
Dekorasi rumah sepatutnya sejuk mata memandang, barulah tak bosan. Seiring berlalunya masa, suasana rumah boleh menjadi membosankan. Lebih-lebih lagi jika dekorasi rumah mengikuti trend semasa, apabila trend tersebut berakhir, kediaman akan tampak kurang menarik. Jika keadaan ini berlaku, rumah perlu dihias semula agar tampil lebih segar dan menyenangkan.
Dekorasi Rumah Sepatutnya Sejuk Mata Memandang, Barulah Tak Bosan
Pakar dekorasi turut berkongsi beberapa cara mudah untuk menjadikan rumah kelihatan lebih menarik dan tidak cepat membosankan. Dipetik daripada Homes and Gardens, berikut antara tip yang boleh dijadikan panduan.

1. Gabungkan dekorasi klasik dengan trend semasa
Salah satu cara paling mudah ialah memadukan ornamen dekorasi timeless atau klasik dengan hiasan yang sedang menjadi trend. Gabungan ini membuatkan rumah kelihatan lebih bergaya, unik dan tahan lama. Malah, cara ini lebih menjimatkan kerana kita tidak perlu menukar keseluruhan dekorasi apabila trend sudah berubah.
2. Gunakan warna neutral sebagai dasar
Pemilihan warna neutral sebagai warna asas dinding atau perabot akan membuat ruang tampak lebih bersinar dan lapang. Warna neutral juga fleksibel kerana mudah dipadankan dengan gaya atau warna lain tanpa menyebabkan ruang kelihatan terlalu sarat.

3. Pilih perabot yang fleksibel
Perabot modular dan mudah diubah suai seperti sofa modular amat sesuai kerana boleh disusun mengikut keselesaan dan ruang. Begitu juga dengan meja dapur yang ringan serta mudah dipindahkan atau dicat semula tanpa merosakkan lantai.
4. Tata semula susun atur rumah
Jika bosan dengan suasana sedia ada, cuba ubah kedudukan perabot atau dekorasi. Contohnya, pindahkan hiasan dari satu bilik ke bilik lain, tukar susun atur meja kopi, atau tukar kap lampu untuk memberi suasana baru. Kaedah ini mampu mengubah mood rumah tanpa perlu membeli barang baharu.

5. Tambah bantal dan selimut sebagai aksen
Meletakkan bantal dan selimut di sofa, katil atau ruang duduk bukan sahaja menambah keselesaan dan kehangatan, malah menjadi aksen hiasan yang memberi warna serta tekstur pada ruang. Ia juga memberi sentuhan peribadi agar rumah terasa lebih hidup.
Dengan mengaplikasikan tip-tip ini, rumah bukan sahaja kelihatan lebih menarik, malah memberikan suasana yang segar dan menyenangkan setiap kali pulang ke rumah.
Kredit foto top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Hias Rumah Jangan Sampai Nak Jalan Pun Susah, Perabot Biar Berpada-Pada
Hias Rumah Gaya Farmhouse& Gabungan Warna Putih & Coklat Beri Visual Tenang!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




