Polos atau bercorak? Tepuk dada tanya selera. Begitulah hebatnya kemasan lembut menyelimuti jendela anda. Kini dalam beberapa bulan sebelum meraikan perayaan, ramai di kalangan kita yang sudah mula berkira-kira langsir apakah yang bakal menghiasi ruang kediaman. Berbunga atau polos? Pilihan mana yang lebih menarik? Pilihan manakah yang akan nampak lebih elegan dan mahal? Berdasarkan bajet dan potongan yang digilai, anda sendiri boleh menilai nilai estetika yang paling tepat untuk kediaman anda.

Langsir Bercorak Atau Polos? Manakah Pilihan Anda?

LANGSIR BERCORAK

IKLAN
  • Mempunyai banyak pilihan dari kanak-kanak ke orang dewasa.
  • Mempunyai banyak konsep seperti geometri, berbunga dan kekotak.
  • Mampu memberi ‘mood’ pada ruang terutama yang mempunyai konsep seperti pop art, kontemporari, French classic dan Inggeris.
  • Tidak perlu potongan yang keterlaluan. Cukup hanya digantung agar coraknya dapat dinikmati bersama.
  • Didatangkan dalam pelbagai kualiti dan selalunya tampil mahal berdasarkan kuarliti dan coraknya.

Langsir Bercorak Atau Polos? Manakah Pilihan Anda?

  • Boleh dilaraskan pemilihan coraknya dari kecil atau besar berdasarkan saiz ruang atau konsep dekorasi.
  • Perlu dipotong dengan cermat kerana sambungan yang dibuat juga hanya akan mencacatkan langsir jika tidak dibuat dengan betul.
  • Payah disuai padan jika dinding anda sendiri sudah meriah dengan corak kertas dinding. Perlu berhati-hati!
  • Payah untuk dipelbagaikan terutama dibuat langsir swag dan beberapa teknik tindihan yang hanya menggangu alur kain yang ditindih.
  • Sesuai bagi kediaman yang agak minimal dan polos. Paling tidak jendela yang nampak biasa akan tampil ceria dan elegan.

 

IKLAN

Langsir Bercorak Atau Polos? Manakah Pilihan Anda?

LANGSIR POLOS

IKLAN
  • Didatangkan dalam pelbagai karakter, matte semi kilau dan berkilauan.
  • Pelbagai pilihan kualiti dan fabrik kapas, renda, satin dan campuran.
  • Sheer curtain sememangnya paling cantik didatangkan dalam bentuk polos.
  • Tidak cukup kain? Jangan risau beli sahaja kain polos berlainan warnanya dan boleh ditambah sebagai bingkai atau corak sebagaimana teknik patch work.
  • Harga agak murah dan didatangkan dalam pelbagai ketebalan meski pun warnanya sama.

Langsir Bercorak Atau Polos? Manakah Pilihan Anda?

  • Cantik jika anda mahu membuat teknik tindih dan kesan alur kain memberikan impak mahal meski pun harga fabriknya tidaklah semahal mana.
  • Pilihan warna pastel memberi kesan ala moden kontemporari, warna mewah dan gelap mirip cita rasa klasik serta neutral boleh menghidupkan seni hias ala nusantara.
  • Anda boleh memilih dua kesan jika memilih fabrik satin. Sama ada permukaan berkilau penuh gaya klasik atau permukaan separa berkilau yang nampak lebih moden.
  • Boleh disuai padan dengan langsir bercorak. Terutama jika anda ingin mengubah suai langsir lama atas dasar ingin berjimat cermat.
  • Tidak lekas bosan dan lari dari aliran. Jadi boleh digunakan beberapa lama dengan baik malah segar sentiasa.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI