Dapur adalah tempat tempat anda menyediakan makanan. Bermula daripada pengurusan bahan mentah, sehinggalah ia dimasak merupakan pengurusan yang paling kritikal. Segala aspek perlu diteliti terutamanya kebersihan kerana khuatir makanan yang disediakan tercemar. Jika pencemaran berlaku, sudah pasti memberi ancaman kepada kesihatan.
Perkara yang paling sukar dielak di dapur adalah kehadiran lalat. Jangan ingat, walaupun makanan atau bahan mentah yang disediakan telah ditutup rapi tidak boleh diancam lalat.
Pelbagai cara telah dilakukan untuk menghindari kehadiran lalat. Ada yang beli gam lalat, semburan serai, gantung CD, pasang lilin dan sebagainya, namun masih gagal [klik sini untuk artikel lanjut]. Apa kata, kali ni anda cuba pula campuan ajaib bahan dapur ni.
Ads
Bahan-bahan:
3 cawan air panas
3 sudu pelembut kain
1 sudu baking soda
Ads
Ads
Cara-cara:
Campurkan ketiga-tiga bahan ke dalam botol penyembur dan goncang perlahan-lahan sehingga larut. Semburkan air bancuhan tadi di atas meja, tempat memasak atau jadikan ia sebagai bancuhan air untuk mop lantai
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kunyit, bunga mata hari, kekwa, emas, lebah, mustard semua ini adalah perlambangan terbaik buat warna kuning. Bila menyentuh soal rona seumpama ini, kita bagaikan teruja dan ramai juga yang ketakutan. Risau rumahnya kelihatan seperti sarkas atau tadika dengan palitan rona kuning menyengat. Namun apakah besar sangkaan itu atau ia sekadar kata-kata orang yang takut bermain dengan warna.?
TIDAK PERLU BANYAK, CUKUP PADA SEBUAH DUA PERABOT DISERIKAN DENGAN RONA KUNIG SEUMPAMA INI BAGI MENYERLAHKAN KEINDAHAN TATA HIAS.
Pereka memilih rona ini bagi menceriakan suasana. Ia juga mampu menghidupkan ruang kediaman yang agak samar kerana kurang pencahayaan semula jadi. Kita jangan dimomokan dengan anggapan lapuk bahawa kuning hanya menjadikan ruang kediaman nampak hodoh dan menyakitkan mata. Ia sebenarnya merupakan antara alternatif warna yang mampu memberikan seri pada ruang, menampakkan keceriaan dan moden.
KUNING TELUR MEMBERI SUASANA NYAMAN PADA RUANG TERUTAMA ANDA MEMILIH PERABOT PUTIH DAN WARNA KAYU DALAM SEBUAH RUANG.
Malah pakar warna juga menyatakan kuning sememangnya sesuai untuk ruang makan, yang mampu membangkit selera tuan rumah. Malah untuk kamar kanak-kanak ia memberi tenaga positif dan ceria. Begitu juga jika anda bermain dengan perabot kayu yang mendominasi ruang, sudah pasti ruang akan nampak agak gelap dan pemilihan warna kunig adalah alternatif terbaik baik memberi keseimbangan ruang.
WARNA KUNING PUCAT MENJADI WARNA UTAMA RUANG MAKAN BAGI MEMBANGKIT SERI DAN SELERA.
Bila bercakap soal kuning, janganlah beranggapan kuning hanya ada satu jenis warna sahaja.Ia didatangkan dalam pelbagai tone dan anda bebs melaras tone apa yang anda rasa selesa pada mata dan keadaan ruang. Malah ramai yang sesuai memilih rona kuning cair sebagai alternatif menjadikan ruang nampak luas.
IDEA BELANG-BELANG YANG MENARIK DAN NAMPAK CERIA. RINGKAS NAMUN CUKUP KREATIF. KUNING JUGA TIDAK MEWAKILI ANAK PEREMPUAN ATAU LELAKI.
PILIHAN WARNA KAYU BERTAMBAH ‘AYU’ DIIMBANGKAN DENGAN RONA KUNING PISANG YANG MELAMBANGKAN EKSOTIKNYA DUNIA TROPIKA.
JANGAN TAKUT MENYESUAI PADAN RONA KEDAM DAN KUNING. IA MENGHIDUPKAN RUANG YANG KEDAM DENGAN PERCIKAN KUNING DAN MENCERIAKAN SUASANA. CUBA PERHATIKAN TONE KELABU DAN KUNINAG YANG HARMONI.
SATU LAGI IDEA MENARIK GANDINGAN WARNA KEDAM DAN TERANG YANG KREATIF LAGI BERANI.
KAMAR MANDI DAN TANDAS? BUKAN ALASAN DAN TAMBAH MENARIK. PILIHAN KUNING BUKAN SAHAJA MENERANGI TANDAS KECIL INI MALAH MENYERLAHKAN ESTETIKA YANG ELEGAN.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita selalu berfikir, hanya dinding televisyen kita menjadi kawasan menempatkan televisyen, kita akan menempatkan segala macam gambar dan hiasan yang lain bersama televisyen. Mungkin dari aspek visual ia nampak cantik tersusun. Tetapi soalnya kini di mana mata kita mahu difokuskan? Segala visual ditempatkan dalam satu tempat dan umpama merebut perhatian kita. Mana tempat untuk kita beri tumpuan?
Dinding televisyen sewajarnya dihias secara minimum. Pereka yang peka selalunya menempatkan televisyen dan sistem penstoran kemas agar ruang yang ada dapat dimanfaatkan tanpa mengganggu tumpuan kita menonton.Seperti biasa anda boleh merancang kedudukan televisyen berdasarkan pelan lantai. Jadi ukur kedudukan televisyen anda berdasarkan tempat duduk anda. Ini adalah kerana ada di antara kita yang suka duduk di lantai, hanya bantal besar di rumahnya. Ada juga yang gemarkan sofa lembut yang agak mendap apabila diduduki dan ada juga yang suka sofa yang agak tinggi sedikit seperti sattee. Jadi pastikan bahagian tengah televisyen berada di kedudukan aras mata kita.
RINGKAS DAN KEMAS. RAK BINA DALAM YANG CANTIK UNTUK MENEMPATKAN PELBAGAI BARANG PENTING DAN HIASAN MINIMUM. TELEVISYEN NAMPAK LEBIH SELESA DITONTON,
GAYA SEDERHANA NAMUN PRAKTIKAL. POTONGAN KABINET TERTUTUP BAGI MENEMPATKAN SEGALA KEPERLUAN DAN DITUTUP KEMAS AGAR TIDAK MENGGANGGU FOKUS TONTONAN TUAN RUMAH.
IDEA MODEN DENGAN KEMASAN RINGKAS DAN KABINET POTONGAN MINIMUM DAN BIJAK MENYEMBUNYIKAN BARANG AGAR TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.PILIHAN WARNA GELAP MEMBANTU MENYERLAHKAN LAGI VISUAL TELEVISYEN.
SENTUHAN MODEN. TEMA JIMAT RUANG DAN MENGELAKKAN KEMALANGAN KECIL MENJADI INSPIRASI. SESUAI UNTUK PEMILIK RUMAH KECIL.
ALAHAI COMELNYA. SUAI PADAN DAN KITAR SEMULA BARANG MENJADIKAN DINDING INI SEPERTI RUANG PAMER PRODUK DEKOR YANG CANTIK. TIDAK BANYAK BARANG , SEMUANYA DI SIMPAN DI DALAM KABINET TERTUTUP, ADA ELEMEN HIDUP DAN PEMILIIHAN WARNA LEMBUT MEMBERI KESELESAAN PANDANG PADA RUANG KECIL INI.
REKAAN BIJAK DAN KEMAS. WARNA PUN MENARIK DAN MUDAH UNTUK DIJAGA SERTA MEMBERI KESELESAAN PADA TONTONAN JUGA CUKUP BERGAYA. SAMA PULA WARNA KAYU DENGAN KULIT KERUSI BARCELONA TU…MENARIK…
CLEAN CUT. IDEA SIMPLE YANG BOLEH DIIKUTI OLEH SEMUA PEMILIK KEDIAMAN. KEBANYAKAN KABINET BINA DALAMNYA PULA TERTUTUP KEMAS DAN TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.
IDEA KEMAS DAN TERSUSUN. BUKAN SAHAJA REKAAN DIBUAT SECARA HORIZONTAL TETAPI VERTICAL. IA MENYERLAHKAN NILAI ELEGAN SEBUAH RUANG YANG PADA DASARNYA SIMPLE DAN KOSONG. BAHAGIAN TELEVISYEN KEKAL DIKENAKAN DENGAN RONA GELAP.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahuilah bahawa tidur dengan lampu yang terbuka boleh mengakibatkan kanser. Para ilmuan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin. Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakkan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya. oleh itu, elakkan daripada membuka lampu pada waku tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!