Menerusi segmen Ilham Impiana musim terbaharu kali ini yang bertemakan Inspirasi Selebriti bakal kami persembahkan ‘House Tour’ kediaman para selebriti tanah air.
Bagi episod pertama musim terbaharu ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk menjelajah ke kediaman milik pengacara dan pelakon popular iaitu Ain Edruce.
Apabila bercakap sahaja tentang kediaman para selebriti atau artis tanah air, sudah pasti anda akan terbayangkan golongan sepertimereka ini memiliki sebuah kediaman yang mewah, cantik serta selesa untuk didiami.
IKLAN
Ternyata, hasil tinjauan IMPIANA ke kediaman pengacara rancangan hiburan Melodi, TV3 itu mendapati bayangan imaginasi sedemikian adalah satu realiti!
Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Ain memaklumkan bahawa dia telah memilih konsep dan tema moden tropikal Bali sebagai pilihan untuk rekaan dekorasi hiasan dalaman serta luaran rumah.
IKLAN
Bagi menyempurnakan hasrat dan impian untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik, Ain telah menggunakan khidmat pakar pereka hiasan dalaman, CosyForUs.
Untuk pengetahuan anda, pemilik syarikat kepada CosyForUs ini adalah merupakan abang kandung Ain Edruce sendiri.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Ain Edruce? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
IKLAN
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dapur basah di luar rumah, teringat kenangan dulu-dulu masa di kampung. Memasak ‘di belakang rumah’ memang stail memasak waktu di kampung. Ketika itu dapur kayu digunakan untuk aktiviti memasak.
Pada zaman moden sekarang ini, konsep dapur di luar yang kebiasaannya adalah dapur basah masih lagi dipraktikkan. Selain dapur di dalam rumah, ramai yang suka menggunakan dapur luar untuk aktiviti memasak.
Dapur luar atau dapur basah merupakan antara ruang yang paling selamat untuk menyembunyikan segala perkakas-perkakas di dapur. Pendek kata, ruang ini biasanya tidak dikunjungi oleh tetamu kerana dianggap ruang peribadi tuan rumah.
Berikut perkongsian seorang pengguna Facebook, Zaza Zalina
“Inilah dapur luar tempat saya memasak. Nostalgia dulu-dulu saya membesar di rumah kampung, saya abadikan gaya klasik ini di rumah saya sekarang. Ada beberapa barang dapur lama yang menjadi hiasan di situ sebagai kenang-kenangan.
“Gambar pertama hingga ke empat adalah ruang dapur luar sebelum diubahsuai.”
Terdapat banyak pencuci sayur dan buah di pasaran. Ia digunakan bagi tujuan menyingkar bahan kimia yang diguna untuk melindungi sayuran dan buah-buahan dari cepat rosak dan kelihatan lebih menarik.
Namun menurut perkongsian Fatimah Salim di dalam group facebook Makmal Makanan (MaMa) ia mengundang ancaman lain kepada kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Jom kita baca perkongsiannya.
Menurut badan regulasi yang bertanggungjawab melindungi kesihatan dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan sebarang produk kegunaan awam iaitu Food and Drug Administration (FDA), mencuci buah dan sayuran dengan sabun atau produk pencuci khusus komersial adalah TIDAK digalakkan.
Ini kerana saki baki sabun atau pencuci khas sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah dan sayuran. Bahan kimia yang tertinggal pada permukaan atau diserap oleh sayuran dan buah ini boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit terutamanya kepada individu yang sensetif.
Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam, kemudian mencuci dan menggosok sayuran dan buah di bawah air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan lapisan perlindungan pada buah seperti epal, labu atau timun. Dan untuk mereka yang risaukan saki baki bahan kimia racun serangga, mungkin boleh merendam seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum mencuci dengan air yang mengalir.
Sekiranya buah dan sayuran tidak dimasak terus, keringkan permukaannya dengan kain atau tisu yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk menghalang lembapan berlebihan yang boleh menyumbang kepada kemandirian kuman yang mungkin berbaki pada permukaan sayuran dan buah sebelum penyimpanan. Keadaan yang kering ini juga akan membuatkan sayuran dan buah tahan lebih lama.
Nota: Biasanya sayur berdaun macam bayam, saya akan kacau dan rendam seketika (3 minit) dengan air secukup yang buat sayur terapung. Ini untuk pastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayur. Biasa saya ulang 3 kali. Dan lihat air basuhan terakhir untuk puas hati. Semasa siang juga saya cermat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebut sahaja Clorox pastinya ramai tahu akan kegunaannya. Jenama peluntur nombor satu yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil yang bagi korang stress dekat kawasan seperti dapur, bilik air dan satu ketika dahulu Clorox ini digunakan untuk menyerlahkan baju yang berwarna putih. Kasut sekolah anak pun kadang-kadang korang rendam dengan Clorox betul tak? Siapa pernah buat angkat tangan.
Lebih menarik yang korang kena tahu Clorox kali ini mampu membersihkan handphone korang. Kita selalu kata tangan, beg, pemegang pintu, tandas kotor bukan tetapi anda terlupa sebenarnya telefon bimbit anda lebih kotor dari semua yang anda rasa kotor. Sebab telefon bimbit korang akan letak dimerata tempat. Betul ke tak? Betul kan! masuk tandas pun korang akan bawa telefon bimbit.
Clorox kali ini memperkenalkan Clorox Scentiva, rangkaian pembersih berharuman Tropika-Tuscan Lavender dan Jasmine serta Pasific Breeze dan Coconut. Haruman yang cukup menyegarkan dan pastinya tidak menyakitkan deria bau anda serti bau Clorox sebelum ini.
Clorox Scentiva ini mampu mengubah rumah anda menjadi syurga idaman dengan haruman yang lebih menyenangkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.