
Gagal Siapkan Rumah Ikut Waktu, Kontraktor Dipenjara 6 Minggu. Isu projek renovasi rumah terbengkalai, kontraktor lari dan pemilik rumah teraniaya antara isu yang sering menjadi perhatian. Geram dan sakit hati bila memikirkan puluhan mahupun ratusan ribu duit dan habis diberikan, namun macam-macam alasan diberikan.
Rumah tetap tak siap dan buat kerja pula ala kadar, tak ikut spesifikasi yang diinginkan. Malah lebih malang, apabila pihak kontraktor yang dilantik pula melarikan diri, hilang jejak tanpa berita.
Bagi pemilik kediaman yang sedang berdepan dengan keadaan begini, jangan hanya berdiam diri, sebaliknya ambil tindakan dengan membuat laporan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Kontraktor Dipenjara 6 Minggu
Terbaru, seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara enam minggu selepas mengaku bersalah gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung tuntutan kegagalan menyiapkan rumah pelanggannya.
Tertuduh, Jasri Jair, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Menurut pertuduhan, tertuduh pada 13 November 2024 di Kampung Darau Baru, Manggatal, didapati masih gagal mematuhi award TTPM bertarikh 20 Mei tahun sama, yang dikeluarkan oleh Tribunal TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.
Award tersebut mengarahkan Jasri membayar balik RM21,700 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award diserahkan, namun beliau gagal berbuat demikian.

Kesalahan Sama Berterusan
Tertuduh sebelum ini telah disabitkan atas kesalahan sama mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 5 November 2024, dan didakwa semula mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penalti tambahan di bawah Seksyen 117(2) akta tersebut kerana melakukan kesalahan secara berterusan selepas sabitan.
Mengikut peruntukan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM100 dan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM27,100, iaitu bersamaan RM100 sehari bermula dari 5 November 2024 sehingga hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda dan diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam minggu sebagai ganti.
Mesti Baca: Elak Kena Tipu Kontraktor Atau Tukang Rumah, Lelaki Ini Kongsi Tip Berdasarkan Pengalaman
Baca Lagi Di Sini: Nora Danish Geram Kontraktor Kerja Sambil Lewa Sampai Kena Upah Orang Lain – ‘Asal Boleh Buat Kerja’
Artikel Menarik: Kenal Pasti 3 Jenis Golongan Kontraktor & Pemilik Rumah Yang Dianggap Menipu
IMPIANA: Semoga menjadi pengajaran buat kontraktor yang lain, supaya dapat membuat kerja mengikut sebagaimana yang telah dipersetujui bersama. Pemilik rumah juga ambil tindakan jika berhadapan dengan kontraktor yang culas sebegini.
Sumber; Sinar Harian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




