Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Ads
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Ini memang satu khabar berita gembira buat anda pencinta barangan elektronik jenama terkemuka antarabangsa, Samsung kerana kini anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk menggunakan barangan elektrik jenama berkenaan di kedai jualan terbaharu mereka yang terletak di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur.
Samsung Malaysia Elektronik bersama Toong Heng Elektronik telah mengumumkan pelancaran kedai jualan terbaharu itu secara rasminya, pada 26 Ogos lalu.
Dengan hasil kerjasama dan langkah kedua-dua jenama ini, para pelanggan bukan sahaja berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan elektrik jenama tersebut malah pelbagai tawaran istimewa dan potongan harga bakal diberikan kepada pelanggan setia mereka.
“Kerjasama kami dengan Tong Heng Electronics sudah menjangkau lebih 14 tahun sejak syarikat itu mula menyertai rangkaian Pengedar Sah kami pada tahun 2008.
“Jadi, ia sangat penting bagi kami untuk terus kekal optimis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami dengan rangkaian produk inovatif serta pengalaman membeli-belah gaya terkini,” kata Jimmy Tan, Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Elektronik.
Pengarah Urusan Toong Heng Electronics, Wilson Yap, yang turut hadir pada pelancaran itu majlis itu turut berkongsi, “Kami berbangga dengan kerjasama lama kami dengan Samsung, yang merupakan sebuah enama Elektronik Pengguna No.1 selama lebih 14 tahun.
“Seperti sedia maklum, inovasi Samsung sememangnya tidak sama seperti jenama yang lain dan apa yang penting bagi kami hasil kerjasama ini adalah semangat bersama kami untuk menyediakan kedai jualan yang akan mengagumkan semua orang dengan pengalaman pembelian pelanggan kami yang menakjubkan!,” akhirinya.
Dengan ruang kedai berkeluasan kira-kira 1200 kaki persegi, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai jenis produk Samsung termasuk rangkaian BESPOKE seperti BESPOKE Jet™M , peti sejuk BESPOKE, BESPOKE CubeTM Air Purifier dan juga BESPOKE AirDresser.
Rangkaian yang direka bertujuan untuk memperkayakan kehidupan pelanggan dengan gaya hidup dan reka bentuk terkini serta ciri teknologi yang sempurna. Selain daripada itu, pengguna juga boleh merasai pengalaman menonton TV Pintar yang mengagumkan daripada rangkaian The Freestyle, The Frame dan Neo QLED 8K.
Sempena pembukaan kedai terbaharu, pelanggan akan menikmati diskaun untuk barangan terpilih dan berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM3,000 bermula dari 26 Ogos hingga 4 September 2022.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga berhak mendapat jaminan waranti eksklusif selama dua tahun selepas pembelian! Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk segera kunjungi kedai Samsung Malaysia Elektronik di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur hari ini!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Samsung Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di http://news.samsung.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan, ada segelintir pemilik rumah yang lebih gemar untuk menggunakan jubin simen berbanding jenis jubin lain kerana kos harganya yang rendah dan lebih murah.
Meski jenis ini ia selamat untuk diguna pakai, namun ada beberapa kelemahannya yang anda perlu tahu sebelum memasangnya di kediaman anda.
Selain kos harganya yang lebih rendah dan murah, jubin simen ini menjadi sentiasa menjadi pilihan ramai kerana memiliki pelbagai struktur bentuk dan warna yang menarik.
Malah, ia juga dipercayai memiliki daya ketahanan yang baik serta kalis daripada kesan cuaca dan suhu.
Ini kerana, jubin simen tidak seperti jubin lain yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utama dan penghasilannya tidak melalui proses pemanasan. Kebiasaannya ia dihasilkan dengan melalui proses hidraulik.
Namun begitu, ada beberapa kelemahan jubin simen yang anda perlu tahu antaranya ia berisiko tinggi untuk mudah rosak.
Selain itu, jubin simen dipercayai mempunyai sifat yang cepat sejuk oleh kerana struktur bentuknya yang tebal dan berat.
Maka, ia kurang sesuai untuk dipasang di permukaan lantai kawasan ruang tamu, bilik tidur, dapur dan ruang makan.
Sesuai digunakan di kawasan yang basah dan lembap seperti bilik mandi, dinding pancuran mandi atau bilik stim.
Sumber: PropertyGuru Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan kos sara hidup kian semakin meningkat sehingga memberi tekanan kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia pada hari ini. Bukan sahaja dihadapi golongan orang biasa malah lebih parah ia turut dirasai buat golongan elit.
Terbaru, dikhabarkan seorang pensyarah bahasa Inggeris di United Kingdom (UK) yang dikenali sebagai Aimne Le telah membuat pengakuan bahawa dirinya pernah tinggal di dalam khemah sepanjang tahun ketiga dia menyiapkan PhD.
Difahamkan, pensyarah ini memilih untuk tinggal di dalam khemah kerana dia berdepan dengan masalah kewangan akibat kenaikan harga sewa rumah yang naik secara mendadak pada tahun ketiga beliau menyiapkan PhD. Lantas menyedari hal tersebut, dirinya tidak mampu untuk menyewa sebuah flat dan menanggung semua kos kajian penyelidḭkannya itu.
“Sejuk, khemah itu sangat kecil. Hanya muat untuk seorang sahaja,” cerita pensyarah itu.
“Semua itu jadi kenẫngan pahit, lebih-lebih lagi pada suatu ketika, saya bangun, dan luar khemah saya dipenuhi dengan bulatan salji. Kalau saya sedang tiada sebarang tugasan, saya belajar cara untuk potong kayu untuk menyalakan api,” terangnya lagi.
Disebabkan khemah yang begitu kecil, dia memilih untuk menyimpan semua buku pascasiswazahnya di pejabat kerana tidak mahu buku itu rosak. Bukan itu sahaja, dia juga mandi di universiti.
Lebih menyedihkan lagi, apabila dia tidak ingin ibu dan bapanya risau. Oleh itu, dia bertindak untuk tidak memaklumkan kepada keluarganya berkenaan hal itu. Wanita itu juga telah memberitahu ibu dan bapanya bahawa dia tinggal di ladang ekologi.
Walaupun pihak universiti ada menegaskan mengenai kebajikan pelajar dan sebagainya, dia tetap memilih untuk tidak memberitahu universiti tempat dia belajar mengenai kesukaran hidupnya pada masa itu. Menurut dia, masalah itu akan membuatkan reputasi dia akan rosak kerana di ‘cop’ sebagai orang tiada tempat tinggal.
Dia juga sempat menghabiskan masa selama enam bulan tidur di atas lantai rumah rakannya semasa menjalankan penyelidikan PhD dan pada masa yang sama dia sempat mengajar subjek Sejarah dengan bayaran £15 (RM84.67) sejam di Universiti Russell Group.
Dia juga dikatakan pernah mempunyai kecacatan, dan pada tahun ketiga dia menjalani PhD, pembiayaan dia dibekukan semasa dia terpaksa berehat sebulan selepas pembedahan dilakukan. Menurut laporan, dia merupakan pelajar antarabangsa dan disebabkan itu dia terpaksa membayar yuran yang lebih mahal iaitu sebanyak £8,000 (RM45,286.85).
Malah, dia juga perlu membayar £3,000 (RM16,984.45) untuk sewa rumah. Disebabkan itulah dia telah meminjam khemah daripada kawannya berikutan tidak mampu membayar kesemua bayaran itu dengan duit gajḭnya sebagai tenaga pengajar.
Pensyarah itu telah memperoleh PhD pada tahun 2018 dan pernah mengajar murid di sekolah dan bekerja di taman botani untuk memenuhi keperluan hidup sebelum memperoleh dua tahun kontrak untuk mengajar penulisan kreatif di Universiti Exeter.
“Masa itu sangat sukar, sebab nak teruskan mengajar, dan pada masa yang sama nak buat penyelidikan. Malah, tiada tempat tinggal yang lebih baik untuk saya tinggal. Sehingga pada akhirnya saya pernah mengalami Post-traumstic stress disorder (PTSD) yang sangat teruk.” kata pensyarah itu.
Jadi jelas lah di sini, masyarakat dunia akan terus berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi pada masa akan datang apabila harga makanan dan bahan mentah, serta caj perkhidmatan terus meningkat. Kadar gaji pula masih di takuk lama.
Sumber: ohinfokini.co
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.