Beli rumah atau kediaman sendiri memang impian semua yang sudah punya keluarga. Takkan selamanya mahu duduk menyewa atau tinggal di rumah orang tua.
Namun yang menjadi halangan biasanya harga rumah yang tinggi dan tak sepadan pula dengan pendapatan kita. Hajat di hati kita semua memang mahu kediaman yang besar tapi untuk membeli hartanah paling penting diambil kira adalah kemampuan diri.
Rumah layak beli jika gaji RM3000
Agar dapat merancang pembelian kediaman yang sesuai buat anda yang berpendapatan RM3000 sebulan boleh gunakan cara ini untuk melihat harga rumah yang sesuai.
1) Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar
Contoh: Gaji kasar RM3K x 30/100 = RM900
Ads
Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar
2) Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200
Contoh: ansuran rumah untuk gaji RM3K tadi RM900.
RM900 x 200 = RM180K (harga rumah yang sesuai)
Nota: Pengiraan ini kiraan secara kasar. Untuk jumlah yang lebih tepat ejen hartanah atau pihak bank akan kirakan.
Ads
Selepas mengetahui harga rumah yang layak dibeli. Pastikan tahu juga laporan kredit kita.
Selalunya bank akan kira nilai DSR pemohon. Setiap bank ada had DSR sendiri. Contoh kalau gaji RM3K DSR tak boleh lebih 60%.
Seterusnya check CCRIS.
Ini kerana bank akan ambil kira semua perkara di bawah ini sebelum meluluskan pinjaman:
– Semua pinjaman/kredit tertunggak
– Akaun perhatian khusus (SAA)
– Permohonan kredit yang dah lulus atau diproses dalam tempoh 12 bulan
Masalah kelkatu yang menyerang kediaman pada malam mungkin kita anggap perkara biasa. Tapi tanpa kita jangka ia sebenarnya membawa sekali masalah besar pada kediaman.
Kehadiran kelkatu yang kemudiannya meninggalkan sayap di lantai menjadi petunjuk kepada ancaman tersembunyi yang digeruni oleh hampir semua pemilik rumah.
Berikut adalah bahaya utama yang perlu diambil perhatian terhadap masalah kelkatu ini.
Kelkatu adalah peringkat reproduktif anai-anai. Selepas sayap mereka tertanggal, kelkatu akan berjalan mencari tempat sesuai untuk membina koloni baru. Jika mereka berjaya menetap di kawasan rumah, koloni anai-anai yang baru mungkin akan terbentuk.
Anai-anai adalah serangga pemakan kayu. Kehadiran mereka boleh menyebabkan kerosakan serius pada struktur kayu rumah seperti rangka pintu, perabot, atau lantai kayu. Kerosakan ini sering berlaku secara senyap tanpa disedari sehingga ia menjadi masalah besar.
Jika koloni anai-anai berkembang di dalam rumah, kos pembaikan boleh menjadi sangat mahal. Selain itu, anai-anai sukar dikesan pada peringkat awal, menyebabkan kerosakan lebih parah sebelum ia dikenal pasti.
Kehadiran kelkatu biasanya menunjukkan kawasan rumah mempunyai kelembapan tinggi atau kayu yang telah rosak. Ini adalah persekitaran ideal untuk pembiakan anai-anai dan boleh menjadi masalah jangka panjang jika tidak diuruskan.
Kelkatu tertarik kepada cahaya. Tutup lampu luar rumah pada waktu malam atau gunakan lampu yang kurang menarik serangga.
Pastikan kawasan rumah sentiasa kering, terutamanya di sekitar lantai atau dinding kayu.
Periksa kayu rumah untuk tanda-tanda awal kerosakan seperti rekahan atau lorong lumpur yang dibuat oleh anai-anai.
Produk kawalan serangga atau perkhidmatan kawalan profesional boleh membantu menghalang serangan anai-anai.
Dengan mengambil langkah awal, fenomena kelkatu “datang terbang, balik jalan kaki” dapat dicegah daripada menjadi ancaman serius kepada rumah anda. Jangan abaikan tanda-tanda ini, kerana ia mungkin awal kepada masalah besar!
Batal beli rumah harga mahal saat akhir itu sebenarnya lebih baik daripada menanggung komitmen bulanan hampir RM3k selama 35 tahun.
Perkara ini diakui seorang pensyarah Zahir Alauddin berdasarkan pengalamannya sendiri.
Berkongsi kisah tersebut di akaun TikTok beliau, Zahir berpesan terutama kepada pasangan muda supaya tidak terburu-buru membuat keputusan membeli kediaman yang terlalu mahal hingga separuh gaji suami iteri digunakan untuk membayar pinjaman perumahan saja.
“Hanya kerana rumah itu nampak moden, terletak di kawasan elit kita cair. Jangan ya!Walaupun bank kata kita cukup layak tapi kena ingat komitmen umah ini berat. 30-35 tahun kena bayar, silap-silap dah bersara pun nanti masih kena bayar,”ujarnya yang kemudian menceritakan pengalamannya.
Imbas Zahir pada tahun 2014 dia dan isteri merancang membeli rumah. Jika digabungkan gaji bersama pasangan, mereka mampu membeli rumah yang harga hampir RM600k dengan tempoh pinjaman 35 tahun serta bayaran bulanan RM2800.
“Sikit lagi nak sign S&P, tiba-tiba teringat kata-kata kawan ibu mentua. Katanya “Orang muda suka beli rumah mahal-mahal lepastu tak mampu bayar, rumah kena lelong, kena black list Awak carilah rumah yang murah-murah, second hand kan ada.”
“Memang tersentap waktu itu. Walhal gaji kami berdua RM2,800 sebulan. Rasa macam ok la untuk rumah.
“Akhirnya isteri cadangkan untuk cari saja rumah second hand. Ada saja rumah Harga RM300k untuk teres dua tingkat.
“Arwah mak juga beri nasihat rumah tak cantik boleh cantikkan Din.”
Ya saya batalkan beli rumah RM600k dan saya beli rumah second hand Harga RM315k dengan bayaran bulanan RM1500,”imbasnya.
Ujar Zahir rumah subsale atau second hand yang dibeli memang agak teruk keadaannya dan memang perlu diubah suai
“Rumah memang barai habis, tak lalu nak bayar deposit tapi bayar jugalah. Tapi rezeki kahwin ni lain macam. Tiba-tiba duit KWSP boleh keluarkan, duit simpanan pun ada boleh tambah untuk renovate rumah.
“Jumlah semua untuk projek ubah suai rumah tak sampai RM60k.Siap rumah second hand yang barai menjadi rumah idaman. Tak mewah tapi cukup,” katanya.
Akhiri Zahir sehingga sekarang sudah punya empat cahaya mata bayaran bulanan masih lagi RM1500. Lebihan wang yang ada boleh digunakan perkara lain dan tidak terbeban dengan komitmen RM3k sebulan untuk rumah.
Rancang Bina Mini Surau, Ruang Solat Di Rumah PENTING Pertimbangkan Perkara Ini. Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, boleh jadikan ruang atau bilik yang ada di rumah sebagai tempat solat atau mini surau. Ia dapat memberi keselesaan dan lebih fokus ketika beribadah serta dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara keluarga dengan melakukan solat berjemaah, mengaji bersama, ta’alim mahupun mengadakan majlis ilmu.
Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk membina mini surau atau deko ruang solat boleh pertimbangkan aspek penting ini.
Untuk membina ruang solat atau mini surau di rumah tak semestinya memerlukan kawasan yang besar. Boleh juga pilih bilik kecil di rumah yang tidak digunakan untuk dijadikan mini surau. Kebiasaannya jika rumah bertingkat, pilih bilik di tingkat bawah. Ia memudahkan juga tetamu yang datang untuk menggunakan bilik tersebut sebagai ruang solat.
Selain itu boleh juga, menjadikan ruang keluarga di tingkat atas sebagai ruang solat. Ruang terbuka di tingkat atas tersebut, menghubungkan semua bilik dan memudahkan akses untuk ke ruang solat. Namun demikian, jika keluasan rumah kecil, boleh sahaja cari satu sudut khas di dalam bilik tidur, dihias indah untuk dijadikan ruang ibadah.
Boleh dapatkan khidmat Jurufalak bertauliah untuk datang ke rumah bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, supaya menunaikan ibadah dengan yakin dan sempurna. Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas atau laluan utama dalam rumah.
Sebaiknya untuk ruang solat pilih warna pastel, lembut nak menenangkan. Seperti rona putih, off white, beige, cream untuk kemasan cat dinding atau perabot. Warna-warna ini dapat membantu mewujudkan suasana yang damai dan boleh fokus dalam beribadah.
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
Sediakan karpet atau sejadah khas yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
Pastikan, rekaan ruang solat berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh. Sebaiknya, elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat. Boleh juga bina, tempat mengambil wuduk berhampiran mini surau yang dibina.
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai. Pastikan kitab suci Al Quran tidak diletakkan terlalu rendah agar tidak mudah dilangkah atau letak terlalu tinggi dan sukar dicapai.
Tumbuhan hijau di surau dapat menyerikan kediaman dengan menyuntik kesegaran semula jadi serta pengudaraan oksigen. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad. Antaranya seperti;
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, jam waktu solat atau gambar semula jadi yang tenang. Ia bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
Jangan lupa untuk letak semburan pewangi dengan aroma lembut dan tidak terlalu menusuk di ruang solat ini, supaya lebih selesa dalam beribadah. Antaranya seperti bau vanila, sweet floral, oud dan sebagainya.
Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita mewujudkan ruang solat atau mini surau yang selesa di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Semoga bermanfaat!Sama-sama kita mewudukan ruang solat atau mini surau di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba ini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.