Bangunan bertema hutan vertikal merupakan salah satu seni futuristik yang menggambarkan sebuah bangunan penuh estetika yang biasanya hanya terdapat dalam dunia imaginasi.
Selain sebagai penyelesaian mesra alam yang sesuai untuk pelbagai fungsi terutamanya kediaman, apartmen hutan vertikal juga merupakan kediaman hijau dengan banyak manfaat seperti mengurangkan pencemaran udara, penghasilan oksigen, dan banyak lagi.
Ini 5 apartment bertema hutan vertikal di dunia.
1. Treehouse Apartment di Italia
Apartmen yang terletak di Turin, Itali ini kelihatan begitu menarik dengan seni bina unik seperti rumah pokok dengan tumbuhan yang ada di setiap teresnya. Apartmen Treehouse ini dianggarkan mempunyai lebih daripada 150 pokok serta taman tumbuhan yang rimbun.
Kediaman hijau yang di reka oleh arkitek Luciano Pia ini dibina dari tahun 2007 hingga 2012 dengan 63 unit apartmen. Juga dikenali sebagai “living forest”, Treehouse ini direka untuk mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di kawasan bandar.
2. Bosco Verticale Apartment di Italia
Ads
Selain Treehouse Apartment, terdapat lagi satu apartmen dengan tema hutan vertikal di Itali. Bosco Verticale ini terdiri daripada dua bangunan yang jauh lebih tinggi berbanding Treehouse. Ketinggian setiap bangunan Bosco Verticale adalah 80 meter dan 112 meter.
Terletak di ibu kota Itali, Milan, apartmen hutan vertikal ini menjadi salah satu bangunan yang mampu menyerap pencemaran karbon, debu serta kebisingan. Selain itu, sekitar 780 pokok serta 5000 semak di apartmen ini juga mampu melindungi daripada radiasi.
3. Qiyi City Forest Garden Apartment di China
Qiyi apartmen ini terletak di Chengdu, China dan terdiri daripada 8 bangunan pencakar langit. Qiyi City ini merupakan salah satu bangunan hijau di China selain Nanjing Tower dan 1000 Trees yang masih dalam peringkat pembinaan.
Ads
Dijuluki sebagai “eco paradise” China, bangunan di apartmen ini terdiri daripada 826 unit yang kesemuanya telah terjual. Hebat, bukan?
4. NSW’s One Central Park di Australia
One Central Park di New South Wales terletak di Sydney, Australia. Dengan ketinggian 117 meter, One Central Park ini merupakan apartmen hijau yang bergabung dengan pusat hiburan dan perbelanjaan iaitu Central Park Mall.
5. Le Nouvel Towers di Malaysia
Ads
Masuk ke Asia Tenggara yang juga merupakan negara jiran, Malaysia, juga memiliki bangunan hijau yang menjulang tinggi. Le Nouvel Towers terdiri daripada dua bangunan hutan vertikal dengan 230 spesies tanaman di dalamnya.
Dirancang pada tahun 2008 dan selesai pada tahun 2016, Le Nouvel Towers ini termasuk dalam jajaran bangunan tertinggi di Malaysia. Le Nouvel Tower 1 memiliki ketinggian 200 meter yang terdiri daripada 49 tingkat, manakala Le Nouvel Tower 2 memiliki ketinggian 174.59 meter dengan 43 tingkat.
IMPIANA : Anda teringin tak tinggal di apartmen hutan vertikal seperti di atas?
Sebagai pembeli memang ada benarnya kita perlu ambil tahu 100 peratus segalanya mengenai rumah atau hartanah yang bakal dibeli. Apatah lagi ia melibatkan amaun pembelian yang besar malah komitmen yang panjang. Ia juga bagi mengelakkan kita terlibat dengan ‘projek terbengkalai’ mahupun ‘projek sakit’ disebabkan pemaju yang tidak ‘competent’.
Baru ni kecoh cerita project sakit dekat Gombak. Jujurnya saya sedih. Tanah ‘Malay Reserve’. Yang beli bumiputera. Setakat hari ini ada dekat 114 project terbengkalai, 459 project sakit. Sekarang project ni dah isytihar project sakit.
Letak tepi undercon,subsale,lelong. Kita bukan beruk nak bergaduh setiap masa. Memang dah ditakdirkan undercon takkan bersetuju dengan subsale. Subsale akan memburukkan undercon. Lelong akan merasa terpaling untung.
Memang itu takdirnya tuan-tuan. Kena terima. Geng menyewa sekarang tepuk tangan. “Nasib baik aku menyewa”.
Yang buat rumah atas tanah sendiri nasib-nasib. Doa lebih sikit, rumah siap. Leka sikit, rumah jadi reban.
Tanggungjawab kita sebagai pembeli tahu 100% rumah yang kita nak beli.
1. Tahu harga yang dibeli tu harga patut atau tak. Dalam kes ni, harga sangat patut. Nothing wrong dengan pricing. Rumawip tuan-tuan.
2. Tahu developer project. Cari yang trusted. Track record bagus. Mostly project sakit developer yang bukan-bukan. Tak payah tunggu PRN. Developer tak competent ni kalau tukar pengetua sekolah pon silap-silap boleh jadi punca project terbengkalai.
Check developer dekat website kpkt (TEDUH). Tengok track record diorang. Kalau setakat baru ada 1 project tu tak payah la. Link nak check developer di sini.
Check track record at least 10 tahun kebelakang. Ini yang saya dan team buat.
Jangan sekadar compare 2,3 project yang kena dengan budget kita. Pemilihan hartanah kena betul-betul. Shorlisted kan 100 project, pilih 10, beli 1. Ini yang saya dan team buat.
Agent biar diorang uruskan proses jual beli sahaja.
Tanggungjawab saya untuk educate orang kita berhati-hati dalam pemilihan hartanah.
Biar kita untung dengan hartanah ni by design. Bukan by luck.
Sebarkan. Moga ada manfaat. Jangan ada lagi orang kita teraniaya.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ambil tahu betu-betul rumah atau hartanah yang kita nak beli supaya tak rugi apabila projek rumah terbengkalai dan tak dapat disiapkan pada waktunya.
Rumah Kampung Pusaka 12 Bilik Binaan Baru Dalam Kebun, Hasil Kongsi Duit Adik Beradik. Kagum dengan sillaturahim hebat keluarga besar Puan Fuzie Zainal Abidin ini. Kesepakatan 7 beradik bersatu hati dalam mengumpul duit membina semula rumah kampung pusaka yang terletak di dalam kebun buah-buahan di Melaka.
Binaan rumah baru pada tapak asal rumah pusaka ini susulan keadaan rumah kayu tradisional Melaka yang sedia ada telah rosak teruk dimakan anai-anai. Hasil perbincangan bersama, adik beradik ini sepakat untuk membina rumah baru yang lebih selesa sewaktu berkumpul beramai-ramai pada hari istimewa.
“Rumah asal dah rosak teruk dimakan anai-anai sebab arwah mak ayah dah lama meninggal dunia. Hasil pakatan adik beradik kami bina rumah baru yang lebih selesa untuk tampung family besar lebih-lebih lagi bila Hari Raya. Rumah ni dibina Julai 2018 dan siap pada 2019 tapi disebabkan PKP/covid baru dapat merasa 3 kali beraya di sini,” Fuzie.
“Syukur Alhamdulillah..rumah kampung pusaka hasil binaan baru kongsi duit dengan adik beradik dan anak-anak saudara. Rumah hasil daripada silaturahim anugerah Allah. Menjadi rumah tempat kami berkumpul di hujung minggu dan Hari Raya,” Fuzie
Rumah pusaka adik beradik dalam kebun.
Spesifikasi Ruang Rumah
Istimewanya binaan rumah baru ini mempunyai 12 bilik tidur dan 7 bililik air. Memang banyak cukup selesa untuk menampung tetamu yang datang serta seluruh ahli keluarga. Malah tanah yang luas turut diwakafkan untuk binaan surau bagi kegunaan majlis ilmu penduduk kampung.
“Rumah dalam kebun ini mempunyai 12 bilik 7 bilik air dan 2 ruang tamu, dapur basah, ruang makan terbuka dan dapur basah old skool,” Fuzie.
View tepi rumah, belakang masih banyak pokok-pokok buah-buahan.Beranda atasDapur kering bersambung dengan ruang makan terbuka.Ruang tamu utama mengadap ruang makan terbuka.View daripada beranda atas ada 3 bilik kecil.Bilik-bilik beranda atas.
“Indahnya arwah mak ayah wakafkan sedikit ruang untuk binaan surau, bagi majlis ilmu jiran kampung sejak puluhan tahun sehingga kini,” Fuzie.
Depan rumah ni ada tanah surau yang arwah mak ayah wakafkan sejak puluhan tahun hingga kini untuk majlis ilmu jiran kampung.
IMPIANA: Alhamdulillah, semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam menguruskan tanah dan tinggalan rumah pusaka. Kesepakatan adik beradik dan keluarga besar amat penting dalam menguruskan rumah pusaka yang ditinggalkan oleh mak ayah.
Memang seronok kan kalau kita dapat membina rumah idaman atau membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai sambil menikmati pemandangan laut biru yang indah dan menakjubkan. Pasti rasa bahagia bukan?
Tetapi, anda harus fikirkan risiko yang bakal anda hadapi dari segi faktor keselamatan sekiranya memiliki rumah atau kediaman yang berada di kedudukan sebelah pantai.
Faktor keselamatan ini bukan sahaja melibatkan rumah kediaman anda malah keselamatan keluarga tersayang juga turut memaikan peranan penting dan harus diberikan keutamaan.
Selain faktor keselamatan yang anda perlu titikberatkan, ada lagi beberapa faktor lain yang perlu anda tahu sekiranya mahu membina rumah dan membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai.
Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Bencana Alam
Seperti sedia maklum, memiliki rumah atau kediaman di sebelah pantai lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya.
Sekiranya berlaku bencana alam, ia bukan sahaja menjejaskan struktur rumah, tetapi keselamatan ahli keluarga anda juga turut terjejas.
Malah, jika struktur rumah telah terjejas teruk akibat bencana alam kediaman anda juga mungkin tidak boleh lagi didiami pada masa akan datang.
Kawasan Dengan Kepadatan Penduduk Dan Pelancong Luar
Secara lazimnya, kediaman tepi pantai di Malaysia ini harganya jauh lebih mahal berbanding dengan kediaman yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku ekoran kebanyakan kawasan tepi pantai dijadikan sebagai tempat pelancongan dalam dan luar negara.
Maka dengan itu, bilangan kepadatan penduduk di kawasan kediaman anda akan bertambah padat dengan kehadiran pelancong luar.
Kos Penyelenggaraan Dan Penjagaan
Selain nilai harganya yang jauh lebih mahal, anda juga harus memikirkan dari segi kos penyelenggaraan dan penjagaan rumah anda.
Sekiranya rumah yang anda dibina daripada kayu yang bukan gred marin, ia boleh reput dengan mudah akibat kelembapan tinggi dan persekitaran basah. Kepekatan garam yang tinggi di udara boleh menyebabkan karat dan hakisan kepada lekapan logam anda.
Sekiranya bumbung anda tidak diperbuat daripada keluli atau logam tahan karat, anda mungkin perlu menggantinya setiap 15 tahun dan bukannya 20 tahun seperti kebiasaannya.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.