Segara lakukan langkah pencegahan jika tanaman yang diusahakan mula diserang penyakit atau serangga. Jika dibiarkan, bukan sahaja memudaratkan tanaman yang terkesan malah tenaman lain juga menerima nasib yang sama. Tak perlu bertanggoh jika tida semburan pencegah perosak di rumah. Boleh tiru cara En. Azuan Abdullah ni.
Ada 4 jenis perosak yang boleh menyebabkan pokok cili jadi kerinting
1. Thrip
2. Afid
3. Lalat putih
4. Hamama
Semua perosak ini akan hisap cecair pada pucuk/daun cili dan ini menyebabkan pokok cili kita jadi kerinting. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan pokok cili dijangkiti penyakit virus. Ini yang paling seram.
Bila pokok kena virus, tak akan ada pucuk baru yang tumbuh.
Bila tak ada pucuk baru tumbuh, bunga pun tak ada.
Bila bunga tak ada, macam mana buah nak ada kan.
Bila buah tak ada, kita pun jadi stress.
Bila kita stress, ngan pokok-pokok kita cabut. Wuaaa..
Jangan panik dan risau ya sahabat.
Sebenarnya, kita boleh cegah pokok cili daripada jadi kerinting. Caranya guna racun organik buatan sendiri. Kami panggil “Instant Control”.
Kiranya instant control ni la senjata utama saya untuk mencegah pokok cili dirumah daripada jadi kerinting.
IKLAN
Semua perosak tersebut sangat takut dengan cecair oren ni. Pecah perut dan kekeringan la tubuh mereka bila kena cecair ni.
Ianya sangat bagus dan berkesan. Ramai sahabat yang nak beli, tapi saya tak jual. Sebabnya sahabat boleh buat sendiri je.
Caranya sangat mudah. Guna bahan-bahan yang ada didapur rumah kita je.
Bahan-bahan tersebut adalah
IKLAN
1. Bawang putih : 1 kg @ 1 bahagian
2. Cili api : 1 kg @ 1 bahagian
3. Sabun buku cap buruh/kapak : 1 ketul @ 100 gram.
4. Air : 10 liter @ 10 bahagian.
Cara-caranya, klik gambar okey!
Untuk cara penggunaan semburan pembasmi serangga dari sabun cap buruh ni
Sekali kita terleka, buruk padahnya. Biasa terjadi, kalau kita panaskan makanan di dapur dan sambung buat kerja lain sampai terlupa nak tutup api. Habis rentung periuk! Nak hilangkan kesan hitam tu bukan mudah. Mungkin kita rasa lebih baik buang dan beli yang baru saja.
Tapi tunggu dulu! Jangan buang dulu periuk kaca anda yang dah terbakar tu. Ikut petua ini,mungkin ada peluang lagi nak selamatkannya..
Petua yang simple ini dikongsi Lia Johari melalui Kelab Kaki Deko di Facebook dan telah mendapat banyak feedback yang positif. Jadi jom kita cuba!
PERIUK KESAYANGAN RENTUNG!
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yang lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
PETUA 3 BAHAN BERKESAN!
Periuk visions yang dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.
Profile Laman Pemilik: Hj Omar jais dan Hjh Siti Hajar Idris Jenis Kediaman: Banglo 1 tingkat Lokasi: Sungai Buloh Keluasan: 1 Ekar Konsep: Desa
Laman yang dikunjungi penulis pernah dikunjungi dan telah dipaparkan di majalah LAMAN Impiana pada 2010. Namun, setelah 7 tahun berlalu kami bertandang lagi untuk melihat perkembangan terkini laman pasang romantis Hj. Omar dan Hjh. Siti Hajar yang terletak di Sungai Buloh.
“Struktur yang terbina sejak 2010 masih kekal dan dalam keadaan baik tanpa sebarang pertambahan baru. Yang banyak brlakunya perubahan adalah di laman.” Ujar pemilik membuka bicara. Jika dahulu kunjungan LAMAN Impiana memperlihatkan rimbunan tanaman tropika yang menghijau, kali ini hanya 50% daripadanya kekal.
Selebihnya tanaman orkid pelbagai warna dan spesis mengambil alih menceriakan keseluruhan gaya landskap yang digarap sendiri oleh pemilik. Bila ditanyakan kenapa perlunya rombakkan sedemikian, ini yang dinyatakan oleh pemilik. “Sedangkan dalam rumah pun kita kerap merubah kedudukan perabot ganti langsir dan sebagainya untuk tampak lebih menarik dan tidak membosankan, Ini kan lagi laman yang menyambut kepulangan kita”. Jelas
Jelas, kini orkid menjadi identiti kepada kediaman ini. Dari depan pintu pagar hingga ke laluan masuk ke rumah orkid telah diperkenalkan pemilik kepada tetamu yang hadir. Rombakkan landskap yang dilakukan dengan dominasi orkid baru mencecah usia 2 tahun. “Orkid antara tanaman yang kita nampak sahaja mudah. Tapi sebenarnya penjagaanya perlu dilakukan secara harian untuk memastikan ia berbunga lebat. Jika tidak, tanaman ini jadi lokek bunga.” Tambah pemilik
Bagi pemilik seorang pesara tiada apa lagi yang ingin dilakukan di siang hari selain bermanja dengan orkidnya. Rutin penyelenggaraan yang dilakukan secara harian kebiasaan bermula di awal pagi sekembalinya dari solat subuh hingga menjelang tengah hari. Keutamaan orkid adalah pada siramanya. Tidak seperti tanaman yang lain, orkid akan tertekan jika airnya berlebihan. Oleh itu, siraman perlu di lakukan di awal pagi dan untuk kali kedua menjelang pukul 3 atau 4 petang.
Kenapa waktu ini dipilih untuk tujuan siraman? “ Siraman di awal pagi membolehkan pokok melakukan aktiviti aktifnya seperti fotosintesis dan penyerapan nutrien berjalan lancar. Manakala pukul 3 atau 4 petang pula bagi mengelak air siraman bertakung menjelang lewat petang. Jadi sebelum matahari melabuhkan tirainya, air siraman tadi dapat disejat. Jika tidak, akar orkid tidak tahan kepada air yang bertakung terutamanya dari air klorin.” Jawab pemilik.
Di satu sudut, pemilik menunjukkan sebuah telaga yang digalinya. Ini lah sumber air tanpa klorin yang digunakan untuk menyiram tanaman di laman terutamanya orkid. Ini lah rahsia utama pemilik yang tidak semua orang mampu perolehi. Selain itu dari segi teknikalnya diperhatikan, setiap orkid di tanam di dalam planterbox yang dibina dari batu bata dan bongkah batu yang dikumpulkan sendiri. Ini memudahkan pemilik untuk menyediakan sepadanan orkid agar nampak lebih kemas.
Musim panas adalah waktu yang paling mencabar buat peminat orkid. Bukan sekadar risiko tanaamn mudah layu, bunga yang tidak menjadi juga yang paling dirisaukan. Namun perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangat pemilik. Belaian dan terapi yang diberikan secara rutin mampu memberi pemulihan total kepada tanaman.
“Sinaran matahari turut memainkan peranan penting untuk penghasilan bunga orkid. Oleh sebab itu, beberapa batang pokok yang ditanaman di bawah naungan sukar berbunga walaupun menerima pembajaan dan penyelenggaraan yang sama. Untuk anak pokok yang baru disemai atau pun batas pokok yang baru di potong dan diperkemaskan, lapisan jaring pertanian dengan ketelusan cahaya 50% perlu diletakkan sehingga pokok stabil.” Terang pemilik yang memang pakar dalam tanaman orkid.
Dari segi pembajaan pula, tiada pengkhususan atau baja spesial yang digunakan pemilik. Hanya baja ringkas yang dibeli dari nurseri iaitu baja bunga dan baja penggalak tumbuhan. Pun begitu selesai memotong rumput di laman yang luas ini, pemilik akan mengumpulkan sisanya dan dijadikan sebagai sungkupan kepada batas orkid. “Sisa potongan rumput yang dijadikan sebagai sungkupan mampu mengekalkan kelembapan dan meningkatkan humus di dalam batas tanaman. Disamping itu juga, rumput yang mempunyai sifat cepat menyerap nutrien menjadi baja organik secara tidak langsung kepada orkid. Dengan kaedah ini juga saya mampu mengurangkan kadar pembakaran dan pembuangan sampah dari laman ini.
Melihat pasangan ini galak berkongsi cerita mengenai laman mereka, jelas menunjukkan masing-masing memainkan peranan berbeza namun penting dalam membina laman ini. Usia pencen bukan penghalang untuk pemilik berkebun dan melakukan tugasan berat. Malah itu yang menjamin kesihatan pasangan ini. Setiap inci ruang laman diperhalusi dan diperkemaskan untuk memastikan laman yang tersedia sedap mata memandang dan tidak mengundang ancaman lain terutamanya buat si cucu yang gemar melakukan aktiviti di laman.
Kreativiti dalam diri perlu ada dan penting untuk kita semua, lagi-lagi bila nak deko rumah bukan? Banyak contoh-contoh design yang kita boleh lihat dan ambil dari Google untuk menjadikan rumah kita cantik dan lawa. Bila dah jumpa banyak sangat design yang lawa, macam-macam idea ada, kita akan jadi keliru hendak mula mana satu. Di sini, saya akan cerita atau memberitahu tips-tips untuk meng-deko rumah menjadi gempak. Tetapi, janganlah sampai mengubah kesemua konsep dan rupa di dalamnya pula ya.
Pilih warna cerah untuk dinding di rumah anda.
Pemilihan warna dinding di rumah haruslah kita ambil warna yang cerah atau lembut. Ini kerana warna tersebut dapat membuatkan ruangan dalam rumah kita menjadi lebih luas. Dalam hal lain pula, warna cerah boleh mewujudkan suasana yang harmoni terhadap kediaman anda. Bila dikatakan warna cerah, tidak semestinya kita kena pilih warna putih. Warna peach atau hijau cerah, juga boleh. Dari aspek lain pula, mengambil warna cerah akan sentiasa menampakkan rumah kita nampak lebih bersih.
Bermain dengan tanam-tanaman atau kehijauan dalam kediaman kita.
Banyak yang kita jumpa di Google atau mana-mana laman sosial, untuk menceriakan rumah kita haruslah pandai dan bijak dalam membeli perabot rumah. Akan tetapi, kita boleh juga menggunakan tanaman-tanaman palsu untuk menampakkan keserian rumah kita. Kita boleh beli beberapa pasu-pasu bunga atau pokok-pokok, kemudian hiasi di sudut-sudut rumah kita. Cara lain pula, kita boleh membeli rumput-rumput palsu kemudian letakkan di mana-mana kawasan lantai yang ada di rumah kita. Rumput palsu tersebut, mungkin boleh digunakan untuk lap kaki kita. Tambahan lagi, tumbuhan-tumbuhan yang boleh digantung, kita gantungkannya di kawasan Lorong yang ada di rumah kita. Haaa, barulah nampak macam masuk ke dalam dunia fantasi. Boleh juga, kita sediakan satu rak asing dalam rumah kita, kita susunkan pasu-pasu yang ada tumbuhan atau bunga di atas rak tersebut. Tapi pastikan rak tersebut diletakkan di sudut atau tempat yang menarik pandangan apabila tetamu hadir ke rumah anda.
Baiklah, itu sahaja perkongsian yang saya dapat memberikan untuk anda semua tentang tips untuk menyerikan atau menceriakan dalam rumah anda.
Penggunaan barangan elektronik 'Air Fryer’ ini bukanlah satu keperluan tetapi sekiranya ia ada sudah pasti akan memudahkan kerja anda di dapur. Misalnya, anda mahu...