Pasti anda berasa bengang apabila kipas meja yang baru sahaja dibersihkan kurang daripada seminggu sudah penuh dengan habuk dan kotoran. Tahukah anda sebenarnya terdapat cara mudah untuk membuatkan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas meja anda?
Untuk menghasilkan magis ini, anda hanya perlu menggunakan pelembut fabrik yang ada di kediaman anda.
Ikuti langkah mudah ini:-
Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan permukaan bilah dan jaring kipas kering setelah dibersihkan.
Tuangkan pelembut pakaian ke dalam mangkuk. Cukup sekadar 1-2 penutup botol.
Celupkan span atau kain bersih ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit sebelum anda bersihkan ia sekali lagi dengan air.
Keringkan kemudian kipas boleh digunakan seperti biasa dan tiada lagi habuk melekat.
+IDEA IMPIANA
Anda juga boleh larutkan pelembut bersama air dan masukkan ke dalam bekas penyembur, Kemudian semburkan larutan pelembut ini pada kipas seminggu sekali. Selain kipas meja anda juga boleh gunakan kaedah yang sama pada kipas siling. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi wanita yang bekerja, tugasan mengemas rumah hanya berupaya dilakukan pada hujung minggu atau hari cuti. Dalam tempoh hari bekerja tu, pejam mata saja lah tengok rumah bersepah. Hanya perkara wajib, mana yang sempat dan terpaksa sahaja boleh dilakukan.
Tapi dengan 4 resipi atau petua mudah yang menggunakan ramuan murah ni, tugas-tugas mengemas rumah mampu diringankan walaupun hanya dilakukan seminggu sekali. Yang paling penting, masalah habuk dapat diselesaikan.
Elak habuk melekat pada perabot
Bagi rumah yang tidak menggunakan penghawa dingin, masalah habuk yang datang dari luar memang sukar dibendung. Saban minggu mengemas, habuk tetap ada mendarat atas perabot seperti meja sisi, cermin dan sebagainya.
Bagi atasi masalah ini, anda boleh gunakan campuran berikut:
Caranya adalah dengan membancuh kedua-dua bahan sehingga sebati dan masukkan ke dalam botol semburan. Sembur atas perabot dan lapkan dengan kain yang bersih sehingga kering. Lebih elok gunakan micro fiber untuk kesan yang lebih MENAKJUBKAN.
Lantai sentiasa berkilat
Biasanya dalam masa seminggu tu, mula lah kaki rasa tak sedap pijak lantai. Rasa melekit, berhabuk dan macam-macam lagi lah. Jadi, untuk pastikan lantai sentiasa berseri, sediakan ramuan ini sebagai bahan untuk mop lantai anda:
Sapu bersih terlebih dahulu. Campurkan kesemua bahan dan mop lantai seperti biasa. Hasilya, lantai lebih bersih dan berkilat berbanding sebelumnya.
DIY haruman kediaman
Penyegar udara, haruman nya selalu tidak tahan lama hanya dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja. Tambahan pula, harganya agak mahal. Tapi dengan campuran 2 bahan mudah dan murah ini, kediaman anda tetap berbau harum dan segar:
Campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga sebati, dan semburkan pada seluruh rumah terutamanya atas fabrik yang mudah menyerap air seperti langsir, sofa, alas meja dan karpet.
DIY penyegar bilik air
Lepas memerut, ada pulak orang lain nak guna tandas. Aduh baunya bukan kepalang walaupun sisa nya tiada, tapi gas masih berkepuk. Sebab itu, ada inovasi dikeluarkan khas untuk penyegar tandas. Tapi macam biasa lah, harganya mahal juga. Tapi dengan 3 bahan ini, anda mampu hasilkan penyegar tandas yang sangat murah dan kandungan lebih banyak dari yang dibeli di pasaran.
Satukan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Masukkan di dalam botol semburan dan letakkan botol semburan tersebut di dalam tandas. Setiap hari atau selepas menggunakan tandas, anda boleh lah semburkan penyegar homemade ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memilih warna permaidani yang sesuai dengan ruang memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidani sahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
+Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
+ Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya, warna hijau, emas, ungu ataupun warna hitam dan putih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
SUAI PADAN WARNA NATURAL DAN WARNA PANAS SERTA DINGIN DALAM SATU RUANG. MASIH TIDAK NAMPAK KETERLALUAN MALAH SEDAP MATA MEMANDANG
Bohemian, Eklektik, Moden klasik, segalanya disuai padan agar menampilkan satu gaya yang tersendiri. Ramai di kalangan kita menyatakan kediaman mereka adalah suai padan. Namun sejauh mana suai padannya itu? Biar apa pun yang kita pilih, keseimbangan dalam dekorasi sangat penting. Bukan sekadar perabot cantik dan dempak. Tetapi keseimbangannya dalam sebuah ruang. Adakah sesuai dan menyerlahkan di antara satu dengan lain atau tidak?
PELBAGAI REKAAN , BENTUK DAN GAYA. NAMUN DIHARMONIKAN DENGAN KELOMPOK WARNA KEDAM DINGIN YANG SAMA. CORAK HARIMAU BINTANG MENCURI PANDANG DITENGAH-TENGAH KELOMPOK PERABOT POLOS.
Warna juga memainkan peranan penting. Ruang adakala perlu dikejutkan dengan 1 warna asing. Agar tidak kekal kejung dan membosankan. Apa yang paling penting adalah keseimbangan antara warna. Seperti konsep Bohemian yang mewah dengan warna namun pemilihan warnanya perlu berada dalam kelompok yang tepat. Tone yang sama.Bukan sesuka hati. Bagaimana pula eklektik? Yang mencampurkan lama dan baru timur dan barat. Apakah elemen penting yang perlu ada dalam semua perabot ini.
NILAI KONTRA TAPI TAMPIL HARMONI? BAGAIMANA? PILIHAN PELBAGAI RONA HIJAU YANG BERBEZA NAMUN BILA DILIHAT SECARA KESELURUHAN, IA TAMPIL INDAH.
Bersama keseimbangan yang bijak ruang pasti akkan tampil lebih elegan dan mewah. Anda tidak perlu terburu-buru. Pemerhatian yang tepat perlu ada dan rajin-rajin melihat rujukan. Simple-simple je di IMPIANA.
PADANAN KLASIK, RETRO, FUTURISTIK DALAM SEBUAH RUANG. MASING-MASING BEGITU UNIK DAN SEIMANG TANPA ADA MANA-MANA YANG MENDOMINASI TITIK TUMPU RUANG INI.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...