Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
Ads
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
Ads
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
Ads
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Suramnya warna rumah sedia ada! Nak kan aura lain dalam rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ni? Semuanya boleh diselesaikan dengan sekelip mata. Suntikan warna ceria dalam ruang rumah anda, pastinya semangat positif dalam rumah membuatkan anda ceria bersama keluarga tercinta. Lakukan aktiviti bersama untuk mengecat ruang kegemaran anda sekeluarga. Dengan rangakaian Nippon Paint pastinya tidak pernah bosan dengan ruang lama nampak lebih baru. Inginkan ruang lama nampak baru? Semuanya dengan cat Nippon Paint.
Rumah nampak suram dengan warna lama? Nak tukar dengan perabot baru? Hiasan baru? Tak perlu! Nippon Paint menyediakan rangakaian cat terbaik untuk semua permukaan dirumah anda. Hanya dengan cat semua permukaan tampak baru. #PaintAllSurfaces kan ada.
Transformasi ruang dalam rumah anda dengan warna pilihan, ‘tepuk dada tanya selera’ apa pilihan warna untuk rumah nampak baru dengan Nippon Paint.
Buaian lama dah berkarat tapi sayang nak buang, apa nak buat? Rak kasut, kerusi laman pun dah luntur tapi masih boleh guna, jangan gusar semua ni boleh diatasi dengan Cat Nippon Paint yang mempunyai pelbagai rangkaian untuk semua permukaan dirumah anda. Dari cat dinding hinggalah ke lantai.
Bukan sekadar menarik ianya turut membantu kita mengelakkan dari melakukan pembaziran kerana Nippon Paint membolehkan anda mencipta #RuangBaru yang selamat di dalam rumah anda sendiri!
Momento®Special Effect Paint (Cat Bertekstur). Selain menjadikan permukaan lebih unik kepada satu karya seni yang indah ianya juga adalah pilihan yang tepat untuk menyuntik suasana baru dalam kediaman.
Hydro Wood adalah produk akrilik tulen berasaskan air. Ia adalah mesra alam yang diformulasikan dengan VOC rendah (Volatile Organic Compound) untuk permukaan kayu dalaman. Di formulasikan dengan resin bebas pelarut untuk membatasi pencemaran udara dan mempunyai bau yang sangat rendah semasa aplikasi. Oleh kerana ia cepat kering dibandingkan dengan pelarut, ia boleh dicat semula pada hari yang sama.
Hydro Finish (Gloss/Matt) juga merupakan produk mesra alam dengan VOC rendah (Volatile Organic Compound) untuk kegunaan dalaman. Ini diformulasikan dengan resin bebas pelarut untuk membatasi pencemaran udara dan mempunyai bau yang sangat rendah semasa aplikasi dan pengeringan. Sebagai produk hijau, ia sangat sesuai untuk digunakan di kawasan komersial dan kediaman yang peka eko seperti hospital, sekolah, bangunan kediaman dan hotel. Ia mudah digunakan dan cat yang tahan lama dengan ketahanan dan kemasan yang halus sesuai untuk permukaan kayu dan besi.
Tile Primer + EA4 Finish adalah kemasan epoksi tambahan amina dua pek untuk digunakan pada permukaan keluli dan simen di mana lapisan tahan bahan kimia, minyak diperlukan. Manakala Tile Primer adalah lapisan penghalang primer epoksi yang direka sebagai lapisan primer sejagat untuk banyak jenis substrat, seperti jubin kaca, bata berkaca dan lantai konkrit halus. Ia juga sesuai digunakan untuk permukaan jubin, kaca dan sebagainya.
Lakukan aktiviti mengecat dalam ruang kediaman anda dengan pilihan Nippon Paint. Serlahkan ruang lama dengan aura baru, dalam kediaman anda. Pastikan keselamatan keluarga anda terjamin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, hanya lakukan aktiviti di dalam rumah bersama keluarga anda.
Tidak dinafikan mesti ada dikalangan anda yang berasa bimbang atau sekiranya tersalah membuat pilihan warna cat dinding rumah untuk tampak cantik.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana anda boleh memilih warna cat yang tepat dan bersesuaian untuk dinding rumah dengan mengunakan bantuan aplikasi Nippon ColorCreation.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti langkah ringkas yang telah disediakan.
Pertama, anda harus memuat naik aplikasi Nippon ColourCreation di telefon pintar menerusi App Store dan Google Play Store.
Seterusnya, anda klik butang ‘+’ kemudian ‘Add a photo’ dalam aplikasi tersebut seperti yang tertera pada gambar.
Selepas itu, muat naik gambar dinding rumah anda sebelum memilih warna cat kegemaran anda di ruangan ‘Colour Creations Palette’ yang tersedia lebih daripada puluhan pilihan warna.
Hasilnya, anda boleh melihat sekiranya warna cat tersebut bersesuaian atau pun tidak mengikut citarasa masing-masing.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk melihat hasil sebelum dan selepas dengan mengunakan aplikasi ini
Kalau pilihan warna sudah berkenan di hati, jadi anda dah boleh cepat-cepat terus pergi beli dan cat dinding rumah dengan segera.
Dengan langkah ini, anda bukan sahaja tidak lagi akan berasa bimbang jika tersalah pilih warna cat tetapi dapat juga menjimatkan masa anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa antara selebriti yang rajin berkongsi persiapannya membeli keperluan bayi itu.
Terbaru, bakal ibu ini sempat membidas seorang warganet yang bertindak memperlekeh usahanya menghias bilik buat anak sulungnya.
Intan Najuwa
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat tangkap layar komen yang ditinggalkan seorang wargamaya terhadap video terbaharu Intan yang berkongsi ‘update’ terkini bilik anaknya di TikTok.
Menurut individu tersebut, usaha yang dibuat pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ seakan sia-sia kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan berada di bilik ibu dan bapanya.
Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.
Tidak berdiam diri, pelakon berusi 27 tahun itu tampil menjawab kenyataan netizen tersebut dengan mengatakan bahawa bilik yang disediakan adalah untuk menyimpan segala barangan milik anaknya kelak.
Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.
Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia.
Takkan nak tumpang bilik jebon.
Terdahulu,Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
IMPIANA teruja melihat dekorasi bilik bayi yang dikongsikan oleh pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid,27 ini yang berkonsep ‘Toile de Jouy ‘ inspirasi dari Paris.
Intan dikhabarkan bakal melahirkan bayi perempuan yang juga cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.
Perkataan “toile” berasal dari perkataan Perancis untuk kain linen. Perkataan ini dipendekkan daripada nama penuh toile de Jouy, yang bermaksud linen atau kain dari bandar Jouy-en-Josas, di pinggir bandar Paris.
Secara tradisinya, Toile de Jouy ialah corak hiasan yang menampilkan pemandangan pastoral yang berulang – seperti motif bunga atau pasangan berkelah di tepi tasik – dicetak dalam satu warna (biasanya biru, hitam atau merah) pada latar belakang putih.
Memang bertuah. Cantik dekorasi bilik bayi dengan konsep ‘Toile de Jouy ‘ yang dikongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.