja membocorkan sistem penyejuk ini dengan benda yang tajam semasa membersihkan peti sejuk, ia juga boleh menyebabkan letupan.
Disebabkan peti sejuk adalah salah satu barangan elektrik yang kerap anda gunakan di rumah, adalah sangat penting bagi anda menjaga peti sejuk di rumah dengan baik.
Anda diingatkan untuk tidak meletakkan item di atas, di ruang sejuk beku peti sejuk anda bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada keluarga anda di rumah. Jika anda tidak pasti sama ada makanan dan minuman itu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tidak, sila rujuk kepada label pembungkusan.
Sumber: http://petuaibu.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.