Tikus merupakan haiwan kecil yang berbulu dan dianggap comel bagi sesetengah orang. Betul ke? Namun bagi sesetengah individu kehadiaran tikus di dalam rumah pasti akan membuatkan anda tidak berasa selesa dan menjijikkan kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan perosak ini sangat berbahaya.
Kalau dari segi kesihatan, penyakit yang dibawa oleh tikus ini seperti kencing tikus boleh meragut nyawa. Kehadiran tikus ke dalam kediaman bukanlah seekor, namun berkumpulan jika rumah anda memberi keselesaan kepadanya. Jadi anda harus menghalau tikus-tikus ini sebelum ia menternak lebih banyak. Di sini IMPIANA kongsikan kepada anda 9 petua untuk menghalau haiwan perosak ini.
UNCANG TEH PEPPERMINT
Jika anda gemar dengan minuman teh, pastikan anda tidak membuang uncang teh tersebut. Anda hanya perlu mengenal pasti dimana tikus itu bersarang kemudian letakkan uncang teh tersebut pada kawasan itu. Peppermint yang terdapat pada uncang teh tersebut akan menyebabkan kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria baunya terganggu dan berasa tidak selesa.
PERANGKAP TIKUS
Anda hanya perlu membeli perangkap tikus dan pasangkan perangkap anda pada tempat laluan si tikus. Umpankan dengan meletakkan ikan masin atau sisa makanan ke dalam perangkap tersebut dan biarkan semalaman. Lakukan tangkapan sekerap mungkin sehinggalah jumlah tikus di kediaman anda berkurangan.
LADA HITAM
Halau tikus dengan menggunakan serbuk lada hitam. Taburkan serbuk lada hitam pada kawasan tikus tersebut.
JERING
Petua zaman dahulu jering dapat menghalau tikus. Letakkan jering bersama tangkainya sekali di dapur sehingga kering.
KULIT DURIAN
Bagi anda yang tidak mempunyai masalah dengan bau durian, anda boleh menggunakan cara ini. Letakkan kulit durian di kawasan tikus berada kerana tikus tidak suka dengan bau durian yang tajam.
SERAI WANGI
Serai wangi sememangnya digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga perosak. Ini termasuklah tikus.
DAUN PANDAN
Haruman daun pandan menyebabkan tikus tidak suka untuk mendekati kawasan itu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lantai marmar/marble biasanya mempunyai tekstur berkilat dan bersinar dengan efek bersih dan kemas. Oleh sebab itulah ia menjadi pilihan ramai pemilik rumah. Walaupun permukaannya cantik berkilat ini tidak bermakna lantai marble tidak perlu dibuat maintenance. Polish atau kilatkan kembali wajib anda lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menjaganya agar sentiasa kelihatan seperti baru.
Biasanya anda perlu menggunakan alat untuk polish lantai marble tetapi adalah mustahil untuk membeli mesin kilatan dengan harga yang mahal tetapi digunakan hanya sekali setahun. Fai Marble Renovation Works mampu kilatkan apa saja jenis lantai sama ada marmar, terrazzo, kayu atau granite yang menggunakan teknologi penggilap berlian kasar terkini. Hasil proses penggilapan ini akan memulihkan sifat kilauan semula jadi material lantai dan menjadikan permukaan yang lebih berkilau dan selesa untuk dipijak.
Tip Penjagaan Lantai Selepas Di Gilap
Sapu lantai setiap hari untuk mengelakkan kotoran daripada merosakkan permukaan bawah dan terkumpul di dalam grout. Sikap malas untuk menyapu boleh menjadikan rongga kemasan lantai kita pudar serinya.
Penyapu dengan bulu lembut boleh digunakan tetapi kaedah yang paling berkesan. Malah penyapu yang paling sesuai untuk membersihkan permukaan halus ialah dengan menggunakan Mikrofibre Mop. Ia yang mempunyai pad lembut. Ia boleh digunakan basah atau kering.
Cara mengelap lantai yang dicadangkan adalah dengan menggunakan teknik kepala mop membentuk satu pusaran besar. Ia akan menghasilkan satu pergerakan dan kerja -kerja menyapu menjadi cepat.
Ketika mengemop tukar air dengan kerap supaya kotoran tidak terus dipindahkan ke lantai. Bilas lantai selepas mengelap untuk memastikan air kotor dikeluarkan sepenuhnya dari permukaan.
Lap lantai dengan kain atau tuala kerana ini akan mengeringkan lantai dan mengeluarkan apa-apa kekotoran pada sambungan, permukaan dan garis-garis. Kekerapan pembersihan akan bergantung pada trafik dan keadaan lantai.
Manfaat Selepas Menggilap Lantai Marmar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jambangan bunga artificial yang ada di rumah harus dibersihkan untuk mrngrlsk lebih banyak habuk yang terperangkap. Jika tidak dilakukan segera, habuk yang melekat akan sukar dicuci dan akan menjadikan bunga artificial anda kusam. Bagaimanakah cara mencuci atau membersihkan buga artificial ni? Anda boleh gunakan 5 cara ini untuk pembersihan bunga artificial anda;
Garam dan brown bag/plastik beg
1) Tuangkan satu cawan garam ke dalam brown bag/plastik beg. Dan masukkan jambangan bunga ke dalam beg itu (pastikan kelopak bunga yang masuk dan bahagian batang keluar)
2) Pegang brown bag/plastik beg dan pastikan ia benar-benar kedap udara. (untuk lebih rapat, genggam erat pada batang bunga). Setelah itu goncangkan brown bag/plastik beg itu tadi
3) Anda mendapati gubahan bunga kembali bersih,segar dan berseri.
Semburan dari cuka
1) Sediakan botol semburan, 1 mangkuk kecil cuka putih dan 1 mangkuk kecil air
2) Isikan botol semburan dengan kedua –dua bahan di atas
3) Semburkan pada bunga artificial 4) Untuk keringkan, hamparkan tuala dan susun bunga yang telah disembur tadi di atas kain tuala tersebut.
Sabun pencuci pinggan
1) Sediakan sabun pencuci pinggan , air dan bekas
2) Campurkan air dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam bekas
3) Ambilkan beberapa kuntum bunga artificial dan dicuci satu persatu.
4) Hamparkan tuala dan biarkan ia kering dengan sendirinya
Pelembut fabrik
1) Penuhkan bekas dengan air suam dan campurkan dengan 3 penutup pelembut fabrik
2) Pegang bahagian batang bunga artificial dan lakukan gerakan upside down 3) Hamparkan tuala dan biarkan bunga yang telah dibersihkan kering di atas kain tersebut
4) Tip ini berkesan mengembalikan warna bunga artificial tersebut.
Pengering rambut
1) Halakan pengering rambut kearah bunga artificial lebih kurang 15 sentimeter.
2) Anda akan mendapati sawang/debu-debu hilang dengan pantas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.