Dekorasi konsep moden kontemporari, wanita puas hati hasil ‘air tangan’ suami. Konsep hiasan rumah moden kontemporari lebih tertumpu kepada pemilihan warna-warna neutral antaranya ‘beige’ dan kelabu bagi mewujudkan suasana damai.
Saat kaki ‘melangkah’ masuk ke kediaman ini, rona kelabu lembut menerpa anak mata, sekali gus mencipta suasana penuh damai. Warna kelabu lembut itu diterapkan pada sofa rekaan moden di ruang tamu yang diserikan dengan hamparan permaidani rona sama bagi menyuntik kesenadaan.
Dinding dibiar polos tanpa corak bagi memberikan efek kediaman yang lebih luas. Konsep moden kontemporari diterjemahkan dengan baik pada setiap sudut ruangan. Tidak terlalu sarat dengan perabot.
Menjengah ke ruang makan keluarga, sebuah meja makan panjang berwarna coklat pekat dengan padanan kerusi rona senada menjadi pilihan. Meja makankayu sering menjadi pilihan pemilik rumah kerana nampak elegan, cukup selamat dan sesuai dengan hampir semua konsep kediaman.
Bagi menaikkan seri kediaman, beberapa unit pokok di letakkan di beberapa ruang kediaman. Biarpun ringkas, namun pokok-pokok tersebut menjadikan kediaman tampak lebih segar.
Peralatan di dapur bukan sekadar ikut suka hati letak hingga ‘makan’ banyak tenaga elektrik. Ruang dapur bukanlan sekadar ruang untuk memasak sahaja tetapi ruang terapi untuk para isteri. Maka sebab itulah reka bentuk dapur memainkan peranan penting supaya aktiviti memasak dapat dijalankan dengan keadaan pengudaraan yang baik.
Dengan fungsi penting dalam sesebuah kediaman, keselesaan wajib ada di ruang dapur selain reka bentuk dalamannya. Berikut perkongsian daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad tentang reka bentuk dapur untuk dijadikan panduan bersama.
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle di dapur iaitu antara sink, dapur memasak dan peti sejuk semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja. (Rujuk gambar)
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, tidak perlu ada dua. Dry kitchen (dapur kering) bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan selepas digunakan.
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya. Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto ini tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini. Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
*Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
*Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (peti sejuk).
*Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga. Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Bunga segar tahan lama, tip ini mampu panjangkan hayat flower cut. Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda.
Anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.
Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofadi ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.
SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1.Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2.Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!