Dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa, tinggal di asrama atau rumah sewa adalah perkara yang biasa. Keadaan bilik yang selesa dan suasana yang tenang sering menjadi keutamaan untuk fokus dalam pelajaran.
Namun, apa yang berlaku apabila salah seorang rakan sebilik mempunyai citarasa yang mewah dan meminta anda untuk berkongsi kos hiasan bilik yang bukan keutamaan anda?
Pelajar Kampus (Gambar Hiasan)
Hal ini terjadi selepas seorang mahasiswa meluahkan rasa terbeban dengan rakan sebiliknya yang berlebihan dalam menghias bilik mereka menerusi aplikasi X. Memetik dari Mstar, mahasiswa tersebut dipaksa untuk membayar separuh kos keseluruhan hiasan bilik mereka.
Ads
Nak luah sikit, saya student, semester depan terpaksa tinggal di rumah sewa tapi rakan sebilik saya terlalu “demand” untuk hias bilik.
Dia minta bayar bahagi dua. Tiba-tiba saya berhutang dengan dia hampir RM1,000. Dia suruh saya bayar masa biasiswa masuk. Saya nak jimat, saya bukan orang senang.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen menasihatinya supaya tidak membayar jumlah yang diminta dan meminta dia mencari bilik sewa yang lain.
IMPIANA : Adui, macam-macam orang kita jumpa masa belajar kan, tapi hal ini juga la yang mematangkan kita dikemudian hari. Malah, Perbezaan dalam citarasa dan kemampuan kewangan antara rakan sebilik adalah perkara biasa dalam kehidupan kampus.
IMPIANA : Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.
Tidak dinafikan kehadiran serangga mampu mengundang ketidakselesaan buat setiap pemilik kediaman. Meskipun pelbagai cara dilakukan, serangga ini masih ‘datang berkunjung’ di kawasan tertentu ruang kediaman.
IMPIANA kongsikan kompilasi tip mudah mampu menghalau serangga ini di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di dapur kediaman sahaja. Malah ada juga tanaman tertentu yang sesuai ditanam bagi manghalau serangga ini baik di rumah mahupun laman.
Jika di rumah ada masalah serangga seperti lalat, lipas dan semut boleh atasinya dengan cecair semburan ini. Mudah buat sendiri je, lebih organik tanpa bahan kimia. Paling penting terbukti berkesan berjaya menghalau dan menghapuskan serangga ini di rumah.
Boleh terus digunakan. Hanya perlu semburkan cecair ini pada kawasan/ laluan serangga, seperti bawah laci, celah rail sliding, kaunter top, atas meja dan sebagainya.
Kemudian lap dengan kain kering.
Cicak ni memang kadang-kadang jadi masalah dalam rumah. Tiba-tiba ada atas meja lah, atas lantai lah. Yang buat geram bila ada kesan tahi cicak pada dinding. Nak halau cicak dari rumah, boleh cuba cara ini.
Ada lipas walaupun seekor, memang rimas. Kalau dibiarkan, nanti akan jadi banyak. Jadi, boleh cuba halau guna petua ni terutamanya kalau ada anak-anak kecil. Lebih selamat sebab tak guna racun serangga.
Nak halau serangga dalam rumah, boleh guna bahan dapur yang ada. Kena rajin buat barulah menjadi.
Tak perlu spray serangga atau pelekat lalat. Cuba petua ni. Insyaallah boleh bantu halau lalat dari rumah dengan berkesan.
Jika ular masuk rumah, jangan panik! Ini langkah betul yang perlu diambil oleh pemilik kediaman bagi keselamatan diri dan keluarga. Kenal pasti juga perkara yang boleh mengundang ‘pak panjang’ ini menjadi tetamu yang tidak diundang pada kediaman.
Nak halau serangga kerap kali kita guna racun serangga. Jom guna cara semulajadi untuk mengatasi masalah ini. Tanam sahaja pokok herba di rumah anda. Selain mesra alam, dapat juga dijadikan bahan dalam masakan. Ini antara tanaman herba yang sesuai di tanam sekitar rumah anda.
Cara semula jadi yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penggunaan racun serangga pada tanaman ialah dengan selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun.
Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun secara semulajadi.
Cipta persekitaran semula jadi yang menghalang serangga terutamanya nyamuk. 5 pokok yang anda boleh tanam di taman halaman rumah ini dapat bantu hindarkan nyamuk di rumah.
Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal. Dapur ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah kediaman. Ia boleh dikatakan merupakan ruang penting yang seringkali digunakan oleh pemilik kediaman setiap hari. Oleh yang demikian, selain reka bentuk yang menarik dapur juga perlu berfungsi dengan cekap dan baik untuk kegunaan jangka panjang.
Sebelum merancang untuk membina kabinet dapur, sebaiknya fikirkan dengan teliti dan ambil kira beberapa perkara ini terlebih dapur, supaya dapat mengelakkan kesilapan berlaku, sekaligus menyesal di kemudian hari.
Setiap pelan lantai dapur yang baik mestilah mempunyai sinki, peti ais dan dapur dalam formasi segi tiga dan memudahkan penggunanya bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain semasa memasak. Elakkan meletak peti ais di hujung dapur dan sinki di hujung yang satu lagi. Tidak merancang susunan dapur dengan baik boleh menyebabkan aliran kerja yang tidak efisien.
Jika hanya bergantung pada satu sumber pencahayaan utama tanpa tambahan pencahayaan di bawah kabinet atau di kawasan kerja boleh menyebabkan kawasan dapur menjadi gelap dan kurang efisien. Ada segelintir yang inginkan lampu gantung di bahagian dapur, namun harus diingatkan untuk memilih yang sesuai kerana ada segelintir lampu menjadi magnet habuk.
Warna yang sesuai untuk kabinet dapur adalah warna neutral seperti hitam, putih, atau warna kayu terang, sesuai untuk dikombinasikan dengan pelbagai warna dinding. Harus di ingatkan juga, untuk ruangan dapur yang agak kecil, pilihan warna putih atau terang harus diutamakan berbanding warna gelap supaya ruang nampak lebih luas. Namun jika dapur anda luas, penggunaan warna gelap tidak menjadi masalah.
Begitu juga dengan pemilihan material bagi pintu kabinet, backsplash, kaunter top dan sebagainya, pastikan pilih kemasan jenis tahan lasak, tak mudah rosak, kembang, tak mudah bercalar mahupun meninggalkan kotoran. Biarpun sedikit mahal dari segi harga namun puas hati untuk ketahanan jangka panjang. Material seperti aluminium, granite, Sintered Stone antara yang boleh dipertimbangkan.
Elakkan memilih jubin bersaiz kecil pada bahagian ‘backsplash’ dapur. Terlalu banyak ‘grout lines’ menyebabkan mudah memerangkap habuk, minyak dan kotoran selepas memasak. Malah kerja membersihkan juga menjadi lebih sukar. Sebaiknya guna permukaan rata ‘one full piece’ atau jubin bersaiz besar sebagai backsplash. Lebih mudah untuk lap kotoran dan membersihkannya, malah tidak meninggalkan kesan.
Alatan elektrik seperti periuk nasi, penapis air, oven dan juga hood untuk memasak adalah antara beberapa alatan wajib ada di dalam dapur kita. Amatlah penting untuk memastikan kesemua ini dimasukkan ke dalam perancangan awal semasa proses membuat kabinet.
Penyambungan plug elektrik ini biasanya akan dibuat terlebih awal supaya wayar dapat di buat dengan kemas di dalam dinding. Bahkan jumlah plug dan soket elektrik juga mecukupi di dapur, berbanding menggunakan penyambung wayar (extension) di kemudian hari.
Ruang penyimpanan adalah penting, terutamanya bagi dapur yang kecil. Oleh itu, anda perlu memaksimumkan setiap inci yang ada. Kalau boleh, pastikan almari yang anda bina tinggi hingga ke siling. Perkakas yang jarang digunakan boleh disimpan di tempat tinggi, manakala yang kerap digunakan disimpan di tempat yang mudah dicapai. Selain dapat mengelakkan habuk bersarang di atas kabinet.
Ini paling penting apabila mereka bentuk kabinet dapur. Berbanding ukuran standard, ‘Base’ unit atau kedudukan kaunter top sebaiknya perlulah berciri ergonomik, mengikut keselesaan berdasarkan ketinggian pemilik kediaman. Pasti tidak selesa untuk membuat kerja di kaunter top apabila ia terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jadi pastikan ketinggian kaunter top ini ia diukur sebaiknya.
Jika sering menggunakan ketuhar gelombang mikro dalam penggunaan harian, pastikan perletakan kedudukannya tidak berada terlalu rendah. Ia sangat tidak praktikal apatah lagi kerap digunakan setiap hari. Pastikan kedudukan perkakasan ini pada paras pinggang dan digunakan ketika anda berdiri.
Bayangkan betapa sakitnya belakang anda di usia tua nanti apabila anda terpaksa membongkok setiap kali memasukkan ayam ke dalam ketuhar. Fikir betul-betul dan sediakan ruang yang tinggi sedikit untuk memasang ketuhar dan ketuhar gelombang mikro anda. Anda pasti bersyukur apabila tua kelak.
Pastikan rekabentuk kaunter bar atau kaunter pulau mempunyai ruang yang cukup di bawahnya supaya bangku (stool) boleh ditolak masuk. Bayangkan bagaimana rasanya duduk di ruang ini tanpa ruang kosong di bawahnya. Pastinya sangat tidak selesa.
Rekaan rak terbuka pada kabinet dapur memang nampak cantik dipandang namun ia tidak praktikal kerana mudah mengumpul habuk, minyak dan debu pada rak serta barangan juga mudah nampak bersepah dan tak tersusun. Sebaiknya pilih kebinet dapur jenis rak tertutup, ia dapat kurangkan habuk malah lebih banyak barang dapat disimpan, serta dapat menyembunyikan barangan yang tak tersusun atau bersepah dengan baik.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat anda yang sedang merancang untuk membina kabinet dapur. Pastikan ia buka sahaja cantik, namun praktikal dan mudah dijaga untuk jangka panjang.Sebelum nak buat kabinet dapur, pertimbangkan dulu perkara ini, supaya tak menyesal.
Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Keluarga ini juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Baru-baru ini menerusi sebuah video di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam berkata, isterinya seorang yang sangat rajin dan akan memastikan rumah dalam keadaan yang bersih.
Syatilla sekarang dekat luar. Dia tengah membersihkan dapur. Dia ni rajin mengemas. Contoh macam dah masak ni, sekejap lagi dia akan cuci la dapur. Itu bagus dan saya suka sangat.
Meskipun memberi pujian terhadap isteri tercinta, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut meluahkan rasa kurang selesa apabila isterinya suka vacuum rumah tengah malam.
Satu dua pagi bhai orang tidur. Kadang-kadang pukul satu atau dua dia suruh saya angkatkan kerusi kejap untuk dia nak vacuum. Masa itu kau pilih nak vacuum rumah. Agak-agaklah (sambil tersenyum). Pemilihan waktu dia tu aduh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat pendedahan yang dilakukan oleh Sam. Namun begitu, kebanyakan netizen menyokong Syatilla dan berpendapat bahawa kemas rumah pada waktu malam agak sedikit tenang berbanding waktu pagi mahupun petang.
Ujar netizen, mereka berasa tenang apabila melihat rumah dalam keadaan bersih selepas bangun daripada tidur.
VIDEO
Untuk rekod, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.