Gambar sekadar hiasan

Bina rumah di kampung untuk habis masa tua di sana. Ini mungkin perancangan sebahagian daripada kita. Tambah lagi memang sudah  tanah di kampung tinggalan orang tua.

Bila sudah pencen bolehlah berhijrah di kampung pula, terutama bila anak sudah ada keluarga sendiri.  memandangkan anak-anak dah besar. Tinggal di kampung lebih tenang, kos pun kurang. Ini antara yang dalam fikiran ramai.

Tapi sebelum melaksanakan perancangan ini, mungkin boleh baca dulu perkongsian daripada Zaini Naim di laman X ini. Bimbang kediaman yang tenang kita impikan itu jadi satu bebanan pula nanti.

Pengalaman bina rumah di kampung

“Perkongsian pengalaman parent sendiri yang dah buat rumah dekat kampung.

Pelan asal nak jadikan rumah pencen untuk duduk kat rumah ni dengan ayah. Buat rumah guna duit KWSP lepas umur cecah 55 tahun.

Ads

Ayah yang design pelan rumah. Lepas rumah siap, ayah dapat rasmikan. Buat majlis kesyukuran untuk masuk rumah.

Tahun 2018 ayah aku meninggal. Lepas ayah meninggal, perancangan untuk pindah kampung terpaksa dibatalkan. Yela, takkan mak nak duduk sorang-sorang kan? Jatuh dalam bilik air nanti siapa pulak nak bantu.

Selaku anak lelaki sulung, saya ambil tanggungjawab jaga mak. Kami adik beradik pun memang tak setuju mak tinggal seorang diri kat kampung sebab hati tak tenang nanti.

Biar mak kita sentiasa ada depan mata kita. Dari segi kesihatan, syukurlah mak ni takde masalah 3 serangkai. Cuma ada masalah kolesterol tinggi.

Ads

Tempat tinggal kami sekarang ni dekat dengan fasiliti hospital & klinik kesihatan. Mudah untuk aku uruskan mak. Nak check up semuanya mudah sebab dekat.

Bila mak duduk sekali, dia mudah jumpa kawan-kawan dia. Makan minum semuanya saya uruskan. Dia sendiri pun duduk rumah penuhkan masa dengan kelas mengaji online. Kat taman perumahan ada surau yang aktif dgn macam aktiviti. Mak  tak selalu join sebab dia dah ada program lain, kalau dia free dia akan join.

Nilaikan dulu buruk baik sebelum bina

Sekali sekala mak  rindu kampung, saya yang akan teman dia balik. Balik dua beranak je. Tapi nak maintain rumah bukan mudah. Mak terpaksa menggaji kontraktor yang buat rumah dia tu dengan bayaran RM500 sebulan untuk uruskan rumah tu dari segi kerja-kerja pembersihan.

Dulu masa mak kerja lagi, dia tak nak buat homestay. Tapi lepas dah bersara, dia sendiri berminat buat homestay. Sekarang ni setiap bulan dia bayar RM500 dekat kontraktor dan RM80 tambahan setiap kali ada guest masuk.

Ads

Tapi biasalah, orang lain jaga rumah kita tak macam kita jaga sendiri. Sekarang ni rumah tu hanya jadi rumah inap kami sekeluarga setiap kali balik kampung.

Nilailah sendiri kebaikan dan keburukan bina rumah kat kampung. Ambillah pengalaman ini sebagai pedoman. Orang yang untung ialah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain.

Sumber: Zaini Naim

Mesti Baca: Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan

Baca Lagi: 10 Tahun Kerja Keras Capai Impian Bina Rumah Selesa Untuk Mak Ayah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI