Kenaikan bil elektrik setiap bulan pasti membebankan.
Tapi anda sedar tak bahawa peralatan di dapur juga ‘makan’ banyak tenaga elektrik jika kita salah menyusunnya. Berikut perkongsian daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad tentang reka bentuk dapur yang betul.
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.
Ads
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle di dapur iaitu antara sink, dapur memasak dan peti sejuk semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja. (Rujuk gambar)
Ads
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, tidak perlu ada dua. Dry kitchen (dapur kering) bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan selepas digunakan.
KEDUDUKAN PERALATAN DAPUR KURANG TEPAT?
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya. Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto ini tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini. Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Ads
*Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
*Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (peti sejuk).
*Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga. Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Memandangkan tenaga lestari semakin menjadi tarikan di Malaysia, ramai rakyat tempatan kini menukar ke penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara separa atau keseluruhan di rumah mereka. Salah satu tenaga lestari yang paling popular yang telah mula diterima oleh rakyat Malaysia ialah tenaga solar, yang merupakan tenaga boleh diperbaharui yang paling mudah diakses berkat cuaca tropika negara kita.
Aplikasi tenaga solar yang paling biasa digunakan di kediaman ialah pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk sistem pemanasan air di rumah. Di samping peningkatan aksesibilitinya, pemanas air solar mendatangkan banyak kelebihan kepada pemilik rumah seperti pengurangan bil elektrik dan manfaat mesra alam dalam jangka masa panjang sambil mengekalkan kecekapan yang sama seperti pemanas air tradisional. Penggunaan pemanas air solar adalah pilihan terbaik bagi yang berminat untuk memulakan penggunaan tenaga mampan sebelum melabur wang yang besar untuk penggunaan tenaga lestari secara meluas di rumah mereka.
“Walaupun terdapat peningkatan keperluan untuk pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif, kami mendapati masih ramai yang meragui untuk memasangnya di rumah akibat tanggapan yang salah terhadap penggunaannya. Sedangkan dengan kemajuan teknologi moden, pemilik rumah boleh memilih daripada pelbagai pilihan mengikut keperluan dan keadaan rumah untuk menikmati manfaat penggunaan sistem ini dengan sepenuhnya,” menurut Encik Mok Gim Kaw, Penasihat Kanan Produk SolarMate, pengeluar terma solar pertama yang diperakui di Malaysia yang bekerjasama dengan Waterco Malaysia untuk menyediakan penyelesaian penapisan dan pemanasan air yang komprehensif kepada pelanggan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan pertanyaan mengenai pemasangan dan penggunaan pemanas air solar, berikut adalah beberapa penjelasan yang menghapuskan mitos tentang sistem ini!
Mitos #1 Pemanas air solar hanya berfungsi pada hari yang cerah
Pertama sekali, mari kita fahami bagaimana pemanas air solar berfungsi. Pemanas air solar menggunakan tenaga sinaran matahari untuk memanaskan air sejuk dan memindahkan air yang dipanaskan ke dalam tangki simpanan yang sedia untuk digunakan. Selepas pemeriksaan keadaan bumbung rumah anda dan penentuan saiz tangki air, peranti pemanasan yang mempunyai panel solar di permukaannya akan dipasang di atas bumbung anda.
Memandangkan sistem ini menggunakan sinaran solar untuk memanaskan air, ia masih boleh berfungsi pada hari mendung kerana keadaan cuaca tidak akan menghalang sinaran matahari. Walaupun output maksimum pemanas air solar mungkin berkurangan waktu cuaca mendung, sesetengah pemanas air solar dipasangkan dengan sistem pemanasan sokongan untuk menghasilkan air yang telah dipanaskan ke suhu yang diperlukan. Ia juga boleh dipasangkan dengan sistem sokongan elektrik untuk meningkatkan operasi apabila diperlukan untuk memastikan bekalan air panas berterusan waktu cuaca yang tidak diingini.
Mitos #2 Lebih besar, lebih baik
Tidak sama sekali! Pemanas air solar dipilih dan dipasang berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memaksimumkan kecekapan kos. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang pemanas air solar di rumah ialah bilangan penghuni rumah, kapasiti penyimpanan air panas, struktur bumbung dan banyak lagi faktor lain demi pemilihan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Berdasarkan bilangan ahli keluarga, anda boleh memilih pemanas air solar dengan kapasiti tangki kecil atau besar yang mampu membekalkan jumlah air panas yang mencukupi untuk penggunaan semua. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk pemasangan dan penyelenggaran yang lebih daripada apa yang diperlukan. Jadi ingat untuk berbelanja untuk apa yang diperlukan sahaja!
Mitos #3 Pemanas air solar memerlukan penyelenggaraan yang banyak
Kos penyelenggaraan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama pemilik rumah apabila mereka mempertimbangkan pemasangan pemanas air solar. Sebenarnya, sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika ia dipasang dengan betul dan diservis secara berkala oleh pembekal yang boleh dipercayai. Adalah dinasihatkan untuk menjadualkan servis dan pemeriksaan produk setiap 4 hingga 5 tahun untuk memastikan pemanas air solar anda berada dalam kefungsian optimum.
Pemanas air solar direka untuk bertahan dan biasanya ia boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun. Walaupun ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum dalam jangka hayat penggunaan, ia masih boleh mencapai kefungsian maksimum dan mengurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang jika ia diselenggara dengan betul.
Mitos #4 Pemanas air solar hanya dapat menjimatkan bil elektrik dengan sedikit
Anda boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus daripada bil elektrik bulanan anda dengan menukar pemanas air elektrik tradisional anda kepada pemanas air solar! Walaupun pemasangan pemanas air solar lebih mahal daripada pemanas tradisional, ia menggunakan cahaya matahari yang percuma untuk berfungsi dan anda dapat menikmati pengurangan kos elektrik dalam jangka masa panjang.
“Pemanas air solar pasti boleh membantu mengurangkan penggunaan tenaga di rumah anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang akan menentukan kadar penjimatan elektrik selepas peralihan kepada sistem pemanas air solar. Jumlah air panas yang digunakan dan prestasi sistem adalah antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pemasangan. Oleh itu, sila rujuk pembekal yang boleh dipercayai untuk memilih pemanas air solar yang bersesuaian dengan keperluan anda dan pastikan penyelenggaraan dijalankan untuk mengekalkan kecekapan sepanjang penggunaan,” jelas Encik Mok.
Anda lebih yakin untuk memasang pemanas air solar untuk rumah anda? Pastikan anda menghubungi pembekal profesional untuk memahami lebih lanjut tentang sistem ini sebelum memasangnya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Arghhh… Stressnya tengok anak-anak lipas ni berkeliaran dalam kereta ni. Kalau pukul nanti bersepai pulak isi perut lipas tuh. Ada tak cara mudah untuk hapuskan semua lipas-lipas ni sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut anda buat?
Jangan risau, di sini IMPIANA kongsikan cara mudah untuk anda hapuskan anak-anak lipas ini.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:- 1. Minyak masak yang sudah digunakan 2. Susu Pekat 3. Majerin
Sukatan bahan tidak dihadkan, anda boleh gunakan sebanyak mana anda mahukan. Gaul sebati bahan-bahan di atas, kemudian tuangkan kedalam bekas dan biarkan semalaman dalam kereta anda.
Pagi esok dah boleh lihat hasilnya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan cara ini pada kereta anda, malah ia juga sesuai untuk menghapuskan lipas yang berada di dapur, stor, bilik dan ruangan lain.
Selamat mencuba. 🙂
Sumber: RidhwanRashid
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tandas yang tersumbat pasti akan menggangu aktiviti harian di rumah anda.
Kegiatan ke depannya jadi terhalang lantaran air dan kotoran tidak boleh bergerak dengan lancar. Berikut kami kongsikan cara atasi lubang tandas tersumbat menggunakan garam dan campuran.
Atasi Tandas Tersumbat Guna Garam Dan Campuran Ini, Terus Lancar!
Langkah-langkah:
Sediakan Bahan-bahan:
Garam kasar (satu cawan)
Baking soda (setengah cawan)
Cuka putih (satu cawan)
Air panas (dua liter)
Tuangkan Garam ke Dalam Lubang Tandas:
Ambil satu cawan garam kasar dan tuangkan terus ke dalam lubang tandas yang tersumbat.
Biarkan garam berada di dalam lubang tandas selama kira-kira 10-15 minit. Garam membantu mengurangkan minyak dan sisa-sisa yang melekat pada dinding paip.
Tambah Baking Soda:
Selepas 10-15 minit, tuangkan setengah cawan baking soda ke dalam lubang tandas. Baking soda membantu meningkatkan kecekapan proses pembersihan.
Tuangkan Cuka Putih:
Kemudian, tuangkan satu cawan cuka putih perlahan-lahan ke dalam lubang tandas. Reaksi antara baking soda dan cuka akan menghasilkan buih yang membantu melonggarkan sisa-sisa yang tersumbat.
Biarkan Campuran :
Biarkan campuran garam, baking soda, dan cuka bereaksi selama 15-20 minit. Pastikan tiada air digunakan dalam tempoh ini untuk membolehkan campuran bekerja dengan efektif.
Bilaskan dengan Air Panas:
Selepas 15-20 minit, didihkan dua liter air dan tuangkan air panas ini ke dalam lubang tandas secara perlahan-lahan. Air panas membantu melarutkan sisa-sisa yang telah dilonggarkan oleh campuran tadi.
Ulangi Proses jika Perlu:
Jika lubang tandas masih tersumbat, ulangi proses ini sekali lagi. Kadangkala, sumbatan yang teruk memerlukan beberapa kali rawatan untuk benar-benar membersihkannya.
Tips Tambahan:
Elakkan daripada menggunakan bahan kimia yang keras kerana ia boleh merosakkan paip dan mencemarkan alam sekitar.
Lakukan penyelenggaraan berkala dengan menggunakan campuran garam, baking soda, dan cuka setiap bulan untuk mengelakkan masalah tersumbat.
Jika masalah masih berterusan, mungkin perlu mendapatkan bantuan daripada profesional untuk menyelesaikan masalah ini.
Menggunakan garam sebagai salah satu cara untuk mengatasi lubang tandas tersumbat adalah kaedah yang murah dan efektif. Ia juga lebih mesra alam berbanding penggunaan bahan kimia yang keras. Selamat mencuba!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.