Mesti ada di kalangan anda yang tidak mempunyai kad kredit tetapi berhasrat untuk membeli barangan kelengkapan rumah secara ansuran mudah. Jika ada pun yang menawarkan khidmat sedemikian, anda terpaksa dikenakan bayaran ‘bunga’ atau kadar faedah yang tinggi.
Tetapi kini anda tidak lagi perlu khuatir atau berasa bimbang kerana sudah ada beberapa aplikasi yang membolehkan anda membeli barangan kelengkapan rumah atau apa-apa sahaja yang anda inginkan secara ansuran mudah dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar anda.
Menariknya lagi, ada beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan ansuran mudah tanpa dikenakan kadar bayaranfaedah kepada para pelanggan.
Sebenarnya, sudah ada banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan sedemikian tetapi yang telah menjadi popular dikalangan pengguna adalah aplikasi Grab PayLater, Atome dan Paylater.
Jadi mari kita kenal dengan lebih dekat secara ringkas mengenai ketiga-tiga aplikasi ini.
Grab PayLater
Ads
Apabila kita aplikasi Grab, mesti kita akan membayangkan perkhidmatan e-hailing atau penghantar makanan yang ditawarkan kepada orang ramai. Tetapi tahukah anda, aplikasi Grab juga turut ada menawarkan perkhidmatan ansuran mudah selama 4 bulan tanpa kadar faedah kepada para pengguna.
Apa yang menarik mengenai Grab PayLater, ada beberapa kedai barangan elektrik dan rumah yang ditawarkan kepada orang ramai antaranya Harvey Norman, Senheng, Samsung dan banyak lagi.
Atome
Aplikasi Atome pula antara merupakan aplikasi baru yang diperkenalkan orang ramai. Untuk aplikasi ini, ia juga lebih kurang sama dengan aplikasi ansuran mudah yang lain. Cuma, penggunaan aplikasi ini lebih terhad dan hanya menawarkan ansuran mudah tanpa faedah selama tiga bulan sahaja.
Ads
Kelainan aplikasi Atome berbanding yang lain, setiap bulan akan menawarkan promosi diskaun pemotongan harga yang berbeza dan menarik kepada para pengguna.
Paylater
Aplikasi Paylater ini juga antara aplikasi ansuran mudah yang popular di kalangan ramai. Ini kerana, ia memiliki kelebihan dengan menawarkan kadar tempoh bayaran ansuran yang lebih lama sehingga 36 bulan. Maka, oleh kerana kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan aplikasi ini paling digemari ramai.
Ads
Untuk maklumat serta info penjelasan lanjut mengenai ketiga-tiga aplikasi ini, anda boleh menonton pautan video penuh Tip Impiana – Apps Grab PayLater, Atome dan Paylater yang memaparkan perkongsian mengenai aplikasi berkenaan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cadar sebaiknya ditukar sekarap mungkin antara 2-3 hari setelah digunakan atau sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Tilam pula, memang sukar untuk di cuci, tapi sekarang banyak servis mencuci dan alatan yang dikhaskan untuk membersihkan tilam. Tapi kita lupa lagi satu benda yang perlu dibersihkan juga. Iaitu bantal. Kenapa perlu cuci atau bersihkan? sama seperti tilam, bantal tempat terbaik pembiakkan hama dan bakteria. Jika tidak dilakukan, ia akan menyebabkan masalah kesihatan kelak.
Tapi, bantal tidak sesuai dicuci menggunakan air seperti cadar. Melainkan bantal anda memang tertera di label atau bungkusan sesuai untuk cucian air sabun. Macam mana nak cuci atau bersihkan bantal? Seorang pakar terapi rumah berkongsi tip di website one good thing. Teknik ini juga yang digunakan oleh nenek moyang kita dulu dan masih efektif digunakan seluruh dunia.
Tak susah pun, apa yang anda perlu lakukan adalah jemur bantal di bawah terik matahari. Kenapa?
1. Pancaran ultraviolet dari matahari memusnahkan kuman dan bakteria
2. Terik matahari dapat memastikan kelembapan yang terperangkap di dalam bantal dapat dikeringkan sepenuhnya. Walaupun hanya sedikit kadar kelembapan, ia berpotensi menjadi tempat pembiakkan bakteria
3. Pengudaraan semulajadi dan terik matahari berupaya melembutkan dan mengembalikan struktur bantal. Bergantung keapda jenis isian
Cara betul menjemur bantal
1. Lakukan emuran di waktu pagi
2. Pastikan cuaca matahari terik dan tidak lembat atau berangin. Iklim berangin dan lembap menyebabkan bantal tidak kering sepenuhnya
3. Tanggalkan sarung bantal
4. Jemur bantal dan tgerbalik setelah 2 jam terjemur. Lebih lama diemur, hasilnya sangat baik. Jemur bantal anda sekurang-kurangnya 2 jam. 1 am bagi setiap bahagian
5. Jemur bantal sekurang-kurangnya 1 minggu sekali
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak lengkap rasanya jika meja kosong tanpa aksesori yang menarik sebagai penyeri dekorasi di kediaman anda. Bak kata orang umpama makan nasi tanpa sambal belacan. Tak begitu?
Jadi, anda boleh gunakan 5 aksesori hiasan ini sebagai penyeri hiasan dekorasi meja anda!
Patung Hiasan Pelbagai Bentuk
Bagi anda yang gemarkan sesuatu yang unik dan menarik, anda boleh menggunakan patung hiasan pelbagai bentuk yang diperbuat daripada kaca khususnya.
Dengan aksesori hiasan seperti ini bukan sahaja boleh jadi penyeri dekorasi supaya lebih menarik, ia juga mampu mewujudkan aura suasana ceria persekitaran rumah anda.
Bingkai Gambar
Jangan tersilap dengan kebolehan yang ada aksesori hiasan bingkai gambar ini sebagai pelengkap hiasan dekorasi meja anda. Meski kelihatan tampak biasa, namun ia mampu membuatkan meja anda kelihatan lebih elegan dan mewah.
Cermin Meja
Penggunaan cermin meja pula bukan kegunaan untuk para tetamu cermin diri sendiri lalu mengimbau kesilapan diri. Okey cuma bergurau sahaja, tetapi sebenarnya cermin meja juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai aksesori hiasan dekorasi kediaman anda.
Selain boleh dijadikan sebagai kegunaan harian, cermin juga mampu menjadi penyeri hiasan dekorasi rumah anda yang pasti akan memukau mata dan perhatian para tetamu yang datang.
Jam Loceng
Sebenarnya jam loceng analog juga boleh digunakan sebagai aksesori hiasan meja anda yang pastinya akan membuatkan lebih tampak klasik dan penuh gaya. Ia sangat sesuai bagi anda lebih gemarkan konsep dan berjiwa old skool.
Jam Pasir
Jarang-jarang kita dapat lihat jam pasir digunakan sebagai aksesori hiasan meja. Jika anda mahukan sesuatu yang unik dan tampak berbeza dari yang lain maka penggunaan jam pasir adalah pilihan yang paling tepat untuk anda!
Sekiranya anda mahu mendapatkan aksesori hiasan yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis aksesori hiasan yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mengenali latar belakang pasangan ini bukanlah setahun dua, melihat kejayaan yang diraih dengan baik serta berkembangnya perniagaan mereka dalam Industri Reka Bentuk Dalaman cukup membuatkan saya kagum dengan kecekalan Lokman Hakim Ahmad Subki dan Rabiatul Adawiyah Rasol iaitu Pemilik Syarikat Reka Bentuk Dalaman IDW Sdn Bhd (IDW).
Membina sebuah empayar ini bermula pada tahun 2007 sehingga kini bukanlah satu keajaiban yang dimiliki mereka. Bermula dari bawah sehinggalah kini membuatkan pasangan suami isteri cekal dalam mengharungi apa jua cabaran yang datang melanda. Bermulanya ruang perniagaan mereka di sebuah lot kedai tingkat atas yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Memberi 1001 pengalaman dan mengajar mereka untuk terus bersaing maju dalam industri ini. Bukan mudah untuk menjadi ikon dalam industri reka bentuk dalaman ini, kerana ramai diluar sana berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam menghasilkan rekaan mereka.
Tetapi Lokman Hakim dan isteri Rabiatul Adawiyah tidak pernah mengalah dengan situasi, mereka akan memastikan hasil kerja mereka adalah yang terbaik untuk semua pelanggan yang mereka ada. Apa yang menariknya tetang peribadi mereka berdua ini bukan sahaja hasil kerja, tetapi perwatakan dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang diharungi.
Hari ini saya diberi kesempatan untuk melihat kejayaan empayar IDW Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah. Keluasan pejabat lama dahulu hanya 1400 kaki persegi, kini pejabat urusan IDW Sdn Bhd berkeluasan 9000 kaki persegi. Jika dilihat dengan keluasan ruang pejabat sudah boleh digambarkan bagaimana ruang kerja di dalam IDW Sdn Bhd ini bukan. Lebih selesa dan lebih menawan hati untuk mood bekerja di sini. Ruang kerja bukan lah satu ruang yang boleh diambil ringan kerana ruang kerja atau pejabat adalah ruang yang akan menjana inspirasi dan juga semangat untuk kita melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Inilah semangat yang ada dalam diri pasangan ini. Ruang kerja yang sempurna, keselesaan pekerja adalah keutamaan mereka agar apa yang dilakukan oleh mereka diberkati. Kelembutan dan kemanisan pasangan ini membuat tidak ada sesiapa pun yang akan jemu berbual dengan meraka, idea dan tip hiasan dalaman yang selalu dikongsikan di dalam media sosial IDW banyak memberi inspirasi kepada anda di luar sana.
Ruang kerja berkonsepkan terbuka ini menjadi pilihan dalam susun atur ruang pejabat ini, pemilihan warna biru dan keemas an untuk interior dan logo syarikat membuatkan kesinambungan pejabat ini bukan lagi memberi aura berada di pejabat malahan terasa sentiasa berada di rumah. Inilah yang diterapkan di dalam IDW, agar semua pekerja mereka tatkala berada di pejabat akan berasa selesa seperti di rumah sendiri.
Terdapat mini surau yang cukup selesa dan sempurna untuk kegunaan semua. Walaupun Berjaya di dunia, mereka tidak pernah melupakan yang wajib ini yang uniknya team IDW. Tertarik saya dengan cara dan sistem kerja yang pasangan ini ketengahkan dalam menjayakan empayar mereka. Bukan mudah untuk menjadi senang. Semangat dan tawakal perlulah seiring dengan segalanya.
Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi tidak pernah membanggakan Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah, malahan mereka masih berkerja keras untuk memberi yang terbaik kepada pemilik rumah di Malaysia. Di sini saya kongsikan projek-projek untuk kediaman selebriti, insta famous dan juga pemilik kosmetik yang telah mereka jayakan dengan sempurna. Tiada kata lain setelah melihat hasil kerja IDW Sdn Bhd, segalanya jelas sentuhan magis membuatkan mereka menjadi pilihan dalam seni reka bentuk masa kini.
HASIL SENTUHAN MAGIS IDW
Jika hati terpaut dengan hasil kerja IDW boleh la layari www.IDW.design untuk melihat banyak lagi projek terbaru mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.