Cipta ‘Syurga Hijau’ Dalam Bilik Sendiri, Suasana Nyaman Rasa Macam Di Resort. Tak dinafikan pepohon hijau mampu memberi kesegaran dan ketenangan jiwa bagi pemilik kediaman. Kehijauan pepohon di ruang bilik mampu menciptakan suasana nyaman bagaikan berada di resort.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mewujudkan ‘ruang hijau’ dalam bilik sendiri, perkongsian daripada Lunna Bella ini boleh dijadikan inspirasi.
Selalu impikan bangun tidur dengan udara segar, pandangan pertama penuh kehijauan—best, kan? Sebab passion inilah wujudnya ‘ruang hijau’ di sebelah bilik tidur ni.
Tambah je pokok di sekeliling, terus rasa macam kat resort. Suasana jadi lebih nyaman, stress pun berkurang . Tak perlu taman besar, sudut kecil pun cukup untuk bagi vibe tenang. Daun hijau, udara bersih, tidur lebih lena. Ini bukan sekadar dekorasi, tapi terapi untuk jiwa saya.
Jom cipta syurga hijau dalam bilik sendiri—sebab ketenangan tu bermula dari ruang yang kita huni!
Ruang hijau dalam pembikinan… time ni rasa sangat excited nak tunggu siap.
Ads
Akhirnya,sujud syukur sebab obses dengan kehijauan akhirnya dapat direalisasikan.
Oh ya, penggunaan air purifier + dehumidifier penting untuk jaga kelembapan dan kesegaran bilik.
Sambil jaga anak sambil nikmati kehijauan dari luar cerminan.
Tips pilih pokok yang sesuai untuk mini garden:
1️. Tahan naungan: Jika ruang tidak menerima banyak cahaya matahari, pilih pokok seperti lidah mertua (Sansevieria), calathea, atau peace lily.
2️. Menyerap kelembapan: Jika kawasan cenderung lembap, cuba pokok pakis, spider plant, atau monstera.
3️ Mengeluarkan oksigen pada waktu malam: Pokok seperti lidah mertua, aloe vera, dan pokok krisan membantu meningkatkan kualiti udara ketika tidur.
Ads
Antara pokok yang sesuai seperti Monstera, Calathea, Peace Lily.
View malam hari.Guna je lampu indoor/outdoor ni effect cahaya memang cantik.
Ads
IMPIANA: Memang menenangkan apabila ada ruang hijau dibilik sendiri, nyaman bagaikan berada di resort. Semoga menjadi inspirasi.
Buat pengetahuan anda, dapur yang juga merupakan jantung bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak terletaknya alatan atau item yang paling kotor berbanding ruang lain di rumah.
Sebagai ruang penyediaan makanan, dapur hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan dan penyakit. Kehadiran bakteria atau kuman pada peralatan di dapur boleh dibendung dengan beberapa langkah dan amalan. Mari kita semak petua yang dikongsi Puan Huda Zainal ini.
Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.
Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani
1. Span pencuci pinggan mangkuk
Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.
Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.
2. Papan pemotong
Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan.
Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.
Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.
Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.
3. Sinki dapur
Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.
Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.
4. Kain lap/ kain buruk
Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.
5. Pembuka tin
Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.
Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas
6. ‘Knife block’ atau tempat letak pisau
Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?
Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.
7. Kaunter-top
Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.
Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.
Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.
8. Ruangan sayur di dalam peti sejuk
Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.
Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.
9. Kawalan panel peralatan elektrik
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.
Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.
10. Bekas garam dan lada sulah
Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.
Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.
11. Pemegang pintu peti ais dan almari
Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.
Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.
12. Blender gasket
Rujuk manual cara yang betul untuk membersihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.
Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan.
Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.
13. Tong sampah
Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.
Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.
14. Mesin pembuat kopi
Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.
Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.
Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.
Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot, penggunaan warna ‘earth tone’ pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.
Karpet saiz besar bercorak abstrak menjadi fokus utama ruang makan indah ini. Meja konsul dengan rekaan kemas diletakkan di belakang meja agar dinding tidak kelihatan kosong dan terlalu dull. Penggunaan aksesori walaupun ringkas tetapi ia cukup untuk menarik perhatian serta membuatkan ruang lebih sempurna.
Pencahayaan semulajadi juga menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan feel konsep Abad Pertengahan. Hiasan dinding ditambah sebagai penambah seri dinding putih dan polos manakala meja bulat simple pula sebagai pelengkap gaya.
Kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan karpet oriental menjadikan ruang makan ini nampak elegan. Pencahayaan semulajadi turut menjadi taruhan apabila limpahan cahaya matahari memenuhi ruangan bertemakan mid-century ini membuatkan suasana lebih segar dan hidup.
Pemilihan lampu pendant unik dengan mentol putih kelihatan menarik apabila dipadankan dengan meja makan ini. Kemasan kaki meja juga menjadikan ruang ini lebih berpersonaliti. Ringkas tetapi elegan!
Tumbuhan hijau memberi pengudaraan segar serta tampak serasi di samping set meja makan coklat dan biru tua. Bingkai gambar dan artwork di susun di atas meja konsul menyuntik suasana cosy. Sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya santai dan ringkas tetapi masih lagi menyerlahkan impak.
Kaki kerusi yang di reka senget menjadikan set meja makan ini nampak lebih ‘sleek’. Cermin bulat digantung rapi pada dinding betul betul diatas meja konsul akan memberi first impression yang baik pada tetamu. Ada kalanya sesuatu yang ringkas serta tidak berlebihan dalam rekaan adalah lebih baik.
Sepasang ‘Sputnik chandelier’ yang digantung pada siling meja makan menjadi tarikan utama ruang ini. Dinding putih, karpet oriental serta artwork pada dinding juga melengkapkan lagi suasana Abad Pertengahan moden.
Mix and match kerusi di meja makan untuk ruang tampak lebih ranggi dan menonjol. Tidak ada peraturan menyatakan sesebuah meja makan itu mestilah sedondon. Tampilkan kelainan sekali sekala baru lah unik ruang makan anda. Elemen kayu serta warna ‘warm’ pula mambuatkan ruang ini nampak selesa.
Dinding putih, warna ‘tan’ serta karpet oriental merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan ruang berkonsepkan Abad Pertengahan. Less is more!
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rupanya ada cara mudah, jimat lagi berkesan untuk hapuskan rumput liar, mahupun lalang yang tumbuh di halaman rumah.
Berikut perkongsian tersebut;
Tip hapuskan rumpai di halaman rumah dan kebun mini. Guna cuka makan dan sabun pencuci pinggan. Murah dan jimat dengan kesannya sangat cepat iaitu petang dah nampak hasilnya. Lakukan semburan pada waktu pagi pada musim panas. Jangan lakukan pada musim hujan atau mendung.
2. Kemudian masukkan pula sabun pencuci pinggan ke dalam botol.
3. Kacau dan goncang botol agar campuran semburan sebati.
4. Boleh mulakan sembur rumput dan rumpai pada waktu pagi pada musim panas. Namun, jangan sembur pada musim hujan atau mendung kerana ia kurang berkesan nanti.
Hasilnya boleh dilihat dalam masa satu hari. Memang cukup pantas hasilnya, malah murah dan jimat.
Selamat mencuba!
Jadi jika ada masalah rumput liar tumbuh subur di halaman rumah, boleh hapuskannyaa guna 2 bahan ni. Memang terbukti berkesan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!