Geram tengok meja kopi atau Side table KVISTBRO dari Ikea tu kan. Harga satu antara RM 149-199. Siap boleh jadi bekas storage lagi. Tapi nak beli macam rasa tak perlu atau ada keperluan lain yang wajib didahulukan. Tapi sebab dah teringin sangat, kita tiru gaya ibu ni buat meja KVISTBRO dari pada bakul baju sahaja
Bahan-bahan:
2 biji bakul baju sama saiz
1 biji dulang (sesuai dengan mulut bakul baju)
Penyembur pewarna putih
Cara-cara:
1. Semburkan keseluruhan bahagian dalam dan luar bakul (tapi kalau anda dapat warna yang dah sesuai ikut tema tak perlu cat)
Ads
2. semburkan cat pada dulang pula
3. Cantum kan ke dua-dua biji bakul secara terbalik dengan menggunkan gam panas atau Double side yang kukuh dan letakkan dulang yang telah di cat tadi. SIAP
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bayangkan sembilan sarung kusyen kerusi kita sudah pun dimasukkan dengan kemas. Tinggal yang terahir , tiba-tiba zipnya rosak! Adakah kita perlu tukar semua sarung kusyen yang lain kembali?
Sakitnya hati apabila sarung sarung kusyen kerusi kita kembang atau longgar setelah di basuh. Padahal elok lagi sarung kusyen kita dengan sulaman dan manik-manik yang ada. Harganya pula bukannya murah. Malah rugi pula rasanya hendak buang tetapi tak sempurnalah hiasan dekorasi kita dengan sarung kusyen ternga-nga begitu. Nak dicampak sayang, sebab masih elok, kainnya pun bagus.
Jadi jangan sentap! Perhatikan apa masalah sarung tersebut. Jika terdapat serabut benang pada landasan atau alur zipnya, gunting segera kerana serat benang ini juga antara sebab landasan zip kita tergendala. Malah adakala terus rosak hanya kerana serat benang ini.
Jangan sentap! Lihat kepala zip kita bagaimana keadaannya. Ini adalah kerana ada zip yang besinya agak lembut dan mudah terbuka sedikit cengkaannya apabila di basuh dengan mesin basuh yang penuh berkuasa. Tarik kepala zip pada landasan zip. Jika ia tidak mencengkam bermakna tapak bawah kepala zip dan atas berada di dalam jarak yang terlalu longgar sehingga tidak mampu menemukan gigi zip menjadi sebuah landasan.
Cara terbaik, kepit dengan cermat kepala zip agar tidak terlalu ketat. buat sedikit demi sedikit sehingga lubang cengkap kepala zip kembali berada di jarak yang betul bagi merapatkan gigi zip anda.
Manakala jika zip anda tersumbat dengan benang, perlahan -lahan mengguna klip rambut bagi mencungkil kembali serat benang yang adakala kita terlepas pandang.
2018 ni kelihatan ramai yang suka buat DIY. Bila tiba nak raya, benda yang boleh di DIY ni banyak membantu menjimatkan poket anda. Baru lah boleh extra kat tempat lain. Betul tak? Selain DIY sendiri langsir, ada juga yang boleh buat perabot sendiri. Tapi ada satu benda yang lagi penting berbanding perabot. Lantai kediaman. Ia menjadi faktor utama memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Tapi harga karpet sekarang pun boleh tahan. Nak yang berkualiti dan cantik, mahu harganya lebih RM 300. Sebenarnya, anda boleh je make over karpet sedia ada atau buat je sendiri. Lagi cantik, Boleh ikut cita rasa anda dan tak perlu pening cari karpet yang bersesuaian dengan tema kediaman anda.
1. Make over rug yang membosankan
rug Scandinavian dari Batter Homes & Gardens.Untuk tutorial [klik sini]
2. Make over carpet berbulu ala Versace
3. Sulaman benang bulu pada rug
Selain gunakan cat atau pewarna untuk bentuk corak pada rug yang membosankan, boleh cuba guna teknik jahit atau sulaman [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Hot wheels koleksinya bukan sahaja diminati kanak-kanak sahaja malah golongan dewasa. Tapi jangan tak sangka ada juga wanita yang meminati koleksi kereta miniature ini. Yang menjadi pening adalah apabila koleksi yang dikumpulkan dah terlalu banyak. Takkan nak simpan je dalam kotak bertutupkan. Koleksi hot wheels ni perlu lah dipamerkan. Barulah nilai sentimentalnya dapat dinikmati dan dihargai.
Nak pamerkan, tak semestinya perlu almari atau rak mahal. Apa kata kita DIY sendiri je rak pameran koleksi Hot Wheels
RAK KASUT
Paling bijak, jimat dan cantik. Apa kata guna rak kasut kayu. Rak kasut ni boleh di dapatindi kedai-kedai keperluan harian. Harganya pun tak mahal. Kalau pandai cari, harganya boleh dapat RM 19.00 sahaja
RAK PISAU METAL
Pilihan buat anda yangbmementingkan kekemasan dan ada duit lebih. Boleh lah gunakan rak pisau yang ada megnet ni.
Picture ledge
Rak pameran gambar ni boleh di dapati di ikea pada harga RM 20++ untuk satu batang. Ada warna hitam dan putih. Ikut kesesuaian koleksi anda.
PENGGULUNG TISU
Buat anda yang kreatif, boleh cuba diy sendiri rak pameran koleksi Hot Wheels dengan menggunakan penggulung tisu. Nak tahu cara untuk membina rak pameran ini [klik sini]
PLASTIC SHOWER PENAL HOLDER THINGIE
Bagi anda yang tak suka buka label pembungkus Hot Wheels kerana khuatir nilainnya jatuh, kaedah pameran koleksi ini paling bersesuaian. Plastik atau getah ni kebiasaanya digunakan pada penal-penal kaca seperti yang terdapat pada bilik shower kaca. Mudah didapati di kedai Hardware.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!