Pasangan suami isteri ini mempunyai perancangan kewangan yang bijak dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah pertama.
Langkah awal mereka adalah mewujudkan simpanan khas untuk rumah selama lima tahun, yang akhirnya berjaya mengumpul sehingga RM160,000.
Hasil Kerja Keras Sebagai Pencipta Kandungan
Wang simpanan tersebut adalah hasil kerja keras mereka sebagai pencipta kandungan di media sosial pada usia muda. Fatin Nadiah Md Nazri, 29, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Aidil Abdul Rahim, 29, membeli rumah sekunder (subsale) iaitu teres satu tingkat berharga RM280,000 di Melaka pada tahun 2021.
Penggunaan Simpanan untuk Pembelian Rumah
Menurut Fatin, wang simpanan itu digunakan untuk membayar wang pendahuluan sebanyak 15 peratus daripada harga rumah iaitu RM48,000, yuran peguam untuk perjanjian jual beli rumah (S&P), dan pengubahsuaian sebanyak RM100,000.
“Dia menggunakan pendekatan ini kerana mahu mengurangkan komitmen pinjaman dengan bank serta memastikan mereka mempunyai kewangan yang baik dan berkemampuan untuk membayar ansuran rumah tanpa terbeban,” katanya.
Ads
Pemilihan Rumah yang Strategik
Pasangan ini memilih rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi kerana kedudukannya yang strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin dan Lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). Kawasan perumahan tersebut juga menawarkan banyak kemudahan seperti sekolah dan kedai untuk keperluan harian.
Proses Pembelian yang Mudah
“Proses untuk membeli rumah ini mudah dan permohonan pembiayaan perumahan lulus dalam tempoh dua minggu,” tambah Fatin.
Pada peringkat awal, bank memaklumkan bahawa dokumen permohonan pembiayaan mereka kurang kuat kerana bekerja sendiri. Namun, Fatin menyediakan dokumen sokongan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji, yang membolehkan permohonan mereka berjaya dalam masa dua minggu.
Pengubahsuaian yang Menyeluruh
Fatin juga menyatakan bahawa mereka menyediakan bajet yang besar untuk pengubahsuaian kerana rumah sekunder berusia enam tahun itu memerlukan baik pulih beberapa aspek. Antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuk memasang kabinet dapur, siling kapur, lantai batu plastik komposit (SPC), dan menukar cat. Keadaan rumah berubah sepenuhnya daripada yang asal, mewujudkan persekitaran kondusif dan selamat untuk anak-anak mereka.
Ads
Pencapaian Peribadi dan Inspirasi untuk Golongan Muda
Jelas Fatin, kejayaan membeli rumah tersebut adalah pencapaian peribadi bagi mereka yang mahu memiliki kediaman pada usia muda. Beliau berharap kisah ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada golongan muda untuk memiliki rumah pada usia awal.
Nasihat untuk Pembeli Rumah Muda
Ads
“Nasihat saya adalah untuk tidak ‘markup’ pembiayaan perumahan atau membuat pinjaman peribadi untuk membeli atau mengubahsuai rumah. Tindakan tersebut boleh menjerat diri dengan bebanan hutang. Kita layak membeli rumah tetapi belum tentu mampu membayarnya, kerana bukan sahaja perlu membayar ansuran bulanan tetapi juga komitmen lain,” katanya.
IMPIANA : Semoga kisah ini dapat menjadi panduan dan dorongan kepada semua, terutamanya golongan muda, untuk merancang masa depan kewangan mereka dengan bijak dan merealisasikan impian mereka dengan penuh yakin.
Tidak dinafikan, apabila kita mahu memulakan langkah untuk melakukan pengubahsuaian kediaman khususnya, antara perkara penting yang sering menjadi keutamaan adalah bajet kos perbelanjaan yang diperlu dilaburkan.
Bukan sekadar itu sahaja, jumlah bajet kos perbelanjaan yang perlu dilaburkan bagi untuk melakukan pengubahsuaian rumah juga boleh menimbulkan kebimbangan serta perasaan yang hiba dalam diri bagi memiliki sebuah rumah idaman.
Apabila berbicara soal jumlah bajet kos perbelanjaan pengubahsuaian kediaman, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang beranggapan dengan jumlah kos perbelanjaan bajet yang terhad hasrat untuk memiliki sebuah rumah idaman tidak akan berjaya dikecapi.
Namun tahukah anda, dengan kos perbelanjaan yang terhad anda sebenarnya mampu menghasilkan rekaan binaan sebuah rumah yang cantik bersama konsep yang anda ingin tampilkan pada kediaman anda.
Sebagai pemiliki kediaman, anda seharusnya perlu bijak berbelanja dan teliti dalam mengatur setiap langkah pengubahsuaian bagi kediaman anda. Kita mesti mahu sentiasa memberikan yang terbaik untuk rumah idaman kita, betul tak?
Seperti contoh perkongsian menerusi beberapa keping foto di atas, anda dapat lihat sebuah binaan rumah yang memiliki ciri-ciri rekaan yang menarik dan cantik meski dengan bajet kos perbelanjaan yang terhad.
Bagi anda yang mempunyai kos bajet perbelanjaan yang terhad bagi pengubahsuaian rumah, anda disarankan untuk menggunakan bahan-bahan binaan kos yang lebih murah sebagai pilihan. Selain anda juga digalakkan untuk bertukar daripada pengunaan jubin kepada kemasan simen licin untuk seluruh ruang permukaan lantai kediaman anda.
Apabila melihat hasil binaan rumah ini setelah siap sepenuhnya, sememangnya akan terzahir rasa kagum melihat keindahan kediaman yang sangat menakjubkan ini. Jadi, diharapkan perkongsian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan pemangkin semangat kepada anda semua.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ramai yang mengeluh, nak renovate atau ubah suai rumah zaman ini. Harga naik melambung-lambung jika dibandingkan zaman sebelum Covid19 menyerang. Bukan je pemilik yang terkesan dengan harga, malah pengusaha atau kontraktor pun turut mengalami masalah yang lebih besar apabila banyak projek terpaksa dibatalkan atau terpaksa mengunakan bajet yang sangat terhad.
Tapi, bagi anda yang merancang nak renovate rumah ni ada triknya kalau nak jimat. Mohd Shukur, yang merupakan seorang pakar kewangan berkongsi trik jimat nak reno rumah di facebook miliknya.
Pagi tadi semasa breakfast kat mamak terdengar perbualan seorang kontraktor dengan bakal klien dia. Dia menerangkan tentang kenapa kos renovate rumah ( juga buat rumah ) kini meningkat harga.
Betullah apa dia explain tu ✅
Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan bukanlah dalam kawalan dia.
Ramai kontraktor kecil kini tersepit dan terkesan kerana ramai yang membatalkan atau menangguhkan renovate rumah kerana kenaikan kos barang2.
Jika anda nak renovate rumah ataupun buat rumah di tanah anda, saya cadangkan barang-barang tu beli sendiri. Pembinaan tu yang upah orang.
Upah orang ni ada 2 cara :
1) Bayar gaji hari.
Tapi bukan bayar setiap hari, maksudnya ialah kiraan gaji hari. Tetapkan setiap Sabtu akan bayar gaji minggu lepas.
2) Bayar Lump sum.
Bayar ikut progress.
Ramai orang ambik jalan mudah iaitu pembelian barang2 & upah serah semua kepada kontraktor.
Ini disebabkan mereka tidak ingin atau tiada masa belajar perkara-perkara baru seperti :
Beli barang2 sendiri dari hardware atau supplier.
Study sket harga barang2 binaan dan survey kat mana lebih murah dan kualiti.
Mereka anggap mesti susah nak uruskan, padahal belum mencuba melakukannya pun.
Sebuah banglo 4 juta yang anda lihat itu boleh dibuat sama dengan anggaran kos 2.5 juta.
Begitu juga rumah 1 juta tu boleh dibuat dengan anggaran kos 600K.
Tapi AWAS 🔥
Semasa proses pembinaan rumah atau renovate rumah, JANGAN bawa wife anda pergi tengok. Jika anda bawa wife,
Budget anda 1 juta jer akan jadi 1.4 juta.
Budget anda 500K akan jadi 750K
Budget anda 300K akan jadi 500K
Membeli hartanah bukan perkara asing bagi selebriti di Korea Selatan, terbaru pelakon cantik Han So Hee dilaporkan membeli sebuah penthouse di Achiu-dong, Guri, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan dengan harga 5.2 bilion Won (RM16.3 juta).
Menurut laporan Herald Economy, So Hee menyelesaikan pembayaran dan memindahkan pemilikan pada 30 September lalu.
Han So Hee Beli Penthouse RM16.3 Juta
Kediaman baharunya iaitu Arcadia Signature, hanya terdiri daripada lapan unit dalam sebuah bangunan dengan dua tingkat bawah tanah dan empat tingkat atas tanah.
Penthouse ini menawarkan pemandangan Gunung Achasan, Sungai Han, dan susun atur dupleks berkenaan membolehkan penggunaan ruang yang fleksibel.
Hartanah ini mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi, loteng dan teres atas bumbung.
Untuk info ini bukan hartanah pertama milik So Hee, sebelum ini pelakon drama Gyeongseong Creature ini menetap di Villard de Gréum W berdekatan, yang dibelinya dengan harga 1.95 bilion Won (RM6.1 juta) secara tunai pada Disember 2021.
Rumah yang dibeli So Hee di Achiu-dong, Guri.
Malah apa yang mencuri tumpuan, aktres itu baru-baru ini mendedahkan dia tinggal di sebuah hotel sementara tunggu proses berpindah ke rumah baharunya selesai.
Selain itu, kawasan kejiranan So Hee itu juga dikelilingi selebriti terkenal seperti aktres Oh Yeon Seo, pemain bola sepak Kim Min Jae serta pasangan pelakon Hyun Bin dan Son Ye Jin.
IMPIANA : Tahniah So Hee atas kejayaan baru ini, untungnya muda-muda dah ada banyak hartanah.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.