Berapa kerap anda mencuci peti ais atau peti sejuk? Setidaknya, peti sejuk wajib di cuci sebulan sekali bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tidak menjadi habitat bekteria yang akan menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Jangan ingat ruang yang sejuk tak menjadi habitat bakteria ya. Oleh sebab itu, untuk pastikan peti ais anda sentiasa bersih dan terhindar dari sebarang bakteria ia perlu di cuci bersih. Kebiasaannya bahan cucian yang digunakan adalah sabun pembersih pinggan. Betul tak? kalau sabun tersebut tidak di cuci bersih kan mendatangkan kemudaratan.
Melalui perkongsian di dalam Facebook, Puan Ayus Hanif berkongsi bahan yang digunakan untuk mencuci peti sejuk.
Selalu masak masak, peti sejuk, freezer cuci tak? Paling rajin mesti cuci seminggu sekali. Ataupun sebulan sekali mesti cuci. Kebersihan sangat penting. Itu lambang peribadi seseorang.
Cara saya, campurkan cuka makan @ cuka epal dengan 1 sudu besar baking powder untuk cuci peti sejuk. Campuran ini boleh juga gunakan untuk cuci oven juga. Untuk freezer kadang-kadang ada kotoran degil, ambil berus gigi dan sental kotoran tu.
Dengan melakukan rutin ini secara konsisten, keadaan peti ais akan lebih bersih dan tidak berbau memandangkan ia umpama bekas besar menyimpan semua makanan kita secara bercampur-campur. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanah Lot Lidi Harganya Murah Tapi Kena Ingat, Nama Tiada Dalam Geran, Bila-bila Boleh Kena Halau
Tanah lot lidi harganya murah. Penjualan tanah lot lidi kebiasaannya berlaku atas dasar kepercayaan. Konon ada surat perjanjian cop peguam. Bagaimanapun perlu diingat selagi nama tiada dalam geran maka tanah itu bukan milik kita. Sebaliknya waris kepada nama yang ada dalam geran itulah yang berhak.
Sudah banyak kes berlaku, pembeli sudah buat rumah, pada akhirnya penama dalam geran (pemilik asal) meninggal maka waris yang berhak membuat tuntutan faraid. Maka semua mereka yang beli tanah itu dihalau. Jika bawa kes tersebut ke mahkamah pun tetap kalah.
Sedih juga bila baca kisah seorang pembeli lot lidi. Sudah lebih 35 tahun tinggal di rumah yang dibina di atas lot lidi yang dibeli, akhirnya terpaksa akur apabila diperintahkan keluar dari rumah yang telah didiami sejak sekian lama itu.
Apakah lot lidi? Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum tahu sepenuhnya tentang lot lidi. Pembelian lot tanah yang melanggar undang-undang tanah dan tiada geran akan dikeluarkan. Penjual ambil kesempatan menjanjikan akan keluarkan geran selepas beberapa tahun terima bayaran padahal pejabat tanah takkan keluarkan geran baru sebab sudah melanggar undang-undang tanah. Tidak lepas syarat untuk keluarkan geran baru.
Berikut perkongsian Salkukhairi N Sons
BEZA ANTARA BELI TANAH LOT LIDI DAN TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA
Bila saya kata TANAH LOT BANGUNAN GERAN KONGSI (LOT LIDI) tidak boleh di pindah milik kepada pembeli, ramai yang keliru dan marah saya balik. Ada yang kata, dulu ayah saya beli boleh je buat pindah milik. Nama dia boleh je masuk dalam geran. Tak de masalah pun.
Sebenarnya, yang ayah anda beli itu bukan tanah lot bangunan geran kongsi tetapi TANAH PERTANIAN GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA. Jangan keliru antara kedua-duanya.
Yang saya kata tak boleh dipindah milik tu adalah kalau korang beli TANAH LOT YANG DIDAKWA BERSTATUS BANGUNAN, TETAPI HAKIKATNYA MASIH TANAH PERTANIAN.
Dalam geran pun nama seorang pemilik berdaftar sahaja. Sedangkan pembeli 10 orang. Macam mana nak pindah milik kepada kesemua 10 orang tu. Memanglah tak boleh. Melainkan penjual buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu. Dapat geran individu yang berasingan barulah boleh dipindah milik pada nama korang.
Tapi kalau anda beli mana-mana bahagian daripada TANAH PERTANIAN PEMILIKAN BERSAMA, yang itu boleh dipindah milik kepada nama anda, tiada masalah. Hal ini kerana bahagiannya jelas dinyatakan dalam geran.
Berikut penerangan yang lebih jelas:
Ini pula pandangan daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan pelabur hartanah kecil.
JIKA TERBELI LOT LIDI?
Ramai yang bertanya, saya juga tiada pengalaman beli lot lidi.
Ini sekadar pandangan saya dan pengalaman berurusan jual beli tanah selama ini.
Cadangan saya:
1. Kaveatkan tanah tersebut agar pemilik juga tak boleh jual pada sesiapa lagi selepas ‘kita terkena.’
2. Semak nombor rujukan file jika tuan tanah sudah mohon atau tidak untuk tujuan tukar status tanah. Penjual akan jual ayat,
“Kita dah mohon, Pejabat Tanah lambat sungguh” dia akan burukkan Pejabat Tanah biasanya.
Sepatutnya sebelum jual lagi sudah mohon tukar status tanah. Tempoh masa kelulusan bergantung kepada peringkat mana kelulusan itu, kalau perlu sampai exco kerajaan negeri lambatlah jawabnya.
Jika tanah desa selalunya di peringkat pentadbir tanah daerah sahaja, itu memang cepat.
3. Bagi permohonan tukar kategori tanah juga perlu melalui jurukur berlesen.
Jurukur akan mohon ke pejabat tanah dan akan dimasukkan dalam mesyuarat kebenaran merancang oleh PBT.
4. Jangan bina apa apa bangunan atau rumah lagi di atas tanah itu. Ia bukan milik anda. Ratakan pun jangan, biar gajah membiak dan mengawan disitu saja.
5. Tuan tanah kena bayar ukur sempadan, bayar premium dan cukai. Setiap juruukur bertauliah kenakan bayaran berdasarkan keluasan tanah.
“Mahallah bang?” Mana ada benda murah dik, untung jual lot kau nak.
6. Harga jual sepatutunya dah masuk semua bukan ada bayaran tambahan lagi dimasa depan.
7. Biasanya untuk satu ukuran tanah tiada ukuran spesifik keluasan. Bagi tanah bandar mesti keluasan 5000+ kps ikut standard pejabat tanah masing masing untuk satu lot. Kebanyakkan lot lidi dibuat ikut suka hati tuan tanah sebab nak untung. Maka janganlah beli!
8. Perlu diketahui bahawa Pejabat Tanah tidak pernah iktiraf lot lidi ini kerana tidak ikut spesifikasi seperti simpanan jalan dan kawasan lapang. Dia main ikut suka tuan tanah nak bagi lot.
9. Nama pembeli juga sebenarnya tak boleh masuk dalam geran sebab untuk syarat pertanian, keluasan yang boleh dipindah milik mesti melebihi 1 ekar. Jika tak sampai keluasan 1 ekar, maka kena pindah keseluruhan bahagian tanah.
Sebelum nak beli tanah fahami tatacara urusan jual beli tanah ini dulu. Bukan janji murah terus beli.
“Murah tanah lot nie, kita jual satu lot RM56,000 sahaja. Tapi kena beli cash la.”
“Tak boleh buat loan cik”.
“Kita jual murah sebab nak bina Pusat Tahfiz ni.”
“Harga adik beradik ni, sebab tu murah. Mana nak dapat bawah RM100,000 tanah”
Pejabat Tanah sentiasa terbuka dan bantu jelaskan jika kita datang buat semakan dan bertanya. Jangan mudah percayakan apa sahaja janji penjual. Mereka nak dapat duit kita sahaja.
Sumber: Salkukhairi N Sons dan Azizul Azli Ahmad
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Mengecat Dengan Cara Yang Betul, Barulah Hasil Nampak ‘Gempak’
Teknik mengecat dengan cara yang betul, barulah hasil nampak ‘gempak. Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan.
Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
cat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Sebab Kenapa Garam Kristal Himalaya WAJIB Ada Di Ruang Menonton TV
Garam kristal Himalaya merupakan garam paling asli yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah wujud sejak 250, 000 tahun dahulu tanpa dicemari. Di pasaran, kebanyakkan kristal garam himalaya wujud dalam pelbagai bentuk dan kegunaan. Namun, khasiatnya terhadap persekitaran bukan kepalang.
Antara faedah penggunaan Garam Kristal Himalaya:
1. Mengawal air dalam badan
2. Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
3. Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
4. Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
5. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
6. Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
7. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
8. Bersifat pengalir yang efisien
9. Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
10. Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
11. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.
KEGUNAAN LAMPU GARAM KRISTAL HIMALAYA
Lampu garam kristal himalaya direka bukan sekadar memberi pencahayaan. Malah untuk tujuan memanaskan garam kristal tersebut. Ia juga merupakan antara salah satu kaedah penggunaan yang paling mudah dan berkesan. Apabila terdedah kepada panas, ia mudah mencair. ketika proses ini berlaku, garam kristal tersebut menghasilkan ion negatif dan mudah menyerap sebarang pencemaran ion yang terdapat disekitarnya.
CARA KEGUNAAN GRAM KRISTAL HIMALAYA
Pasangkan Lampu garam kristal himalaya di setiap ruang dan bilik terutamanya di ruang yang mudah tercemar setiap malam.
DI MANAKAH RUANG YANG MUDAH TERCEMAR?
Ruang yang menpatkan banyak perkakasan elektronik yang mempunyai gelombang seperti TV, Komputer, telefon, peranti wayarles dan sebagainya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI