Tertarik dengan kediaman milik Norfarahin Binti Amirullah dan suami Mohamad Amirul Bin R Azmi yang dikongsikan di media sosial. Hanya bermodalkan 40k sahaja dapat miliki dekor rumah yang sempurna dan lengkap. Pemilihan warna cukup tenang dan mendamaikan membuatkan ramai terpukau.
Sebelum : Ruang Tamu
Kediaman jenis teres dua tingkat ini mendapat nafas segar oleh sentuhan suami beliau. Mempunyai kepakaran dalam mendekor dan membuat wall panel ini memberi satu kelebihan kepada Mohamad Amirul untuk menghias rumah milik peribadi pasangan ini.
Wall panel yang dipilih dengan warna industrial Blue dari cat jenama Jotun ini cukup sempurna untuk dinding tumpu yang dijadikan pilihan. Rona lembut dengan padanan putih membuatkan ia lebih menyerlah dalam gaya tersendiri.
Perabot putih menjadi pilihan utama dalam kediaman ini. Impak luas membuatkan ia kelihatan lebih sempurna dengan kombinasi warna pada wall panel tersebut.
IKLAN
Rumah ni 90% hasil tangan husband sy, dari wall panel deco, cat, pemilihan perabot, diy perabot, kitchen island dapur semua husband buat sendiri
Ruang dapur juga mendapat sentuhan yang cukup menarik dan sempurna. Bila kabinet pasang siap menjadi pelengkap dalam ruang dapur ini. Kabinet dapur yang dibina dengan bentul L ini memberi keselesaan untuk isteri tersayang bila berada di ruang ini. Bila bertanya ruang ini turut di beri nafas oleh suami ke? Jawap Puan Norfarahin “pemilihan warna saya sendiri, sebab dapur is my territory”.
Sebelum: Dapur
Pasangan ini mengambil masa juga untuk menyiapkan dekor kediaman mereka kerana mempunyai tempahan dari pelanggan untuk wall panel .
IKLAN
Dalam sebulan jugak sebab sambil-sambil, kalau ada job deco yang kami perlu siapkan kami stop dulu deco rumah sendiri untuk fokus rumah customer
Minat dalam dekor ini membuatkan mereka dapat menzahirkan sebuah rumah dengan dekor yang menjadi idaman. Pemilihan warna cukup penting dalam menaikkan aura sesuatu ruang itu.
Air-cond ibarat keperluan di dalam sesebuah rumah. Tambahan harganya yang kini jauh lebih murah berbanding dulu yang dianggap rumah ada air-cond ni hanya untuk orang kaya sahaja. Air-cod ni lebih larat penggunaanya apabila musim panas. Walaubagaimanapun, penggunaan kipas lebih bagus jika dibandingkan dengan air-cond. Ini sebabnya:
1. SIRKULASI UDARA LEBIH BAIK
Penggunaan kipas menjadikan kitaran udara dalam sesuatu ruang tidak kira besar atau kecil lebih simbang jika dibandingkan air-cond. Secara tidak langsung, ia menjadikan udara di dalam sesuatu ruang tidak tertumpu dan dapat digantikan dengan udara lebih segar
2. MEMBERI UDARA SIHAT
Penggunaan aircond perlu dalam ruang yang tertutup. Ini menjadikan, udara mudah terperangkap dan tidak bebas. Berbanding kipas, ia sesuai digunakan dalam keadaan pintu atau tingkat terbuka. Ia membolehkan udara dari dalam dikeluarkan dan sebaliknya udara dari luar agar lebih segar. Tambahan udara dari air-cond lebih kering menyababkan masalah pernafasan dan iritasi kulit
3. LEBIH MURAH
Bukan sahaja komponon air-cond jauh lebih mahal dari kipas, penggunaan watt elektriknya 10 kali ganda tinggi berbanding kipas. Secara tidak langsung, ia menjadikan bil utiliti bulanan kita sudah pastinya meningkan 10 kali ganda berbanding biasa
Konsep industri dalam seni reka bentuk dalaman telah lama popular dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu dan meja sisi.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ;
1- ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
2- Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa.
3- Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
4- Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit.
5- Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini.
Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Ruang yang cantik sudah pasti mampu membeli jiwa sesiapa yang memandang. Pelbagai ragam dan idea boleh disatukan dengan mesra jika kena dengan caranya.
Moden Kontemporari
Konsep ini sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan gaya moden kontemporari ini dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia juga boleh disuntik pada perabot, kemasan mahupun dinding tumpu. Gunakan perabot dengan reka bentuk sleek dan ringkas. Suntikan elemen seperti retro, vintaj atau klasik pada ciri pilihan anda tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pilihan perabot. Teknik pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood serta suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.
Shabby Chic
Gaya Shabby Chic yang mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep shabby chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik. Konsep ini memberikan rasa yang lebih selesa bagi penggunjung yang bertandang pada hari raya. Pemilihan set perabot yang lebih selesa dengan kemasan lembut yang sepadan dengan tema ini membuatkan penataan ini jadi pilihan ramai pemilik wanita.
Glamor
Gaya Glam, pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan dalam konsep penata glamor amat sinonim. Perincian yang glamor mampu menampakkan gaya yang gah serta menyerlah dengan suntikan simple tetapi mewah. Konsep praktikal masih di ketengahkan dalam sentuhan ini. Pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini. Sambutan raya akan lebih berseri dan meriah dengan cita rasa Glamor ini.
Industri
Konsep Industri ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan, kerana ada yang menggangap ia adalah konsep yang separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal di bandar dan membesar dalam gaya serba moden menggangap konsep rekaan ini sesuatu yang menarik dan berani.Sebaliknya konsep ini adalah satu konsep yang lebih santai dan terbuka. Pemilihan kemasan yang agak ringkas dengan warna gelap menjadi pilihan utama dalam konsep ini. Besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yang menarik untuk sentuhan industri. Ruang tamu dengan pemilihan ini pastinya mengundang tetamu lebih selesa berhari raya.
Scandinavian
Konsep dekorasi yang berpaksikan dengan gaya Scandinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yang lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yang datang bertandang akan menikmati rasa santai yang berpanjangan tatkala berada dalam ruang tamu yang cukup luas ini. Susun atur raya akan lebih sempurna dengan ruang tamu yang lebih terbuka dan luas.
Rustik
Idea rustik bersifat lama atau old school, mampu memberi nafas yang anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustik moden.