Lazimnya setiap pagar rumah pasti akan guna kunci mangga untuk melindungi kawasan rumah, atau lebih tepat sebagai langkah keselamatan.
Pun begitu, bilamana padlock atau mangga yang diperbuat daripada besi bila sentiasa berhujan dan berpanas setiap hari, tentunya akan menyebabkan ianya cepat berkarat.
Bahan-bahan:
1) Botol air yang sudah kosong
Ads
Langkah-langkah:
1) Potong bahagian bawah botol air.
2) Seterusnya potong secara memanjang pada botol air tersebut, pastikan ukuran potongan boleh memuatkan mangga logam berkenaan. Jangan terlalu besar potongan kerana risau nanti mudah tercabut.
Ads
3) Sarungkan botol air yang sudah siap dipotong pada mangga sebagai pelindung daripada hujan dan panas.
4) Untuk lebih berkesan, boleh juga sembur mangga dengan cecair anti-karat.
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Tip Jaga Pokok CILI BARA Menjadi, Cara Mudah Bagi Yang Baru Mula Belajar Tanam. Pokok cili bara atau cili pada antara yang sering digunakan dalam masakan. Untuk tanam pokok cili bara ini di rumah ada tip penjagaannya yang tersendiri. Kena ambil tahu cara yang betul untuk menanamnya barulah mengeluarkan hasil yang banyak dan pokok cili yang sihat subur, tanpa serangan serangga perosak.
Cili Bara lebih kurang cili jambak. Banyak dijual dekat pasar-pasar tani. Pasaraya susah nampak. Selalu mak-mak suka cili ni sebab pedas guna sikit je dah terasa. Cili ni rasa lebih kurang je dengan cili kampung yang kecil-kecil tu cuma beza saiznya besar sikit.
Bagi yang baru nak belajar tanam pokok cili bara ini dan mengurangkan kos sewaktu menjaga pokok ini, baca perkongsian daripada Alin Lin ini sebagai panduan. Jimat belanja dapur, malah boleh dijadikan pendapatan sampingan.
Nak tip jaga pokok cili bara paling mudah?
Jika saya boleh anda juga boleh.Saya ambil masa hampir satu tahun untuk kumpul semua info dan akhirnya hari ini saya dapat berkongsi pengalaman menanam cili tapi masih juga belajar dan masih banyak kekurangan
Cili bara.
Tip bagi yang baru nak cuba
Kalau guna cocopeat campur lah ia dengan bahan lain seperti;
a. Tanah hitam
b. Topsoil
c. Sekam padi/sawit
Nisbah 2+1
Contoh 2 cocopeat dan satu tu boleh la pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri
(Pengalaman yang pernah terjadi masa musim pertama saya menanam). Jika guna cocopeat baru perlulah di basuh dahulu sebelum guna.
Kalau guna topsoil campur lah ia dengan cocopeat
Nisbah 2+1
Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yang poroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yang menyebabkan anak pokok bantut atau mati.(Pengalaman yang pernah terjadi ketika musim kedua saya tanam) topsoil yang di beli secara pukal lain beno rupanya dengan yang kita beli satu beg rm3 tu bila hujan air tak lalu. Tidur-tidur anak pokok saya masa tu. Terpaksa buat kerja dua kali keluarkan anak pokok dan tambah cocopeat pas tu tanam semula…fuhhhh…. Di sebabkan rasa kecewa lepas tambah cocopeat tu saya tak jaga dah tinggal macam tu je.
Jika di tanya saya suka guna yang mana?
Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri. Pengalaman saya tanam dan tinggal tanpa baja dan siram ingat pokok tu semua mati tapi tau-tau dah ada bunga. Selepas dirawat semula itulah pokoknya yang anda lihat sekarang pada gambar di bawah.
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15.
Dan racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57 . Kalau ada duit lebih boleh lah tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru nak bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap
N untuk daun
P untuk akar
K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu. Bila serangga dah tak nampak lagi boleh la kita jarakkan semula seminggu sekali.
Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
Pokok rosak apa nak buat?
Bab ni atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polly beg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu kita potong pucuk tu dan asing kan dari pokok yang lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan sangat dia sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat dia satu tu je. Kita ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga dia tak sihat,nasihat saya cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.
Pagi sebelum jam 9 & petang selepas jam 6. Jika kawasan tu redup awal boleh lah siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah hama putih di bawah daun. Jadi kita dah boleh jimat racun serangga dan kita dah tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang poroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas.
Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya. Pokok ni saya dah kutip buah dia minggu lepas yang tinggal ni belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis saya suka petik yang besar-besar je so dapat lah lepak-lepak kat kebun seminggu sekali petik cili.
Saya beli anak pokok. Saya tak tanam sendiri guna biji benih. Kalau untuk makan sendiri boleh tanam sendiri.
Bila anak pokok dah ada 7,8, atau 9 daun alihkan dalam pasu atau Polly beg. Kemudian biarkan dekat tempat teduh 7 hari. Tujuan bagi akar dia kuat dulu. Tempat tu perlu ada matahari tapi bukan terus.
Contoh macam bawah net hitam atau bawah pokok. Lepas 7 hari tu boleh lah baja dan pindah keluar tempat yang kita nak letak atau nak tanam terus pada tanah. Jika kita cabut dan terus tanam kat tanah dia terkejut dan akan layu tapi kalau kita pindah kat beg atau pasu tu bagi dia belajar keluar akar dan hidup dulu baru lah dia tak terkejut.
IMPIANA: Jadi bagi yang baru nak belajar untuk tanam pokok cili bara ini dan nak jimatkan kos tanam pokok ini, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur, malah boleh dijadikan pendapatan sampingan.
Sabut kelapa, sering kali dianggap sebagai bahan buangan, sebenarnya berguna dalam dunia pertanian dan berkebun.
Dengan menggunakan sabut kelapa sebagai batas tanaman, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa buangan, tetapi juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan pokok.
Idea yang dipraktikkan Syuhadah Zahari memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas.
Ujar beliau bermula dari tanah kosong hanya tumbuh rumput dia mengambil keputusan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!