Risau tengok kehadiran lalat di rumah walaupun seekor. Nak bila ada tetamu datang. Malaunya tak terkira. Bagi rumah yang berhampiran dengan kandang, longkang yang tak diselenggara, tapak pelupusan sampah dan pelbagai lagi masalah ini bagaikan satu rutin harian.

Paling risau, makanan. Bukan sekadar khuatir lalat bertelur, malah dia singgah pun dah cukup mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Macam-macam cara dah digunakan. Guna gam pelekat lalat pun, masih banyak yang datang. Oleh itu, apa kata kita cegah lalat dari hadir di kediaman kita tanpa menggunakan racun. Antaranya yang boleh anda lakukan adalah:

1. Limau purut dan cengkih

Gabungan dua bahan ini akan menghasilkan aroma yang wangi. Namun, aroma ini amat tidak digemari oleh lalat. Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di bawah ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat. Ia dikatakan turut berkesan untuk menghalau nyamuk

4 Cara Cegah Lalat Tanpa Guna Bahan Kimia Yang Memang Mujarab

IKLAN

2. Serai wangi

Serai juga antara aroma yang tidak digemari oleh lalat. Cara menghasilkan semburan serai wangi adalah dengan mengambil segenggam serai wangi yang telah dibersihkan dan kisar kering. Kemudian, campurkan pes tadi ke dalam secawan air dan dibiarkan semalaman. Saring air rendaman serai wangi tadi dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sebur lah atas meja, pintu dan tingkap. Barulah lalat tak berani masuk.

IKLAN

3. Gantung air dalam plastik atau CD

Teknik ini kerap digunakan oleh peniaga-peniaga restoran dan kedai makan untuk menghalau lalat. Kenapa pula guna air dalam plastik dan CD?

IKLAN

Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

Caranya amat mudah, Anda hanya perlu masukkan beberapa keping duit syiling perak dalam plastik untuk menambahkan silauan dan penuhkan plastik tadi dengan air. Kemudian gantung sahaja di tempat-tempat yang dikehendaki seperti rak makanan. Sama juga CD. Gantungkan sahaja.

4 Cara Cegah Lalat Tanpa Guna Bahan Kimia Yang Memang Mujarab

4. Kayu manis

Kayu Manis juga bahan dapur yang amat tidak digemari oleh lalat. Aromanya amat tidak menyenangkan bagi deria bau lalat. Caranya adalah dengan tumbukan kayu manis dan masukkan di dalam uncang kain jadikan ia sebagai pewangi rumah. Letak lah atas meja ke, sudut-sudut dapur.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI