Bagi mereka yang tinggal di rumah atau apartmen yang tidak dilengkapi dengan ‘hood’ dapur, bau masakan boleh menjadi masalah yang mencabar.
Bau ini sering kali berlarutan dan menyerap ke dalam fabrik, langsir, dan perabot, menjadikan ruang dapur dan rumah kurang selesa.
Biasanya untuk hilang bau kepam dari masakan ini kita akan sembur pewangi kediaman. Ini ada satu cara yang boleh kita gunakan untuk menghilang masalah bau yang memenuhi ruang rumah selepas masak. Cuma rebus empat bahan ini, dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood
Nak share tip bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada kitchen hood macam saya.
Ads
Lepas memasak tumis rumah biasanya akan berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus bahan ini untuk hilangkan bau masakan dalam rumah.
Bahan-bahannya;
Lemon
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit macamtu. Guna api yang kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.
Ads
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol spray dan boleh guna sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Permanent marker atau pen penanda kekal sering digunakan kerana ketahanannya yang lama dan warnanya yang terang. Namun, apabila kesan dakwat ini terkena pada perabot, dinding, atau karpet, ia boleh menjadi satu cabaran untuk menghilangkannya.
Walaupun namanya ‘permanent’, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk menghilangkan kesan dakwat ini tanpa merosakkan permukaan yang terkena. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda :
Jika marker terkena pada perabot kayu boleh gunakan mentega kacang atau ubat gigi sebagai agen pembersih. Letakkan mentega kacang pada kotoran dan gosok. Sebelum itu uji dulu penggunaannya pada bahagian perabot yang terlindung untuk memastikan ia tidak menjejaskan warna perabot.
Jika anak menconteng marker pada dinding, cuba gunakan bahan sama ada aerosol hairspray, ubat gigi (bukan gel), ataupun lemon.
Letakkan bahan pada kotoran dan gosok tapi jangan terlalu kuat untuk mengelakkan kesan marker ini merebak. Sebaiknya gunakan teknik tekan secara lembut menggunakan tuala.
Gunakan cuka, aerosol hair spray atau krim pencukur. Letak bahan ini pada kotoran dan tekan lembut. Apabila kotoran keluar tekan sekalu lagi menggunakan tuala lain untuk membersihkannya. Selepas itu boleh juga teknik melapik permukaan karpet dengan tuala dan gosok dengan seterika untuk mengangkat kotoran.
Sebenarnya ada banyak cara untuktk hilangkan permenant marker pada fabrik. Anda boleh cuba menggunakan hand sanitizer, aerosol hair spray (penyembur rambut), nail polish remover, cuka, jus lemon ataupun ubat gigi (bukan gel).
Letakkan bahan terbabit pada kain dan menggunakan tuala tekan dan tekap pada kotoran itu supaya bahan tersebut menyerap pada kotoran. Elakkan menggosok.
Letakkan juga tuala lain sebagai alas untuk memastikan dakwat marker tidak terkena pada bahagian lain.
Bagi fabrik seperti satin atau sutera sebaiknya hantar untuk kaedah dry cleaning. Pastikan anda menunjukkan kepada pekerja dobi di mana kotoran tersebut.
Jika marker terkena kepada kasut atau beg kulit misalnya pastikan anda bertindak pantas ya. Gunakan aeresol hairspray, cuka putih atau pun krim pelindung cahaya matahari untuk hilangkannya. Tekan dan tekan atau sembur bahan terbabit pada kotoran sehingga kotoran keluar dan lap.
Tip Memilih Alas Meja. Alas meja atau pelapik meja adalah salah satu elemen penting dalam dekorasi rumah yang sering kali dipandang remeh. Walaupun kelihatan sederhana, lapik meja mempunyai pelbagai fungsi, termasuk melindungi permukaan meja, menambah gaya, dan memberikan keselesaan.
IMPIANA akan kongsikan beberapa tip untuk memilih alas meja yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa anda.
Sebelum memilih alas meja, adalah penting untuk menentukan kegunaannya. Adakah anda memerlukan alas meja untuk melindungi meja dari calar dan tumpahan? Atau adakah anda ingin menambah sentuhan estetik kepada ruang makan atau ruang tamu? Mengetahui tujuan utama alas meja akan membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat.
Alas meja datang dalam pelbagai jenis bahan. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Kain: Alas meja kain seperti linen, kapas, atau satin memberikan sentuhan elegan dan nyaman. Kain mudah dibersihkan tetapi mungkin memerlukan penjagaan tambahan untuk mengelakkan kotoran.
Vinil atau Plastik: Material ini tahan lasak dan mudah dibersihkan. Ia sesuai untuk kegunaan harian dan ideal untuk melindungi meja dari tumpahan dan calar.
Kayu: Lapik meja dari kayu memberikan sentuhan klasik dan sofistikated. Ia juga boleh melindungi meja daripada calar tetapi memerlukan penyelenggaraan yang lebih rapi.
Silicone atau Getah: Lapik meja jenis ini sangat tahan lasak dan tidak mudah tergelincir. Mereka juga mudah dibersihkan dan sesuai untuk meja yang sering digunakan.
Alas meja perlu sesuai dengan saiz dan bentuk meja anda. Ukur meja anda dan pilih lapik yang sedikit lebih besar daripada meja untuk memastikan perlindungan yang mencukupi. Jika meja anda berbentuk bulat, pastikan lapik meja juga bulat atau sesuai dengan bentuk tersebut. Begitu juga dengan meja yang berbentuk segi empat atau lain-lain bentuk.
Lapik meja bukan hanya berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai elemen dekoratif. Pilih reka bentuk dan warna yang melengkapkan tema dan warna keseluruhan ruang anda. Untuk ruang yang minimalis, lapik meja dengan corak sederhana atau warna neutral mungkin lebih sesuai. Jika anda mahu menambah warna dan gaya, pilih lapik meja dengan corak atau warna yang lebih berani.
Selain estetika, pastikan alas meja yang dipilih mudah untuk dibersihkan dan dijaga. Bahan seperti vinil atau plastik mudah dibersihkan dengan kain lembap, sementara kain mungkin memerlukan cucian atau pembersihan khusus. Pastikan juga alas meja tidak terlalu licin atau terlalu tebal, agar ia tidak menyusahkan penggunaan sehari-hari.
Harga alas meja boleh berbeza-beza mengikut material dan reka bentuk. Tentukan bajet anda sebelum membuat pilihan. Walaupun lebih mahal tidak semestinya lebih baik, pastikan anda mendapatkan lapik meja yang menawarkan nilai terbaik dalam aspek kualiti dan fungsi.
Jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan, pertimbangkan lapik meja yang selamat dan tahan lasak. Bahan yang mudah dibersihkan dan tidak mempunyai sudut tajam atau tepi kasar adalah pilihan yang baik. Lapik meja yang tidak mudah tergelincir juga penting untuk mencegah kemalangan.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Memilih alas meja yang tepat bukan sahaja meningkatkan penampilan meja anda tetapi juga memberikan perlindungan dan keselesaan tambahan. Dengan mempertimbangkan kegunaan, material, saiz, reka bentuk, kemudahan penjagaan, kos, dan faktor keselamatan, anda boleh membuat keputusan yang bijak dan sesuai dengan keperluan anda.
Setiap kali menggunakan lif, pasti ada dalam kalangan kita yang risau sekiranya terjadi kejadian buruk yang tidak disangka-sangka.
Terbaharu, malang menimpa dua kanak-kanak bernama Faiq Adiwira, 11, bersama rakannya, Absyar yang berusia 10 tahun terdahulu dikongsikan ibu Faiq, Fospaliza Md Sariff.
Gagal mengesan keberadaan Faiq dan Absyar yang keluar dari rumah pada jam 2.15 petang untuk membeli pau, Fospaliza terdahulu memuat naik hantaran memohon bantuan orang ramai.
“Budak hilang. Hari ini 19 Ogos 2024 anak saya Faiq Adiwira berusia 11 tahun pada pukul 2 lebih keluar membeli pau sebelah Zam Burger bersama kawannya bernama Absyar berumur 10 tahun.
“Mereka tidak balik pukul 7 malam seperti biasa dan telah cari dalam pukul 7.50 malam.
“Pakaian yang dipakai ialah baju biru dan seluar hitam. Pada jam 12.05 pagi masih belum dijumpai. Hubungi jika ada apa-apa informasi,” katanya.
Bagaimanapun, sejam kemudian Fospaliza memaklumkan Faiq dan Absyar sudah ditemui dalam keadaan selamat. Rupa-rupanya dua sekawan itu didakwa terperangkap di dalam lif selama 11 jam!
“Alhamdulillah selamat sampai rumah. Tersekat dalam lif dari jam 2.15 petang hingga jam 1 pagi. Mereka sudah jerit dan tekan loceng banyak kali,” kongsi Fospaliza yang memuat naik foto kedua-dua mereka sedang menikmati hidangan nasi.
Si ibu turut memaklumkan loceng penggera lif berkenaan berfungsi dengan baik.
Perkara yang PERLU dan TIDAK PERLU dilakukan sekiranya anda terperangkap di dalam lif.
1. Perkara PERLU dilakukan:
2. Bertenang dan jangan panik;
3. Tekan butang loceng / interkom untuk menarik perhatian serta berkomunikasi dengan petugas bilik kawalan;
4. Hubungi ‘hotline’ yang tertera di dalam lif atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jika tiada respon dari bilik kawalan; dan
5. Tunggu sehingga bantuan tiba.
Perkara yang DILARANG:
2.1. Melompat atau merosakkan peralatan dalam lif;
2.2. Membuka pintu lif secara paksa; dan
2.3. Memanjat keluar melalui siling lif.
Sumber grafik: Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.