Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau kepam.
Malah, sebagai objek yang bersentuhan langsung dengan kita hampir setiap hari, sudah tentu bantal perlu dibersihkan secara berkala. Bantal termasuk sarungnya, sangat terdedah kepada pelbagai kesan seperti air liur, peluh, kulat dan sebagainya. Maka, cara basuh bantal juga perlu benar-benar bersih dan betul kaedahnya.
CARA BASUH BANTAL
Ada pelbagai cara anda boleh mengatasi kesan kotoran ini termasuklah menggunakan pelbagai bahan semula jadi.
1. Cuci menggunakan Borax dan air panas bagi bantal bernoda bintik hitam
Noda kulat awal dicirikan oleh bintik-bintik kecil kekuningan, tetapi dari masa ke masa bintik hitam boleh muncul. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Ads
Bagi mengatasinya, anda boleh merendam bantal dalam air panas yang dicampur dengan boraks. Biarkan selama 30 minit sebelum membersihkannya.
2. Gunakan kiub ais dan larutan sabun untuk kotoran melekit
Kotoran melekit juga sering mencemarkan bantal. Lebih-lebih lagi jika anda sering makan atau menikmati makanan ringan di atas tilam, contohnya kesan coklat atau gula-gula getah.
Dalam kes ini, anda boleh mengikis kotoran dengan perlahan-lahan.Namun, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengambil ais untuk diletakkan pada kesan melekit supaya ia mengeras.
Ads
Kemudian, gosokkan kesan yang mengeras dengan sudu plastik sehingga semua kesan melekit hilang. Selepas itu, gunakan larutan sabun untuk membersihkan noda.
3. Jemur di bawah matahari untuk bantal kekabu
Jika anda menggunakan bantal kekabu di rumah, ia tidak boleh dibasuh dengan air. Namun, ada cara lain yang boleh dilakukan sebagai alternatif pembersihan maksimum.
Terutama untuk kesan kulat, anda boleh membuka sarung dan jahitan bantal, kemudian mengeluarkan semua kapas. Seterusnya, jemur kekabu di bawah sinar matahari supaya kulat dan kuman hilang.
Ads
Bagi fabrik bantal yang ada kesan kotoran seperti kesan peluh, seelok-eloknya basuh menggunakan detergen. Pastikan pengeringan dilakukan dalam satu hari dan menyeluruh supaya ia tidak mencetuskan bau hapak.
4. Bersihkan kesan kuning dengan air lemon dan pemutih
Kesan kuning pada bantal boleh dicuci dengan menggunakan air lemon. Selain jemurkan di bawah matahari, anda boleh menghilangkan kotoran tersebut dengan menggunakan larutan peluntur buatan sendiri.
Hanya sediakan 3 liter air, suku jus lemon dan 1 cawan peluntur dan kemudian campur semua bahan. Jangan lupa untuk mencuci bantal terlebih dahulu dengan mengikuti garis panduan pembersihan yang betul.
Bagi memutihkannya, langkah pertama ialah memeriksa label penjagaan bantal.
Kemudian, set mesin basuh pada kelajuan sederhana dan masukkan air panas yang mencukupi.
Programkan mesin basuh untuk 2 kali bilas.
Jika sudah, masukkan bahan-bahan larutan tadi ke dalam mesin basuh dan mulakan kitaran basuh.
Biarkan beberapa minit kemudian masukkan bantal dan teruskan proses mencuci, tunggu sehingga selesai.
Jika proses pembersihan telah berjaya, teruskan menjemur bantal di bawah sinar matahari sehingga ia kering secara maksimum.
Waktu siang adalah waktu kita menggunakan tenaga cahaya semulajadi berkadar minimum. Di Malaysia, walaupun kita menikmati cahaya matahari yang banyak, tetapi masih ada lagi segelintir unit kediaman yang tidak mendapat bekalan cahaya matahari mencukupi di siang hari disebabkan oleh pelbagai halangan dan kekangan struktur kediaman itu sendiri.
Oleh itu, IMPIANA mempunyai 6 garis panduan untuk anda menarik cahaya semulajadi masuk ke dalam kediaman anda.
Maksimumkan Ketinggian Tingkap
Tahukah anda ukuran tingkap yang standard adalah 7 kaki tinggi. Sebaiknya anda cari lah kediaman yang dibina dengan bukaan tingkap yang lebar dan tinggi kerana ia akan mendorong kemasukan cahaya matahari secara maksimum ke dalam kediaman anda. Cahaya matahari yang banyak ini akan membuatkan kediaman anda mempunyai sirkulasi udara yang baik dan pencahayaan yang cukup untuk aktiviti pada siang hari. Jadi dapatlah anda menjimatkan bil eletrik kerana tidak perlu lagi membuka lampu.
2. Alihkan segala halangan di tingkap
Jika kediaman anda mempunyai terlalu banyak langsir yang panjang serta tebal. Adalah molek jika ianya ditukar ganti dengan langsir yang berwarna lembut atau pun jenis nipis (sheer). Elakkan langsir yang terlalu tebal dan berona gelap.
3. Lebihkan masa di luar rumah
Jika anda selalu menghabiskan masa yang terluang hanya dalam rumah, apa kata anda cuba pula menjengah bahagian luar rumah seperti di patio rumah jika anda tinggal di rumah teres atau balkoni serta tempat duduk tingkap. INGAT, kulit anda juga perlukan cahaya semulajadi yang mencukupi untuk terus kekal sihat.
4. Penggunaan cermin besar
Apabila anda ingin menerangi kawasan dalam rumah, ianya pasti merupakan satu usaha untuk menambah serta memaksimumkan kemasukan cahaya ke dalam rumah anda. Kalaulah kita boleh bawa cahaya sinar mentari ke dalam rumah dan tambah lagi kadar keterangannya, kan bagus? Trick nya adalah gunakan cermin di dalam dekorasi rumah anda. Aturkan secara strategik lokasi untuk meletakkan cermin kerana apabila cahaya masuk ke dalam rumah, ia akan memantulkannya sekaligus menerangi setiap sudut kediaman anda.
5. Naik taraf perabot anda
Perabot yang berat serta terlalu besar langsung tidak membantu anda dalam usaha menerangi kediaman serta membuatkan rumah anda mempunyai aliran udara yang bagus. Buanglah perabot yang terlalu banyak sehingga menghalang cahaya dan udara untuk menerangi kediaman anda.. Paling penting jangan biarkan perabot besar dan tinggi diletakkan di kawasan tingkap kerana ia akan menghalang cahaya dari menerobos masuk.
6. Hiasan bunga
Tahukah anda, bunga juga memainkan peranan penting dalam usaha membantu kediaman anda tampil nyaman, selesa dan mempunyai udara yang bersih. Ya, anda boleh letakkan pokok bunga kecil seperti bunga orkid di atas meja makan atau pokok bonzai di sudut rumah. Selain daripada menyuntik kesegaran dalam kediaman, anda juga boleh sejukkan rumah anda dengannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahuilah bahawa tidur dengan lampu yang terbuka boleh mengakibatkan kanser. Para ilmuan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakkan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. oleh itu, elakkan daripada membuka lampu pada waku tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.