Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa punca yang membolehkan diri anda jatuh miskin apabila jumlah wang simpanan anda semakin sedikit saban hari. Bagi anda yang belum mengetahui secara terperinci punca-punca yang boleh membuatkan diri anda jatuh miskin, di sini IMPIANA kongsikan bersama anda.
Menurut pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya memaklumkan ada enam punca utama yang boleh membuatkan diri anda anda jatuh miskin antaranya;
1. Tak Boleh Kesan Penipuan
Masih mudah percaya bahawa ada skim bagi rumah dengan RM10, RM10,000 sahaja. Masih yakin dan percaya, letak artis seorang dua lagilah dia percaya. Bijak sungguh!
2. Suka Salahkan Orang
Ini semua kerajaan yang salah, punca semua ini dari pemaju sebab itu rumah mahal. Kita tak pernah menyimpan dan menabung, asik jalan jalan cari makan sahaja.
3. Tidak Pernah Berkata Tidak
Ads
Semua benda kita iyakan, sampai semua kerja pejabat kita yang buatkan. Balik marah anak bini banyak kerja dan kena tipu dengan orang.
4. Tak Pasti Duit Kemana
Kita rasa gaji cukup baik dan banyak, tapi tak pasti kemana duit pergi.
5. Terlalu Fikir Apa Orang Kata
Malulah mak kenduri nie nanti kecik kecik. Apa kak Markonah Baharom katakan kat emak nanti.
Ads
6. Tak Pernah Melabur
Akaun ASB pun tak pernah ada, umur dah nak masuk senja. Masih percaya teori konspirasi orang makan duit kita kalau melabur dalam ASB.
Jadi kepada anda semua, ingat sentiasa menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah percaya dengan skim cepat kaya atau terjebak dengan jenayah penipuan ‘scammers’ yang semakin berleluasa pada zaman masa kini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, ada seorang individu telah meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap penunggang motorsikal yang meletakkan kenderaan mereka di laluan khas pejalan kaki buta di sekitar ibu negara.
Pada masa sama, menerusi entri berkenaan individu terbabit turut memuat beberapa keping foto yang memaparkan beberapa buah motorsikal yang telah parking di atas laluan khas penjalan kaki buta.
Selain itu, individu berkenaan juga turut menasihati kepada orang ramai khususnya golongan kelas B40 untuk tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan motorsikal di tempat awam.
Ini kerana tindakan sedemikian akan memberikan kesulitan dan menyukarkan golongan pejalan kaki yang buta untuk berjalan di tempat awam khususnya.
Maka oleh itu, dia memohon agar semua pihak untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan menghormati golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Perlukah Kita Memasang Hiasan Air di Rumah dan Bagaimana untuk Membuat Pilihan Terbaik?
Ubah persekitaran kediaman anda dengan hiasan air yang menenangkan untuk suasana Zen di rumah.
Air sememangnya sesuatu yang penting bagi semua bentuk hidupan, tetapi tahukah anda bahawa air juga merupakan elemen positif yang melambangkan peredaran, kebijaksanaan, kemurnian, keberuntungan, kekayaan dan banyak lagi maksud simbolik yang lain?
Meskipun dengan kesan evolusi budaya sepanjang zaman, pemahaman yang kekal dan masih diterima orang ramai adalah bahawa pembinaan hiasan air mampu mengalirkan tenaga positif masuk ke rumah. Di samping makna simbolik ini, pembinaan hiasan air juga semakin popular sejak kebelakangan ini oleh kerana faedah yang diberikannya. Salah satu daripada banyak kelebihannya termasuk fungsinya sebagai sistem penyejukan cekap tenaga yang semula jadi untuk rumah, terutama bagi kita yang berada dalam iklim tropika sepanjang tahun. Baik di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air dibina akan mewujudkan suasana sejuk dan nyaman.
Hiasan air di rumah bukan hanya mewujudkan suasana yang menenangkan dan aman di kediaman, ia juga membantu melenyapkan tenaga negatif daripada kehidupan harian kita. Waktu PKP yang telah memaksa kita tinggal di rumah sudah tentu mengakibatkan detik-detik negatif terutamanya apabila kita perlu menyesuaikan diri dengan konsep bekerja di rumah dimana kita perlu menumpukan perhatian sambil mengabaikan sebarang gangguan. Oleh itu, ianya penting untuk kita memastikan persekitaran di rumah kekal aman dan damai demi fikiran yang tenang apabila berada di rumah. Penambahan hiasan air di rumah adalah satu pilihan yang bijak kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa terapi bunyi mampu menenangkan jiwa dan bunyi aliran air merupakan salah satu bunyi yang mampu meningkatkan daya perhatian seseorang.
Ramai yang mungkin inginkan hiasan air di kediaman mereka namun mungkin teragak-agak kerana pada anggapan umum, hiasan air hanya boleh dibina di luar rumah atau memerlukan kawasan tanah yang besar. Sebaliknya, hiasan air boleh dimasukkan ke dalam rumah yang kecil seperti kondominium untuk mendatangkan aura alam yang menenangkan. Dengan perancangan yang teliti dan pemilihan hiasan air yang sesuai, anda boleh menikmati banyak kelebihan tanpa mengeluarkan wang yang banyak!
1. Kenal pasti tempat yang ‘sempurna’
Aspek pertama dan paling penting yang harus dipertimbangkan ketika memasang hiasan air adalah ketentuan lokasi yang sesuai di rumah, kerana pemilihan ukuran, reka bentuk dan bahan hiasan air bergantung pada lokasi yang dipilih. Kenal pasti ruang yang tidak terpakai di rumah anda, sama ada di sudut belakang, di bawah tangga, atau di atas meja untuk menyemarakkan suasana yang tenang tanpa perubahan yang terlalu besar yang mungkin mengganggu rutin harian anda. Selain itu, untuk memastikan kebersihan air, pastikan anda mencari lokasi yang selamat dan mempunyai sumber elektrik supaya anda tidak perlu menarik kabel sambungan dengan terlalu panjang!
2. Pilih hiasan air yang sesuai dengan reka bentuk dalaman dan penggunaan anda
Setelah mengenal pasti lokasi yang sesuai, anda boleh mula memilih hiasan air kesukaan anda! Ada pelbagai jenis hiasan air yang ditawarkan di pasaran dan anda boleh memilih yang paling sesuai dengan ruang dan penggunaan anda. Beberapa jenis hiasan air yang boleh diletakkan di rumah termasuk air pancut dinding, dinding air, air pancut lantai dan air pancut yang boleh diletakkan di atas meja. Sebagai contoh, anda boleh mengganti hiasan dinding dengan air pancut yang dipasang di dinding yang tidak akan mengambil ruang yang banyak. Selain sebagai hiasan, hiasan air seperti dinding air dapat digunakan sebagai pembahagi ruang untuk memisahkan ruang di rumah dengan cara yang unik dan artistik. Air pancut yang boleh diletakkan di atas meja adalah pilihan yang paling sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih kecil dan ia tidak memerlukan banyak usaha untuk menyelenggara. Ia juga lebih mudah untuk dipasangkan pada harga berpatutan berbanding pilihan lain.
3. Pilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda
Bagaimana anda mementingkan pemilihan perabot atau hiasan yang sesuai dengan reka bentuk dalaman rumah, begitu juga pentingnya untuk anda memilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda demi keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan. Hiasan air biasanya diperbuat daripada bahan yang berat seperti porselin, batu, marmar, gentian kaca, seramik, logam dan lain-lain. Oleh itu, ianya penting untuk membuat pilihan yang sesuai dengan reka bentuk kediaman anda untuk memastikan keselamatan. Sebaiknya berjumpalah dengan pakar atau penyedia perkhidmatan untuk menilai tahap keselamatan lokasi pilihan untuk memasang lekapan. Walaupun anda memilih hiasan air yang kecil untuk diletakkan di atas meja, pastikan meja anda cukup kukuh untuk menahan berat lekapan.
4. Pastikan air terus mengalir dan jaga kebersihan persekitaran air
Ramai yang mungkin ragu-ragu untuk membina hiasan air di rumah kerana ia memerlukan masa untuk membersih dan menyelenggara, terutama bagi mereka yang ingin memelihara ikan kerana makanan ikan dan sisa yang dihasilkan akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam bersesuaian untuk memastikan aliran air yang cantik dan lancar sambil mengelakkan percikan yang tidak diingini yang akan menyebabkan kerosakan
pada lantai dan perabot berdekatan. Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Serantau Waterco mengatakan bahawa pemasangan hiasan air bukanlah satu prosedur yang rumit dan mahal jika peralatan yang sesuai dipasang dengan betul pada awalnya.
“Ada orang mengalami masalah dengan hiasan air mereka setelah jangka waktu tertentu mungkin berpunca daripada beberapa sebab, salah satunya dan yang paling umum adalah peralatan yang dipasang mungkin tidak tepat untuk penggunaan hiasan air mereka. Contohnya, ukuran pam yang dipilih akan menentukan aliran air yang diingini, atau justeru akan menyebabkan air memercik ke mana-mana dan membazirkan air,” kata Encik Koo.
“Apa-apa yang berkaitan dengan air dan elektrik mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, jika penyelidikan dilakukan dengan tepat, sesiapa pun boleh memiliki hiasan air yang mengalir lancar di rumah mereka.”
Untuk memastikan aliran air yang baik dan masa pembersihan yang paling minimum, pastikan anda memilih pam berkualiti tinggi dan cekap tenaga seperti jenama Waterco (syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat). Pilihan ini bukan sahaja dapat membantu menjaga persekitaran air untuk kekal sihat dan selamat, ia juga akan mengurangkan kos elektrik untuk penggunaan pam sepanjang hari.
Tak kira saiz rumah anda, pemasangan hiasan air sudah terbukti bukanlah sesuatu yang sulit asalkan anda memahami ruang dan keperluan kediaman anda. Sama ada anda memilih air pancut berskala besar di halaman rumah atau lekapan kecil untuk diletakkan di atas meja, mulailah merancang untuk membawa suasana semula jadi dan menenangkan untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.