Rak tv untuk bilik sempit, rumah pangsapuri, modal hanya RM2000. Tinggal di pangsapuri dengan keluasan terhad tidak seharusnya menjadi halangan untuk menghias kediaman mengikut cita rasa anda. Asalkan ada kemahuan dan sedikit kreativiti, keluasan kediaman yang terhad boleh tampak luas serta selesa untuk didiami.
Keseimbangan dan keharmonian amat penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seiring dengan skema dekorasi yang anda pilih. Oleh kerana keluasan yang terhad, pilih konsep dekorasi yang tidak memerlukan banyak perabot.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Azma Affandi telah berkongsi tip menghias kediaman pangsapuri miliknya. Dengan keluasan 850 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot dan susun atur yang sesuai agar keluasan rumah yang terhad tidak kelihatan terlalu padat.
Fokus utama dekorasi Azma ialah di bahagian ruang bilik tidur utama. Dengan keluasan bilik 10 𝚡 12 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot yang sesuai serta menyesuaikan dengan bajet yang beliau ada.
“Saya berhajat untuk membeli rak televisyen yang sudah siap untuk bilik tidur utama. Masalah timbul apabila lebar bahagian dalam cabinet semuanya melebihi satu kaki. Jika saya tetap juga memilih rak tersebut maka ruang bilik akan bertambah sempit,” jelasnya.
Menurut Azma, puas juga beliau memikirkan bagaimana untuk mencantikkan bilik tidurnya. Beliau tetap juga mahukan rak televisyen ada di dalam bilik. Tidak terburu-buru membuat keputusan, beliau mencari info terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.
“Saya berusaha untuk mendapatkan rak televisyen yang sesuai untuk bilik tidur utama. Saya lakar, ukur dan tempah sendiri rak televsiyen mengikut keluasan dan kesesuaian bilik yang sempit,” kata wanita ini lagi.
Bagi merealisasikan impian untuk memiliki rak televisyen di bahagian ruang bilik utama, Azma telah menempah rak tersebut dengan seorang tukang kayu. Mujur juga tukang kayu tersebut faham dengan hasil lakaran yang dibuat oleh Azma.
Ads
“Alhamdulillah selepas memberitahu dan menunjukkan hasil lakaran yang saya buat kepada tukang kayu, beliau sanggup membuatkan rak televisyen tersebut mengikut keluasan terhad bilik.
“Dengan kos lebih RM2000 termasuk kos tambang lori kerana lokasi yang jauh, akhirnya saya dapat memiliki rak televisyen seperti yang diinginkan. Memang menjadikan kebiasaan perabot yang ditempah harganya lebih mahal berbanding perabot yang sudah siap,” katanya.
Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi untuk mendapatkan rak televisyen impian di bilik tidur utamanya, Azma tidak kisah. Beliau amat berpuas hati dengan hasil reka ciptanya sendiri.
Ada banyak cara untuk kita menghias deko rumah yang kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. pilihannya terletak di tangan anda. Paling penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Apabila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang.
Tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Pada masa sama, kita pula teringin letak pelbagai jenis perabot dan perhiasan idaman.
Bagaimana caranya supaya rumah yang sempit nampak luas?
Ads
Berikut dikongsikan tip menghias kediaman yang terhad keluasannya:
*Suai padan perabot yang anda ada. Elak menambah perabot.
*Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seimbang dan harmoni.
*Pilih warna putih atau krim untuk memberikan kesan ruang yang lebih luas.
*Pilih perabot yang tahan lama dan berpatutan harganya. Banyak barang atau perhiasan murah tetapi kelihatan mahal dan mewah.
*Gunakan cermin hiasan pada dinding untuk memberikan kesan ruang yang nampak lebih luas.
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sisi, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melihat seni bina rumah kayu ini cukup menarik perhatian dengan elemen strukturnya, selain mengusulkan kerangka struktur yang mendukung lantai yang dinaikkan, jenis kayu yang dapat memasang plat besi pada kayu dirancang dengan cukup baik. Teknik ini digunakan untuk menanggung beban.
Rumah ini diberi nama “Millenium Village Project” adalah salah satu penelitian utamanya yang dimulai setelah gempa tsunami pada tahun 2011. Sejak itu, dia berfikir untuk pindah dari Tokyo. Dia memilih di sebuah kampung di Kanto Utara dan meminta arkitek pilihan, untuk merancang sebuah rumah. Rumah ini adalah kerjasama antara pemilik dan FT arkitek yang diberi nama “Millenium Village Project.”
Melihat seni bina rumah ini pastinya memberi inspirasi kepada yang gemar akan rekaan sebegini.
Kredit: FT Arkitek
Lokasi: Jepun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilihan warna cat untuk kediaman sangat penting kerana ia menentukan keceriaan dan keharmonian seisi keluarga.
Menurut pakar, Nor Hanita Mohd Shariff, Ketua Perunding Psikologi & Kaunseling, Pusat
Transformasi Kendiri, Personaliti & Imej@TWINsTALK Studio, Shah Alam, warna mampu
meningkatkan kualiti dan keharmonian kehidupan kita. Justeru itu, salah satu cara untuk
rumah tangga ceria dan harmoni adalah melalui ‘Warna’.
Daripada perspektif rumah tangga, warna dapat membangkitkan emosi kasih sayang, keyakinan, keberanian, ketabahan, imaginatif, bertimbang rasa, fokus, bekerjasama dan sebagainya, di mana penggunaan warna sebagai salah satu medium terapi rumah tangga yang dibuktikan melalui penentuan julat frekuensi yang diukur dalam bacaan nanometer dengan menggunakan spectrum analyser.
Beberapa fungsi warna yang boleh bantu dalam meningkatkan keharmonian rumah tangga:
MERAH
warna merah mempunyai kadar frekuensi 730 -780 nanometer. Warna ini mampu merangsang otak manusia agar lebih bersemangat, berkeyakinan, optimis, berani menghadapi cabaran, kemampuan mempengaruhi, yakin mengambil risiko, menonjolkan diri dan lebih bersifat pemimpin.
Hiaslah rumah dengan sedikit unsur warna merah seperti bunga, gambar, kusyen, alas meja dan lain-lain bagi membangkitkan mood atau semangat positif.
INGAT!, Janganlah dihiasi semua sudut dekorasi rumah dengan warna merah kerana sekiranya berlebihan warna merah ia berpotensi menjadikan seseorang agak angkuh, keras hati atau sensitif.
MERAH JAMBU
Bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga, gunakan kreativiti diri untuk dekorasi rumah dengan menggunakan warna merah jambu yakni frekuensinya ialah sama seperti warna violet iaitu 308 nanometer – 409 nanometer.
Hiasi ruang tamu atau bilik tidur dengan warna ini kerana ia boleh meningkatkan perasaan positif yang membangkitkan keceriaan, kecintaan, menghargai orang lain, menenangkan perasaan, riang, berkomunikasi secara berhemah, terbuka, tidak suka melengah-lengahkan sesuatu perkara dan rajin menolong.
BIRU
Warna biru boleh meningkatkan lagi komunikasi di rumah di mana frekuensinya ialah 490 nanometer – 544 nanometer. Warna biru lebih dikenali sebagai warna yang seimbang.
Banyakkan warna biru dari segi berpakaian atau dekorasi di rumah untuk meningkatkan lagi elemen karisma dan ciri-ciri seorang pemimpin yang adil, stabil dan suka mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang dihadapi.
HIJAU
Frekuensi warna hijau ialah 545 nanometer – 554 nanometer di mana penggunaan warna ini secara maksimum dapat meningkatkan ciri-ciri seorang yang bijaksana, bersyukur, pemurah, mengamalkan kesederhanaan, suka bekerjasama, seorang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam menghadapi sesuatu permasalahan, mempunyai sifat simpati dan penyerahan diri kepada Penciptanya.
Warna hijau juga mampu mengurangkan stres dan mampu memberi ilham yang baik di samping mampu merehatkan kepada mata yang kepenatan. Bayangkan sekiranya di dalam rumah tangga, tiada langsung unsur hijau dalam dekorasi rumah, warna pakaian atau pemakanan seharian.
PUTIH
Warna putih (frekuensi 0 nanometer – 279 nanometer) juga adalah yang sering dikaitkan dengan sistem otak yakni kelenjar pineal sebagai kelenjar pertama yang terbentuk di dalam rahim semasa ibu melalui proses mengandung bayinya.
Penggunaan warna putih dari segi pakaian atau dekorasi rumah boleh mencetuskan unsur spiritual yakni kelebihan mensyukuri nikmat kehidupan. Di samping itu, gelombang yang terdapat pada warna putih membolehkan merangsang ahli keluarga menjadi lebih tenang, bercita-cita tinggi, suka membantu orang lain, kuat berusaha, tabah menghadapi ujian, optimis, suka tepati janji dan mementingkan persaudaraan serta ketuhanan.
Info Tambahan : Warna Rumah
Pemilihan warna rumah perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana setiap warna menghasilkan gelombang yang berbeza. Seandainya terdapat ahli keluarga yang panas baran, maka kurangkanlah penggunaan warna merah dalam dekorasi rumah sebaliknya gunalah warna kasih sayang seperti merah jambu, biru, violet, hijau atau putih.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.