Peti ais tiba-tiba kurang sejuk, memang patah hati lah si mak-mak. Peti ais ibarat BFF untuk dapur. Biar tak ada penapis air, tapi jangan tak ada peti ais. Betul tak? Jannatun Naim berkongsi apa yang kita perlu lakukan bila peti ais tiba-tiba kurang sejuk.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk atas beku tapi bawah tak sejuk atau atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsikan sikit apa yang perlu anda lakukan. Kebiasaan nya, ia disebabkan oleh defrost thermostat / defrost sensor yang rosak.
Jadi, saya nak tunjukkan cara untuk tukar alat ini. Sensor ni saya beli online sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM 12
Alatan yang diperlukan:
Screwdriver mata philip
cable tight
defrost thermostat
Shrink tube/tape hitam
hair dryer (optional)
Ads
Cara-cara: 1. Tutup semua suis peti sejuk
2. Buka penutup dinding belakang bahagian sejuk beku. Macam ni rupa sistemnya. Semua dah beku. Sebab tu bahagian bawah kurang sejuk
Ads
Ni penutup jenis klip di bahagian atas dan tepi. Ada yang jenis skru, bergantung pada model
3. Tunggu ais tersebut cair atau boleh guna hair dryer untuk cairkan air tersebut dengan kadar cepat
4. Ok.. Dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu. potong cable tight tu. Tarik keluar sensor tu
5. Ini rupa sensor tersebut. Yang bawah tu, baru punya
Ads
6. Potong wayar yang asal dan sambungkan thermostat baru dan kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau) kalau tak ada boleh guna pelekat hitam
7. Letak semula semua sistem tadi mengikut posisi asal. Bahagian metal sensor tu halakan ke bawah. Ikat kemas guna cable tight. Dah siap.
Ramai tanya macam mana rupa defrost thermostat ni. Macam ni rupanya. Ada bulat dan petak. Bagi pendapat saya, takk kisah untuk guna yang mana pun ikut poket masing-masing. Fungsinya sama walaupun bentuk dia berlainan. Ia hanyalah sensor. Nak uji thermostat ni berungsi ke tidak, boleh guna multimeter. Cek continuity. Kalau ada maksudnya berfungsi baik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Masalah kulat di kediaman bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Lebih-lebih lagi kediaman anda terletak di kawasan dengan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, peratusan untuk perabot anda diserang kulat adalah lebih tinggi!
Sekali pandang, kulat pada almari terlihat seperti habuk atau debu dan boleh dilap dengan mudah sahaja. Tetapi malangnya, selepas beberapa hari kulat tersebut akan muncul dan kembali menghantui hidup anda.
Melalui perkongsian di akaun Facebooknya, Bijen Mohd ada berkongsi trik dan petua mudah bagi menghapuskan masalah kulat ini. Mari kita semak.
DIY Dehumidifier
Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY pula.
Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya.
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
Bahan Yang Diperlukan
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silikadengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing.
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.
Saya beli sepaket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya.
Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula. Jimat belanja!
p/s : Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Salah satu aspek yang paling penting untuk mempunyai kediaman yang nyaman dan bahagia ialah kebersihan lantai dan permaidani. Walaupun terletak pada bahagian paling bawah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak membersih permaidani dan lantai . Buat para ibu atau pemilik rumah yang prihatin dan peka, pastinya hal kebersihan dan penyelenggaraan dilakukan agar lantai rumah sentisa nampak baru dan bersih.
Membaik pulih permiadani yang terkena api puntung rokok.
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khuatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.
Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam. Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Menaggalkan kesan hitam dari tumit kasut pada lantai.
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Menutup kesan calar yang dalam pada lantai kayu.
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal. Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Membetulkan bucu permaidani yang ‘melentik’
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.