Sekiranya anda ingin membuat dekorasi meja makan di rumah anda, ada beberapa perkara penting dan kesilapan dalam melakukan ‘table setup’ yang perlu anda tahu.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkesempatan bersama tetamu jemputan, Encik Arif yang telah lebih 10 tahun menceburi bidang perancang majlis bagi berkongsi tip dan cara untuk dekorasi ‘table setup’ yang betul bersama para penonton setia IMPIANA.
Ketika sesi rakaman temu bual dijalankan, Arif memberitahu ada beberapa perkara asas penting yang semua perlu tahu sebelum mahu memulakan susunan dekorasi ‘table setup’ ini antaranya;
1.Saiz Meja
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui saiz meja yang akan anda gunakan supaya susunan dekorasi ‘table setup’ bersesuaian dengan saiz dan ruang meja makan.
Ads
2.Jenis Majlis
Selain itu, anda juga perlu tahu jenis majlis atau acara yang diadakan supaya susunan hiasan dekorasi yang akan dilakukan bersesuaian serta mengikut tema majlis yang telah ditetapkan.
3.Tetamu Yang Hadir
Ads
Siapa para tetamu yang akan hadir pada majlis yang diadakan, susunan hiasan dekorasi pada ’table setup’ juga turut memainkan peranan penting. Ini adalah salah satu langkah bagi menggelakkan pemilihan barang dekorasi yang salah atau tidak ‘kena’ dengan tetamu yang hadir.
Sekiranya anda ingin mengetahui info lanjut mengenai cara untuk buat dekorasi ‘table setup’ yang betul, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down.
Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Teknik Memilih Warna Terbaik untuk Ruang Dalaman Kediaman. Memilih warna untuk ruang dalaman kediaman adalah salah satu aspek penting dalam reka bentuk interior yang mempengaruhi suasana, mood, dan penampilan keseluruhan rumah anda. Warna boleh membuat ruang kelihatan lebih besar, lebih kecil, lebih ceria, atau lebih tenang. Berikut adalah panduan lengkap untuk membantu anda memilih warna terbaik untuk ruang dalaman kediaman anda.
1. Fahami Psikologi Warna
Sebelum memilih warna, penting untuk memahami bagaimana warna mempengaruhi psikologi dan emosi:
Putih: Warna ini memberikan kesan bersih dan cerah, menjadikannya pilihan baik untuk ruang kecil. Putih juga memberikan rasa ketenangan dan keteraturan.
Biru: Warna biru memberi kesan menenangkan dan relaks. Ia sesuai untuk bilik tidur atau ruang rehat. Warna biru juga boleh memberi kesan dingin pada bilik.
Hijau: Hijau sering dikaitkan dengan alam semula jadi dan memberi rasa segar dan menenangkan. Ia sesuai untuk ruang yang ingin mempromosikan ketenangan dan keseimbangan.
Kuning: Warna kuning adalah ceria dan penuh tenaga. Ia sesuai untuk dapur atau ruang makan kerana ia boleh meningkatkan semangat dan selera makan.
Merah: Warna merah memberi kesan berani dan bertenaga. Ia boleh digunakan dengan berhati-hati dalam ruang tamu atau bilik makan untuk menambahkan suasana hidup, tetapi mungkin terlalu merangsang untuk bilik tidur.
Kelabu: Kelabu adalah warna neutral yang elegan dan serba boleh. Ia memberi kesan tenang dan boleh digabungkan dengan pelbagai warna lain.
2. Pertimbangkan Saiz dan Cahaya Ruang
Saiz ruang dan pencahayaan juga mempengaruhi bagaimana warna kelihatan:
Ruang Kecil: Untuk ruang kecil, pilih warna terang seperti putih, krim, atau warna pastel. Warna-warna ini dapat menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan terang.
Ruang Besar: Jika anda mempunyai ruang yang besar, anda boleh bereksperimen dengan warna yang lebih gelap atau lebih berani. Warna gelap boleh menambah kehangatan dan intimasi.
Pencahayaan: Warna boleh kelihatan berbeza di bawah pencahayaan yang berbeza. Uji warna cat di dinding dan lihat bagaimana ia berubah dengan pencahayaan semulajadi dan lampu dalam ruang tersebut.
3. Gabungan Warna
Memilih gabungan warna yang sesuai boleh mencipta kesan visual yang menarik:
Skema Warna Monokromatik: Menggunakan variasi dari satu warna utama, contohnya pelbagai tona biru, boleh memberikan penampilan yang harmoni dan tenang.
Skema Warna Analog: Gabungan warna yang bersebelahan dalam roda warna seperti biru dan hijau memberikan kesan yang serasi dan lembut.
Skema Warna Kontras: Menggunakan warna yang berlawanan dalam roda warna, seperti biru dan oren, mencipta kesan yang lebih dinamik dan menarik.
Skema Warna Neutral dengan Aksen: Gabungkan warna neutral seperti putih, beige, atau kelabu dengan aksen warna terang untuk memberikan sentuhan warna tanpa terlalu dominan.
4. Fikirkan Fungsi Ruang
Warna juga perlu disesuaikan dengan fungsi ruang:
Bilik Tidur: Pilih warna yang menenangkan dan relaks seperti biru muda, hijau lembut, atau beige untuk membantu tidur yang berkualiti.
Ruang Tamu: Untuk ruang tamu yang lebih santai dan mengundang, pertimbangkan warna yang hangat dan selesa seperti warna tanah atau pastel.
Dapur dan Ruang Makan: Warna cerah dan menyegarkan seperti kuning, hijau limau, atau merah boleh merangsang selera makan dan memberikan tenaga.
Bilik Mandi: Pilih warna yang memberikan rasa bersih dan segar seperti biru laut, putih, atau hijau mint.
5. Gunakan Aksesori untuk Eksperimen
Jika anda ragu-ragu tentang warna cat dinding, anda boleh mula dengan aksesori seperti bantal, langsir, atau karpet. Ini membolehkan anda menguji warna dalam ruang tanpa komitmen besar. Anda boleh bermain dengan pelbagai warna dan corak sebelum memutuskan untuk melakukannya pada dinding.
6. Cuba Sample Warna
Sebelum membuat keputusan akhir, beli sample warna dan cat pada dinding kecil di ruang yang akan dicat. Ini akan memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana warna itu akan kelihatan pada waktu berlainan hari dan dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
IMPIANA: Dengan pendekatan yang bijak dan eksperimen yang tepat, anda boleh mencipta suasana yang diinginkan dan menjadikan ruang kediaman anda lebih selesa dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman impian bagi setiap individu adalah berbeza mengikut citarasa dan keperluan masing-masing. Disamping menjadi tempat tinggal, sesebuah kediaman juga dapat melambangkan personaliti dan gaya hidup individu atau keluarga.
Kediaman teres yang terletak di Jalan Bukit Bayor, Kuching ini dimiliki oleh pasangan lanjut usia yang telah tinggal di sana sejak dari pertama kali mereka membeli rumah tersebut lagi. Susun atur diruang tingkat bawah telah diubah suai sesuai untuk kediaman yang ingin tampil lebih luas dan terbuka. Ruang ini juga dilengkapi dengan halaman terbuka sebagai sebahagian dari susun atur bagi membawa pencahayaan semula jadi ke dalam bahagian rumah.
Sementara itu, susun atur tingkat atas dikekalkan dengan satu bilik tidur kecil dan balkoni untuk tanaman pasu. Oleh kerana bahagian depan rumah menghadap ke arah barat, penggunaan besi aluminium yang disusun menegak adalah pilihan yang bijak bagi menapis cahaya terik matahari desebelah petang. Selain itu, elemen ini juga dilihat sebagai salah satu alat untuk menjaga privasi penghuni di bilik tidur.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.