Cara pastikan papan pemotong kekal putih walaupun masak setiap hari. Ramai yang malu bila tetamu datang ke rumah dan ternampak papan pemotong yang sudah kusam atau berwarna kekuningan, terutama jika sering digunakan untuk bahan berkunyit.
Cara Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih Walaupun Masak Setiap Hari
Papan pemotong yang bersih bukan saja lebih sedap dipandang, tetapi juga memberi keyakinan bahawa dapur kita sentiasa terjaga rapi. Walaupun sibuk dengan urusan seharian sama ada sebagai suri rumah, wanita bekerja mahupun berbisnes, menjaga kebersihan perkakas dapur tetap penting demi keselesaan keluarga.
Sebenarnya, tak susah pun nak pastikan papan pemotong kekal putih dan bersih. Cuma perlu sedikit disiplin dan jadikan ia rutin mingguan, bukan lagi bulanan. Dengan langkah yang betul, anda akan terkejut melihat betapa mudahnya kesan kunyit dan kotoran lain hilang, seolah-olah papan pemotong baru dibeli.
Praktis 123 Mudah Untuk Papan Pemotong
Sediakan berus khas di sinki – Pastikan berus ini hanya digunakan untuk papan pemotong, tak kisah apa jenis pun.
2. Berus seminggu sekali atau bila perlu – Jangan tunggu terlalu lama, lebih kerap lebih baik.
3. Jemur bawah cahaya matahari – Inilah rahsia paling berkesan! Tak perlu lama, cukup beberapa minit. Jika papan lebih kotor, tambah sedikit masa. Cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan kesan kunyit, tetapi juga membantu membasmi bakteria secara semula jadi.
Ads
Bonus Tip
Botol air jamu atau bekas yang terkena kunyit pun boleh kembali bersih bila dijemur panas.
2. Pinggan mangkuk putih seperti Corelle juga lebih tahan lama dan kelihatan baru walaupun sudah bertahun digunakan jika dijemur secara berkala.
3. Untuk papan pemotong plastik, elok diganti setiap tahun kerana risiko microplastic shedding akibat degradasi plastik.
Ads
Menjaga papan pemotong bersih sebenarnya bukan kerja rumit. Dengan hanya menyediakan berus khas, membersih secara konsisten, dan menjemurnya bawah cahaya matahari, papan pemotong boleh kekal putih walaupun digunakan setiap hari.
Jika anda malas, pilihan paling mudah ialah beli yang baru, tetapi dengan praktis mudah ini, Insya Allah papan pemotong anda akan sentiasa nampak kemas, bersih dan meyakinkan tetamu yang datang.
Ruangan dapur tidak wajar dipandang enteng kerana selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapur berbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini.
Pertama sekali, anda perlu pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
Kedua, jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
Kelima, gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
Akhir sekali, ganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah kecil bukan alasan untuk hidup dalam keadaan serabut. Dengan seni simpanan pintar, rumah boleh kekal kemas, bebas stres, dan ruang pun nampak jauh lebih luas!
Maksimumkan Ruang Dinding
Rak gantung, floating shelf dan kabinet tinggi boleh jadi penyelamat. Letak rak di dapur, bilik air, atau ruang tamu supaya barang tak bertimbun di lantai. TV pun boleh digantung di dinding untuk lebih ruang bergerak.
Simpan Barang Ikut Kategori & Label
Guna kotak simpanan yang berlabel supaya senang cari barang. Susun ikut kategori—macam mainan, dokumen, atau pakaian musim sejuk. Letak barang yang jarang guna di tempat tinggi atau bawah katil.
Cermin & Warna Cerah Untuk Ilusi Luas
Letak cermin besar di ruang tamu atau bilik tidur. Cermin pantulkan cahaya dan buat ruang nampak lebih terang, lapang, dan segar. Pilih warna dinding yang cerah untuk efek lebih luas.
Jangan Lupa Ruang “Tersembunyi”
Bawah tangga, atas almari, atau ruang atas kabinet dapur boleh jadi tempat simpan barang. Guna storage box atau bakul supaya nampak kemas dan tersusun.
Dengan tip ni, rumah kecil pun boleh rasa macam suite hotel! Yang penting, jangan simpan barang yang tak perlu—rajin declutter dan pastikan setiap barang ada “rumah” sendiri.
Kolam adalah satu tempat mandi yang bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi ia diminati oleh orang dewasa juga. Sesetengah orang menginginkan kolam di rumah tetapi harga rumah yang sudah siap sedia dengan kolam, mengambil kos yang tinggi. Oleh kerana itu, saya akan memberi tahu kisah dari satu ini artikel yang dia menceritakan bagaimana kasih sayang seorang ayah yang ingin membina kolam renang demi keseronokkan anak-anaknya.
Jadi yang pertama adalah menanda reka bentuk kolam yang mahu dibuat. Proses mengorek tanah perlu dilakukan. Kemudian, meletakkan batu kerikil atau kata nama lain, batu kasaran. Sebelum itu, saya ingin memberitahu bahawa lubang bersebelahan dengan kolam yang digalinya bukan lubang kumbahan. Ia sebenarnya adalah lubang untuk air yang bocor dari singki rumahnya. Jadi, untuk lebih mudah mengeluarkan air dari kolam rumah ini, satu lubang kecil telah ditebuk untuk masuk ke lubang tangki.
Seterusnya, dengan berukuran 3 x 2, rangka besi pun mula disusun lalu diletakkan dahulu dikeliling sebelum meneruskan menyambung membuat konkrit. Setelah itu, sistem saluran paip kolam ini untuk pengambilan dan pengeluaran air melibatkan pemasangan pam air untuk air terjun dan air pancut. Pemasangan batu bata selesai dan selepas itu perlu tampal simen di sekeliling kolam pula.
Habis sahaja tampal simen di keliling kolam, mengikut artikel tersebut, seorang ayah itu dibantu oleh anaknya untuk mencuci kolam dan setelah selesai mencuci, beliau menyambung untuk pemasangan jubin dan menggunakan kedap atas sika untuk tujuan kalis air. Dan akhir sekali, tinggal untuk mengecat sahaja. Cat yang digunakan cat jenis epoxy dengan kuantiti 4-liter base dan 1 liter hardener. Selepas itu, maka tersiaplah sebuah kolam renang yang dibuat dengan sendiri.
Akhir kata, seorang ayah yang inginkan kebahagian dari keluarga, perlulah berusaha dan menjalani setiap cabaran hidup.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!