Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur. Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari. IMPIANA mencari 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina sebuah dapur.
1.Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
2. Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Ads
3. Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Ads
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ads
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Hai apa khabar? Bagaiimana puasa anda? Semoga tenang dan riang menyambut ramadan bersama keluarga. Bagaimana pula persiapan berbuka? Sudah pastinya ratu dapur tidak menang tangan menyediakan pelbagai hidangan lazat untuk seisi keluarga atau para pelanggan. Namun kita sememangnya tidak boleh menafikan antara musuh utama kita di dapur adalah lalat. Adakala rimas juga dibuatnya.
DAPUR YANG KOTOR DAN BERBAU SEMEMANGNYA MENJADI TUMPUAN LALAT
Kita kembali ke petua orang tua-tua. Gunakan sahaja serai wangi sebagai medium membasmi lalat. Selalunya di spa banyak menggunakan bahan semula jadi seumpama ini dan ia boleh dipraktikkan di kediaman sendiri. Malah sesuai juga untuk hindari serangga seperti lalat.
Seburan dari ‘jus’ serai wangi, bukan sahaja menyegarkan tetapi boleh menghalau lalat di ruang kediaman kita terutama dapur dan ruang makan. Kisar sahaja secekak serainya dan masukkan secawan air atau lebih. Biarkan beberapa jam sehingga dapat jus serainya dan ditapis. Air tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam bekas semburan dan sesuai untuk anda sembur lalat yang bermaharajalela itu.
Mudahkan….
IDEA
Selain untuk semburan , ia juga boleh anda praktikkan sebagai pencuci lantai terutama jika dapur basah anda agak melekit dan berbau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Membersihkan mesin basuh secara berkala adalah aspek penting dalam memastikan peralatan ini berfungsi dengan cekap dan memanjangkan jangka hayatnya.
Mesin basuh yang bersih bukan sahaja membantu dalam mencuci pakaian dengan lebih baik tetapi juga mencegah pembentukan bau busuk, kulat dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membersihkan mesin basuh, termasuk menggunakan pencuci komersial dan bahan semulajadi seperti cuka putih dan baking soda.
Dengan mengikuti langkah-langkah pembersihan yang betul, kita dapat memastikan mesin basuh berfungsi dengan optimum dan pakaian kekal bersih serta segar.
Membersihkan Mesin Basuh dengan Pencuci Komersial
Beli pencuci mesin basuh khas: Tersedia di pelbagai kedai. Pilih produk yang sesuai dengan jenis mesin basuh anda (top-load atau front-load).
foto: JuliexAnum Ali
Baca arahan penggunaan: Ikuti arahan pada bungkusan produk pencuci mesin basuh.
Jalankan kitaran pembersihan: Biasanya, anda akan menambah pencuci ke dalam drum atau dispenser detergen dan on mesin pada kitaran terpanas dan terpanjang tanpa muatan cucian.
Membersihkan Mesin Basuh dengan Bahan Semulajadi
Gunakan cuka putih dan baking soda: Ini adalah cara semulajadi dan berkesan untuk membersihkan mesin basuh.
Top-Load Machine:
Isi mesin basuh dengan air panas.
Tambah 4 cawan cuka putih.
Mulakan kitaran basuhan selama beberapa minit agar cuka tercampur.
Hentikan mesin dan biarkan campuran cuka dan air selama satu jam.
Selepas satu jam, tambah 1 cawan baking soda ke dalam air.
Mulakan kitaran basuhan penuh.
Front-Load Machine:
Campurkan 2 cawan cuka putih dengan sedikit air.
Tuangkan campuran cuka ke dalam bekas detergen.
Mulakan mesin pada kitaran terpanas.
Selepas kitaran selesai, tuangkan baking soda ke dalam drum mesin.
Mulakan kitaran lagi menggunakan air panas.
Membersihkan Komponen Tambahan
Membersihkan Laci Dispenser:
Keluarkan laci dispenser (jika boleh dikeluarkan).
Rendam dalam air hangat dengan sedikit detergen.
Berus dengan bersih dan bilas.
Membersihkan Bahagian Pintu (Front-Load):
Bersihkan bahagian getah dengan campuran cuka dan air atau detergen.
Periksa dan bersihkan kotoran atau kulat yang terkumpul.
Membersihkan Penapis:
Periksa dan bersihkan penapis mesin basuh jika ada. Lokasi penapis berbeza-beza, jadi rujuk manual mesin basuh anda.
Penjagaan Rutin
Jangan biarkan pakaian basah di dalam mesin: Segera keluarkan pakaian selepas kitaran selesai untuk mengelakkan bau dan kulat.
Biarkan pintu terbuka selepas digunakan: Ini membantu mengeringkan bahagian dalam mesin dan mencegah pertumbuhan kulat.
Gunakan detergen yang betul: Gunakan detergen yang bersesuaian dengan mesin basuh anda dan dalam jumlah yang sesuai.
Dengan membersihkan mesin basuh secara rutin, anda boleh memastikan mesin basuh anda berfungsi dengan cekap dan pakaian anda kekal bersih dan segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah kebun ‘view’ dusun durian dan sungai, kos binaan RM100K, sesuai untuk ‘healing.’ Rumah kebun di kawasan dusun durian dan juga campsite di Kuala Nerang yang terletak di Kedah ini memang sesuai sangat untuk anda bersantai-santai sambil menenangkan fikiran.
Jauh dari hiruk pikuk bandar, lokasi ini tentunya sesuai untuk anda ‘healing’ sambil menghirup udara segar. Hampir 95 peratus siap, rumah kebun ini dibina dengan dengan kos sebanyak RM100,000 termasuk ran pokok dan pondok kecil.
Menurut pemilik rumah kebun ini, masih ada sedikit lagi kerja-kerja mengecat dan perpaipan yang masih belum siap sepenuhnya. Apabila siap kerja-kerja tersebut maka bolehlah kerja-kerja mendekorasikan rumah kebun ini dijalankan.
Dengan keluasan 20×24, rumah ini memiliki dua bilik di tingkat atas. Keluasan bilik di tingkat atas ialah 12ftx12ft setiap bilik dan satu bilik air di bahagian bawah. Lokasi rumah kebun ini sangatlah sesuai untuk aktiviti perkhemahan sambil menikmati panorama pokok durian dan sungai.
Sesuai sangat untuk aktiviti perkhemahan.
Berikut dikongsikan rumah kebun yang hampir siap sebelum dibuka untuk tempahan.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.