Ramai yang mula bercucuk tanam di bawah laluan pencawang elektrik. Adakah tanah di bawah laluan pencawang elektrik boleh diusahakan?

Jika boleh bagaimana caranya dan bagaimana kedudukannya dari segi perundangan?

Sebelum ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa segala aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian yang melibatkan tanaman kontan (tanaman yang mempunyai tempoh penanaman singkat seperti 3 bulan hingga 6 bulan) boleh diusahakan di kawasan-kawasan yang terletak dalam koridor talian pembekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Namun begitu, ramai terutamanya pemilik tanah yang masih merasa was-was ataupun tidak tahu kaedah yang tepat untuk mengusahakan tanah-tanah plot yang berada di dalam kawasan pencawang elektrik.

Boleh Atau Tidak Bercucuk Tanam Bawah Pencawang Elektrik?

Menerusi satu video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengusaha tanaman hiasan, @mazszeliswee, dia berkongsi prosedur-prosedur yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah yang berhajat mengusahakan tanah masing-masing yang berada di dalam kawasan tersebut.

1. Catat keterangan pada aset TNB

Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti segala maklumat yang terdapat pada pencawang elektrik di kawasan tersebut. Catat segala keterangan yang terdapat pada label setiap pencawang untuk memudahkan pihak berkenaan mengenalpasti kawasan yang dimaksudkan.

2. Kenalpasti status tanah

Seterusnya, hubungi pihak TNB di kawasan anda dan tanya mengenai status pemilikan tanah tersebut sama ada ia kepunyaan TNB ataupun hak milik persendirian.

Menurut kenyataan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, sebarang aktiviti pertanian atau kegunaan tanah perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah, selain memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST) berdasarkan garis panduan Izinlalu Talian Pembekalan Elektrik.

IKLAN

Hal ini disebabkan, terdapat beberapa terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi antara pihak Utiliti dengan tuan tanah serta tempoh perjanjian Izinlalu yang bergantung terhadap persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Jika tanah tersebut milik persendirian, tanah di bawah perjanjian izinlalu atau dalam Koridor Penghantaran tersebut masih kepunyaan tuan tanah dari sudut perundangannya dan anda perlu mendapatkan persetujuan dari pihak tuan tanah.

Selain itu, pihak utiliti yang menggunakan tanah tersebut perlu memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan elektrik itu.

Boleh Atau Tidak Bercucuk Tanam Bawah Pencawang Elektrik?

3. Membuat permohonan bertulis

Setelah mengetahui status tanah tersebut, pemohon boleh mengajukan surat permohonan kepada pihak utiliti dalam bentuk bertulis. Permohonan ini adalah untuk mendapatkan kebenaran yang sah dari pihak-pihak berkenaan sebelum memulakan apa-apa aktiviti di kawasan tersebut.

IKLAN

Hal ini bertujuan untuk menyelia segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan di bawah talian agar tidak mengganggu talian-talian elektrik yang terdapat pada kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, para pengusaha tanah juga tidak akan terdedah terhadap sebarang risiko yang mampu membahayakan nyawanya serta harta benda awam.

Setelah memperoleh kebenaran yang sah daripada pihak utiliti, anda boleh mula melakukan aktiviti yang diingini di tanah tersebut. Walaupun anda sudah dibenarkan untuk menggunakan tanah tersebut, pihak utiliti masih perlu memantau anda agar terus mematuhi langkah-langkah keselamatan serta mengelakkan sebarang perkara yang yang mampu menjejaskan keselamatan sistem pembekalan elektrik kepada orang awam berlaku.

Selain itu, hanya empat aktiviti sahaja yang dibenarkan bagi kawasan berkenaan iaitu padang ragut ternakan, kawasan kolam tadahan, kolam udang, kawasan letak kereta serta untuk pemasangan paip air.

Berkenaan cagaran, pengguna TikTok sebelum ini mengatakan, tiada jumlah khusus ditetapkan, tetapi bergantung kepada tuan tanah dan pihak utiliti di kawasan tersebut. Jika anda bernasib baik, anda tidak perlu membayar apa-apa untuk melakukan aktiviti di tanah tersebut.

IKLAN

Boleh Atau Tidak Bercucuk Tanam Bawah Pencawang Elektrik?

Harap perkongsian ini serba sedikit dapat memberi pencerahan kepada semua yang berhajat untuk bercucuk tanam di tanah bawah pencawang elektrik.

Mesti Baca:Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Baca Lagi Di Sini:TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!
Artikel Menarik:Baja Organik Dari Batang Pisang Dan Yakult Untuk Hasikan Buah OVERSIZE

Artikel ini diambil dan diolah dari KELUARGA.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber :  Salkukhairi Abd Shukor via Facebook@maszeliwee via TikTok & Bernama

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI