Lipan atau centipede adalah serangga yang sering kali menimbulkan rasa tidak selesa dan takut kepada ramai orang. Kehadiran mereka di dalam rumah, terutamanya di bilik air, boleh menjadi satu masalah besar kerana gigitannya boleh menyebabkan kesakitan dan reaksi alergi.
1. Pastikan ruang kering dan bersih
Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.
2. Tabur garam
Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.
3. Ubat gegat
Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.
Ads
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan
Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.
Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering
5. Serai
Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.
Ads
Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran.
Dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa, tinggal di asrama atau rumah sewa adalah perkara yang biasa. Keadaan bilik yang selesa dan suasana yang tenang sering menjadi keutamaan untuk fokus dalam pelajaran.
Namun, apa yang berlaku apabila salah seorang rakan sebilik mempunyai citarasa yang mewah dan meminta anda untuk berkongsi kos hiasan bilik yang bukan keutamaan anda?
Hal ini terjadi selepas seorang mahasiswa meluahkan rasa terbeban dengan rakan sebiliknya yang berlebihan dalam menghias bilik mereka menerusi aplikasi X. Memetik dari Mstar, mahasiswa tersebut dipaksa untuk membayar separuh kos keseluruhan hiasan bilik mereka.
Nak luah sikit, saya student, semester depan terpaksa tinggal di rumah sewa tapi rakan sebilik saya terlalu “demand” untuk hias bilik.
Dia minta bayar bahagi dua. Tiba-tiba saya berhutang dengan dia hampir RM1,000. Dia suruh saya bayar masa biasiswa masuk. Saya nak jimat, saya bukan orang senang.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak membayar jumlah yang diminta dan meminta dia mencari bilik sewa yang lain.
IMPIANA : Adui, macam-macam orang kita jumpa masa belajar kan, tapi hal ini juga la yang mematangkan kita dikemudian hari. Malah, Perbezaan dalam citarasa dan kemampuan kewangan antara rakan sebilik adalah perkara biasa dalam kehidupan kampus.
IMPIANA : Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal. Dapur ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah kediaman. Ia boleh dikatakan merupakan ruang penting yang seringkali digunakan oleh pemilik kediaman setiap hari. Oleh yang demikian, selain reka bentuk yang menarik dapur juga perlu berfungsi dengan cekap dan baik untuk kegunaan jangka panjang.
Sebelum merancang untuk membina kabinet dapur, sebaiknya fikirkan dengan teliti dan ambil kira beberapa perkara ini terlebih dapur, supaya dapat mengelakkan kesilapan berlaku, sekaligus menyesal di kemudian hari.
Setiap pelan lantai dapur yang baik mestilah mempunyai sinki, peti ais dan dapur dalam formasi segi tiga dan memudahkan penggunanya bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain semasa memasak. Elakkan meletak peti ais di hujung dapur dan sinki di hujung yang satu lagi. Tidak merancang susunan dapur dengan baik boleh menyebabkan aliran kerja yang tidak efisien.
Jika hanya bergantung pada satu sumber pencahayaan utama tanpa tambahan pencahayaan di bawah kabinet atau di kawasan kerja boleh menyebabkan kawasan dapur menjadi gelap dan kurang efisien. Ada segelintir yang inginkan lampu gantung di bahagian dapur, namun harus diingatkan untuk memilih yang sesuai kerana ada segelintir lampu menjadi magnet habuk.
Warna yang sesuai untuk kabinet dapur adalah warna neutral seperti hitam, putih, atau warna kayu terang, sesuai untuk dikombinasikan dengan pelbagai warna dinding. Harus di ingatkan juga, untuk ruangan dapur yang agak kecil, pilihan warna putih atau terang harus diutamakan berbanding warna gelap supaya ruang nampak lebih luas. Namun jika dapur anda luas, penggunaan warna gelap tidak menjadi masalah.
Begitu juga dengan pemilihan material bagi pintu kabinet, backsplash, kaunter top dan sebagainya, pastikan pilih kemasan jenis tahan lasak, tak mudah rosak, kembang, tak mudah bercalar mahupun meninggalkan kotoran. Biarpun sedikit mahal dari segi harga namun puas hati untuk ketahanan jangka panjang. Material seperti aluminium, granite, Sintered Stone antara yang boleh dipertimbangkan.
Elakkan memilih jubin bersaiz kecil pada bahagian ‘backsplash’ dapur. Terlalu banyak ‘grout lines’ menyebabkan mudah memerangkap habuk, minyak dan kotoran selepas memasak. Malah kerja membersihkan juga menjadi lebih sukar. Sebaiknya guna permukaan rata ‘one full piece’ atau jubin bersaiz besar sebagai backsplash. Lebih mudah untuk lap kotoran dan membersihkannya, malah tidak meninggalkan kesan.
Alatan elektrik seperti periuk nasi, penapis air, oven dan juga hood untuk memasak adalah antara beberapa alatan wajib ada di dalam dapur kita. Amatlah penting untuk memastikan kesemua ini dimasukkan ke dalam perancangan awal semasa proses membuat kabinet.
Penyambungan plug elektrik ini biasanya akan dibuat terlebih awal supaya wayar dapat di buat dengan kemas di dalam dinding. Bahkan jumlah plug dan soket elektrik juga mecukupi di dapur, berbanding menggunakan penyambung wayar (extension) di kemudian hari.
Ruang penyimpanan adalah penting, terutamanya bagi dapur yang kecil. Oleh itu, anda perlu memaksimumkan setiap inci yang ada. Kalau boleh, pastikan almari yang anda bina tinggi hingga ke siling. Perkakas yang jarang digunakan boleh disimpan di tempat tinggi, manakala yang kerap digunakan disimpan di tempat yang mudah dicapai. Selain dapat mengelakkan habuk bersarang di atas kabinet.
Ini paling penting apabila mereka bentuk kabinet dapur. Berbanding ukuran standard, ‘Base’ unit atau kedudukan kaunter top sebaiknya perlulah berciri ergonomik, mengikut keselesaan berdasarkan ketinggian pemilik kediaman. Pasti tidak selesa untuk membuat kerja di kaunter top apabila ia terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jadi pastikan ketinggian kaunter top ini ia diukur sebaiknya.
Jika sering menggunakan ketuhar gelombang mikro dalam penggunaan harian, pastikan perletakan kedudukannya tidak berada terlalu rendah. Ia sangat tidak praktikal apatah lagi kerap digunakan setiap hari. Pastikan kedudukan perkakasan ini pada paras pinggang dan digunakan ketika anda berdiri.
Bayangkan betapa sakitnya belakang anda di usia tua nanti apabila anda terpaksa membongkok setiap kali memasukkan ayam ke dalam ketuhar. Fikir betul-betul dan sediakan ruang yang tinggi sedikit untuk memasang ketuhar dan ketuhar gelombang mikro anda. Anda pasti bersyukur apabila tua kelak.
Pastikan rekabentuk kaunter bar atau kaunter pulau mempunyai ruang yang cukup di bawahnya supaya bangku (stool) boleh ditolak masuk. Bayangkan bagaimana rasanya duduk di ruang ini tanpa ruang kosong di bawahnya. Pastinya sangat tidak selesa.
Rekaan rak terbuka pada kabinet dapur memang nampak cantik dipandang namun ia tidak praktikal kerana mudah mengumpul habuk, minyak dan debu pada rak serta barangan juga mudah nampak bersepah dan tak tersusun. Sebaiknya pilih kebinet dapur jenis rak tertutup, ia dapat kurangkan habuk malah lebih banyak barang dapat disimpan, serta dapat menyembunyikan barangan yang tak tersusun atau bersepah dengan baik.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat anda yang sedang merancang untuk membina kabinet dapur. Pastikan ia buka sahaja cantik, namun praktikal dan mudah dijaga untuk jangka panjang.Sebelum nak buat kabinet dapur, pertimbangkan dulu perkara ini, supaya tak menyesal.
Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bagi yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.